Wahai
orang-orang yang beriman! Bertakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya taqwa. Dan
janganlah sampaikamu mati,melainkan di dalam Islam yang sebenarnya. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan
janganlah berpecah belah, ingatlah kurnia Allah atas kamu, ketika kamu dahulu
beremusuh-musuhan,lalu di peerteguhkannya hatikamu (dalam agama Allah, ingatlah
kurnia Allah atas mu, sehingga dengankjurnia Allah itu,kamju menjadi
bersaudara.
Kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, lalu
diselamatkan kamu daripadanya. Begitu
Allah menjelaskan keterangan-keterangannya kepada kamu supaya kamu menuruti
jalan yang benar. Adakanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan,
penyuruh mengerjakan yang benar dan
melarang dari membuat yang salah, mereka itulah orang-orang yang
beruntyung. Dan janganlah kamu menjadi
serupa dengan orang-orang yang telah
berprecah belah dan berseliseh faham
sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang. Mereka itulah orang-orang yang akan
memperoleh seksa yang dahsyat.
(Al-Quran,
Surah Al-Imran ayat 102-105).
Firman Allah s.w.t. lagi:
يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ آمـَنُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ
حـَقَّ تـُقـَاتـِهِ.
(ال عمران: 102)
“Wahai
orang-orang yang beriman..! bertakwalah kamu
kepada Allah sesungguhnya takwa.” (Ali-Imran: 102)
Firman Allah s.w.t. lagi:
وَلـَقـَدْ
وَصَّيـْنـَا الـَّذِيْنَ أ ُوْتـُوْا الـْكِتـَابَ مـِنْ قـَبْلـِكـُمْ
وَإِيـَّاكـُمْ
أ َنِ اتـَّقـُوْا اللهَ. (النساء: 131)
“Dan Kami telah
perintahkan kepada orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan juga
kepada kamu supaya bertakwa (patuh) kepada Allah.”
(An-Nisa’: ayat 131)
Firman Allah s.w.t. lagi:
وَاتـَّقـُوْا اللهَ وَاعـْلـَمـُوْا أ َنَّ اللهَ مـَعَ
الـْمـُتـَّقـِيْنَ.
(البقرة: 194)
“Bertakwalah (patuhlah) kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah
bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan.”
(Al-Baqarah ayat 194)
Firman
Allah lagi:
وَاتـَّقـُوْا
اللهَ وَيـَعـْلـَمـُكـُمُ الله ُ.
(ألبقرة:
282)
“Bertakwalah kamu
kepada Allah, dan Dia akan mengajar kamu.”
(Al-Baqarah: 282)
Firman Allah s.w.t. lagi:
يَأ َيـُّهـَا الـَّذِيـْنَ آمـَنـُوْا إِنْ تـَتـَّقـُوْا
اللهَ يـَجـْعـَلَ لـَكـُمْ فـُرْ قـَانـًا وَيـُك كـَـفـِّرْ عـَنـْكـُمْ
سـَيـِّـءِـا تـِكـُمْ وَيـَغـْفـِرْ لـَكـُمْ,وَاللهُ ذ ُوْ الـْفـَضْلِ
الـْعـَظـِيـْمِ. (الأنفل 29)
“Wahai orang-orang yang beriman…! Kiranya kamu takut kepada Allah, niscaya
Dia (Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan untuk membeza (antara yang benar
dengan yang salah) dan dihapuskannyalah kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni kamu dan Allah mempunyai
kelebihjan yangbesar.”
(Al- Infal ayat 29)
Firman Allah lagi :
وَيـُنـَجـِّيْ اللهُ
الـَّذِيـْنَ اتـَّقـُوْا بـِمـَفـَازَتـِهـِمْ لَا يـَمَسـُّهُمُ السـّوْءُ
وَلَاهـُمْ يـَخـْزَنـُوْنَ. (الزمر: 61)
“Dan Tuhan
menyelamatkan orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan (orang-orang
yang bertakwa) ke tempat keberuntungan, mereka tiada disinggung oleh keburukan
dan mereka tiada berdukacita.” (Al-Zamar: 61)
Firman Allah s.w.t. lagi :
وَمـَنْ يـَـتـَّـقِ اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـَخـْرَجـَا.
وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيـْثُ لَا يـَحـْتـَسِبُ
(الطلاق: 3-2)
“Barang siapa yang bertakwa
kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahnya dan menjauhi larangannya
(nescaya Allah akan mendorongkan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan Dia
(Allah) akan memberikan rezeki kepadanya
dari sumber yang tiada diduga” (At-Talaq: 2 – 3)
Firman Allah lagi:
وَمـَنْ يـَتـَّـقِ
اللهَ يـَجـْعـَلْ لـَهُ مـِنْ أ َمـْرِهِ
يـُسـْرًا.
(الطلاق: 4)
“Dan
sesiapa bertakwa (takut) kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan segala
urusannya. (At-Talaq: 4)
Firman Allah s.w.t. lagi :
وًمـَنْ يـَتـَّـقِ اللهَ يـُكـَفـِّرْ عـَنـْهُ
سـَيِّـءـَآ تـِهِ
وِيـُعـْظِـمُ لـَهُ أ َجـْرًا
(الطلاق: 5)
Kesimpulan:
Allah s.w.t. telah menjanjikan kemuliaan di sisi Nya dengan
takwa,bukan dengan sebab keturunan, bukan dengan sebab harta kekayaan dan bukan
dengan sebab-sebab yang lain. Bukankah dengan takwa iytu Allah dan Rasul Nya
telah menjanjikan berbagai-bagai kebaikan dan kebahagian, darjat dan kebajikan,
kesempurnaan dan kemenangan, harta kekayaan dan keuntungan. Semuanya itu
agak terlalu panjang jika mahu diceritakan di sini, dan terlalu sukar mahu di
hitung.
Sekian dahulu, dan penulis akan
menyambung lagi dalam hal ini dalam masa yang terderkat nanti.
Wassala mualaikum......
---------------------------ooooooooooo---------------------
No comments:
Post a Comment