Wednesday 22 August 2012

Jadilah seorang yang mengasihi semua manuisia.....!










Seorang zahid juga seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah  untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan  manusia dari tipuan dunia,  nafsu dan syaitan.  Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh (terpisah) hatinya dengan Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar), kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam, dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras untuk dunianya.

Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan dia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia. Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang-orang yang tidak berakhlak itu selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar.  Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan lahirnyalah yang bakal  menyelamatkannya dari neraka Allah.

Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak walaupun yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya kecuali oranng yang mempunyai basiurah (pandangan tembus) sahaja yang boleh mengesannya.

Nanti di akhirat bila Allah dedahkan kesalahan (dosa dosa batin) baru dia terkejut tersentak.  Ulama’ tasawuf berkata :

”Bialah sedikit amalan beserta takut pada Allah itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah.  Lebih baik orang yang sentiasa merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”

Firman Allah s.w.t. :-
يَوْم َلآ يَنفَعُ مِالٌ وَلآبِنُونَ .
إِلا َّ مَنْ أَتىَ للهَ بِقـَلـْبِ سَلِيمٍ.

“Hari kiamat ialah hari di mana harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah dengan membawa  hati yang selamat sejahtera.”    (Asy-Syuaraa, ayat 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah  hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah s.w.t..  Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam kesaorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana dia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang begini, kita misti bersungguh-sungguh melawan hawa bafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat).  Kedua-duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa.  Syariat dan hakikat mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai golongan as-saddiqin atau golongan al-ariffin.  Sifat mereka Allah  senaraikan dalam surah Al-Furqan ayat 63 hingga 74 seperti berikut . :-

وَعِبَادَالرَّحْمَنِ الـَّذِينَ يَمْشُونَ عَلىَ الْا َرْضِ هَوْ نـًا
وَإِذَا خَا طَبَهُمُ الْجَهِلـُونَ قـَالـُوا سَلـَمًا.(63)

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka,  mereka mengucapkan kata-kata  (yang mengandungi) keselamatan.”

وَالـَّذِينَ يـبِيتُونَ لـِرَ بِّهِمْ سُجَّدًاوَقـِيَمًا. (64)

“Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah).”

وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبـَّنـَا اصْرِفْ عَـنـَّا عـَذَابَ
جَهَنـَّمَ إِنَّ عـَذَا بَهـَا كـَانَ غـَرَامـًا (65).

“Dan orang-orang yang berkata : “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami.  Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.”

إِنَّهـَـا سـَـآءَتْ مُسْتـَقـَرا وَمُقـَـا مـًا.  (66)

“Sesungguhnya jahanam (neraka) itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”


وَالـَّذِينَ إِذَا أ َنْفِـقُـوْا لـَمْ  يُسْرِ فـُوْا وَلـَمْ يـَقـْتـُرُوْا
وَكـَـانَ بَيـْنَ ذّلـِـكَ قـَوَامـًـا.  (67)

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian."  

وَالـَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللهِ إِلـَهًا ءَاخَرَ
 وَلَا يَقـْتُلـُونَ النـَّفْـسَ الـَّتِى حَرَّمَ اللهُ
إِلا َّبِالـْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ج وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَلِـكَ يَلـْقَ أ َثـَا مـًـا ج.(68)
“Dan orang-orang yang tidak menyembah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina.  Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia mendapati pembalasan dosanya.”

يُضَعِفْ لَهُ الـْعَذَابُ يَوْمَ الـْقِيَمَةِ
 وَيَخْلـُدْ فِيهِ مُهَا نـًا. (69)

“Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.”

إِلا َّمَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلا ً صَلِحًا
فـَأ ُ وْلـَءِـكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيـِّءـَاتِهِمْ
 حَسَنَتٍ وَكـَانَ اللهُ غَـفُورًارَّحِيمـًا.(70)

“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan.  Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَلِحًا فـَإِ نـَّهُ
يَتُوبُ إِلىَ اللهِ مِتَابـًا. (71)

“Dan orang-orang yang  bertaubat dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”

وَالـَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا
بِالـَّلغْوِ مَرُّوْاكِرَامًا.  (72)
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya.”

وَالـَّذِينَ إِذ َاذ ُكـِّرُوا بِـءَـا يَتِ رَبِّهِمْ لـَمْ يَخِرُّوا
عَلـَيْهَا صُمًّا وَعُمْيـَا نـًا.   (73)
“Dan orang-orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”

وَالـَّذِينَ يَقُولـُونَ رَبَّنـَا هَبْ لـَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذ ُرِّيَتِنـَا
 قُـرَّةَ أ َعْيُنٍ ج  وَاجْعَلـْنَا لِلـْمُتـَّقِينَ إِمَامًا.(74)

“Dan orang-orang yang berkata: “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”


Merekalah orang-orang yang bertaqwa yang akan memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.  Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupan “salafussoleh”.



Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat.  Dan hasilnya mereka (salafussoleh) menjadi orang-orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.

Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa tiga-per empat dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka.  Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada dalam kekuasaan mereka.

Demikianlah ini satu kenyataan bahawa kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t. :-

وَعَدَ اللهُ الـَّذِينَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَعَمِلـُوا الصَّلِحَتِ لـَيَسْتَخْلِفـَنـَّهُمْ
فِى الْأ َرْضِ كَمَا اسْتَخْلـَفَ الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِهِمْ وَلـَيُمَكـِّنَنَ لـَهُمْ
 دِينَهُمُ الـَّذِىْ اَرْتَضَى لـَهُمْ وَلـَيُبـَدِّ لـَهُمْ مِّنْ بَعـْدِ خَوْ فِهِمْ أ َمْنَا
 يَعْبُدُونَنِى لَايُشْرِكُونَ بِى شَيـْءـًا ج  وَمنْ كـَفَرَ بَعـْدَ ذ َلِكَ فـَأ ُوْلـَءِكَ هـُم ُ الـْفـَسِقُونَ . (النور-اية 55)

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.   Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan  sesuatu apa pun dengan Aku.  Dan barangsiapa (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.” (An-Nur: ayat 55).

Sekian  dahulu dalam bab ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa yang terdekat.  Sehingga itu diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh….!


 --------------------------oooooooooooooooooo-------------------------------








No comments:

Post a Comment