Monday, 13 August 2012

Apakah Hasad Dan Dengki itu...?





Apakah Hasad dan Dengki itu?








Ketahuilah bahawasanya hasad dan dengki itu merupakan hasil dan natijah dari sifat dendam  yang tercela.  Bagi sifat hasad ini ada berbagai-bagai cabangnya yang terkeji pula, sehingga tiada dapat terhetung banyaknya.
 Di antaranya hasad  itu seperti sabda  Rasulullah SAW:
أَلـءحَسَدُ يَأْ كـثلُ الـْحَسَنـَاتِ كـَمَا تـَأْ كـُلُ النــَّارُ الـْحَطـَبَ.
”Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu”
Sabdanya lagi:
لَا تـَحَا سَدُوْا وَلَا تــَقـَا طَعـُوْا وَلَا تـَبـَا غَضُوْا وَلَا تـَدَا بـَرُوْا وَكُوْنـُوْا عِبـَادَ اللهِ إِخـْوَنـًا كَمَا أَمـَرَكُمُ اللهُ.
Janganlah kamu sekalian dengki mendengki, jangan putus memutuskan solaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yanh diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.         (HR Al-Bukhari  dan Muslim)
Ketahuilah bahawa haqiqat hasad itu ada dua perkara :
 Pertama - rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya:
 Kedua - tiada mengharap-harapkan nikmat itu lenyap dari orang lain, tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri dan itu dinamakan ”ghitah”

Sifat yang pertama dihukumkan haram dalam segala segi, kecuali nikmat-nilmat yang diperolehi oleh seorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah s.w.t., membuat kerosakan di atas muka bumi, dan menyakiti orang. Maka dalam hal tersebut  tiadalah terlarang bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu daripada orang yang derhaka itu supaya kerosakan yang dilakukan itu terhenti.

Mengenai pengharaman sifat hasad dan dengki dan membencikan seseorang itu kerana nikmat dan kesenangan yang ada padanya, samalah seperti memurkai qadha Allah s.w.t. dan ketentuannya dalam melebihkan setengah hambaNya ke atas setengah yang lain. Kelakuan seperti ini tidak syak lagi tentulah berdosa dan tidak dapat ditolak dengan alasan bagaimana sekalipun.
Apakah di sana ada lagi maksiat atau dosa yang lebih besar daripada kebencian anda terhadap kesenangan seorang  Muslim, pada hal tidak ada suatu mudharat pun yang akan menyentuh diri anda, disebabkan kesenangan Muslim itu.
Dalam hal ini firman Allah s.w.t.
إِنْ تـَمْسَسْكُمْ حَسَنـَةٌ  تـَسُؤْ هُمْ وَإِنْ تـُصِبْكُمْ سَيِّـءَـةٌ  يَفـْرَحُوْا بِهَا. (العمران 120)
”Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat musibah maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.”
(Al-Imran ayat 120)
Menunjukkan rasa gembira dalam keadan seperti ini adalah bermakna perasaan irihati terhadap kesenangan orang lain, manakala hasad, dengki dan sifat irihati itu sentiasa berada disamping mereka.
Dalam hal ini seseorang itu hendaklah mempunyai sifat tidak meletakkan keinginan daripada nikmat-nikmat yang dikecapi oleh  orang lain. Firman Allah s.w.t.:
وَلَايَجِدُوْنَ فِيْ صُدُوْرِهِمْ حَاجَة ً مِمَّاأ ُوْتـُوْا.
(الحشر :9)
”Mereka tiada meletakkan sesuatu keinginan di dalam dada-dada mereka daripada nikmat yang dikecapi oleh orang lain.”    (Al-Hasyr; 9)

Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai hasad yang dibolehkan di dalam Islam ialah apabila seseorang yang dikurnia Allah harta yang banyak lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar iaitu ke jalan Allah. Begitu juga seorang  yang dikurnia Allah ilmu mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya juga kepada orang ramai..
Kesimpulan.
Adapun cara menyembuhkan hasad dan dengki itu dengan amalan-amalan yang berguna pula, ialah dengan memaksa diri melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kemahuan dan hasutan hasad dan dengki itu sendiri. Seseorang itu hendaklah dengan bersifat tawaduk atau merendah diri terhadap orang yang di dengki itu. Kita hendaklah ingat bahawa tia-tiap orang itu ada kelebihan dan keistimewaan,  termasik diro klita sendri.
 Kita hendaklah megingatkan diri kita juga bahawa itu adalah kurniaan Allah SWT kepadanya dan satu hari nanti kita juga akan beroleh nikmat seperti orang itu apabila kita melakukan amalan-amalan yang terpuji sebagaimanan yang disuruh Allah, maka lambat laun kita akan mengecap nikmat seperti itu juga. Kita hendaklah bertakwa pada Allah SWT maka nescaya kita akan terlepas daripada maslah itu:
Firman Allah SWT
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج.  وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ
شَىْءٍ قـَدْرًا .
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, dan diberikan Nya rezeki dari sumber yang tidak di duga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya  Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Al-Quran Surah At-Talaq ayat 2 dan 3)
                                                 
Begitu pula dengan mengucapkan kepujian dan kesyukuran kerana nikmat yang ia perolehi.  Kemudian menampakkan rasa kekegembiraan dan kesenangan dengan nikmat yang dikecapnya pula. Dengan jalan ini kelak hati yang didengki dan sakit itu akan kembali pulih semula, dan timbul pula ditempatnya rasa kasih sayang dan persefahaman yang kukuh.  Dengan itu akan terlepaslah hati itu dari kepedihan penyakit hasad dan dengki dan dibelenggu perasaan membenci itu.
Cara-cara ini terlalu berat untuk dilakukan, dan pahit untuk dirasakan oleh hati. Akan tetapi faedah dan manfaat itu selalunya berada di dalam ubat yang pahit. Walau bagaimana pahit sekalipun dirasakan ubatnya namun ia dapat diatasi dengan sifat merendah diri.
Sekian dahulu serba ringkas dan penulis akan kembali semula dengan pdenulisan  ini dalam masa yang terdekat nanti.
Wassala mualaikum....!
                                   ----------------------ooooooooooooooo-----------------------------


No comments:

Post a Comment