Budaya Kelalaian Kerana Kemabukan.
Mereka lalai kerana mabuk hal duniawi, maka jadilah kemalangan..!
Sesungguhnya Manusia itu sentiasa mengisikan fikiran dan
khayalannya sehari-harian dengan dua perkara iaitu mabuk kerana kasihkan dunia
dan mabuk kerana perkara yang membawa kejahatan :-
Sabda Rasulullah s.a.w. :
غَشِيَتْكـُمُ السَّكـْرَتَــــانِ, سَكـْرَةُ
حُبِّ الـْعَيْشِ وَحُبِّ الـْجَهْلِ فَعِندَذَلـِك لآ تَأْ مُرُونَ
بِالـْمَعْرُوفِ, وَلآ تَنْهَوْنَ عَنِ
الـْمُنْكـَرِ. وَالـْقَاءِـمُونَ
بِالـْكِتَابِ وَالسَّنَّةِ كـَالِسَّا بِقِيْنَ الْأَ وَّلِيْنَ من الـْمُهَاجِرين
وَالْ أَنـْصَار.
(رواه أبو نعيم عن عاءـشة.)
Bermaksud:-
“Telah meliputi
akan fikiran kamu oleh dua kelalaian atau kemabukan iaitu
:(1). Mabuk kerana kasih akan hidup di dunia (2). Mabuk kerana kasih akan barang yang membawa
kepada kejahilan, di waktu itu tidak lagilah kamu menyuruh-nyuruh dengan kebajikan,
dan melarang yang mungkar, maka siapa yang berpregang dengan Al-Quran dan
Hadith dimasa itu ialah sebagai sahabat-sahabat yang dahulu, ahli Mekah, dan
ahli Madinah.
Ulasan.
Manusia sentiasa mengisikan fikiran dan khayalannya
sehari-harian dengan dua perkara:-
(1). Ia mabuk dengan fikiran yang amat mengasihi dunia
ini yang ianya sentiasa boleh melakukan kemungkaran, kepuasan nafsunya, dapat
mengikuti segala ajakan syaitan dengan perkara-perkara akhlak yang buruk dari
ajaran Islam.
(2). Manusia mabuk kerana terlalu kasih akan barangan
yang membawa kepada kejahatan seperti mempunyai wang banyak yang sentiasa
digunakan untuk melakukan maksiat, mempunyai kereta mewah yang boleh ianya
berpoya-poya dengan wanita-wanita cantik dan dapat pula melakukan perzinaan,
dapat pergi ke tempat-tempat maksiat dan mudah meminunm arak, mudah menipu
manusia lain dengan menunjukkan perbuatan riak dan sombong serta
bermegah-megah dengan rumahnya yang tersegam besar itu.
Dikala itu tidak lagilah ia mahu menyuruh-menyuruh orang
lain mahupun dirinya sendiri untuk melakukan dengan kebajikan dan melarang
kemungkaran kerana terlalu kasih akan dunia ini.
Hanya mereka yang berpegang
dengan ajaran al-Quran dan al-Hadith sahaja dikala itu akan jadilah sebagai
sehabat-sehabat Nabi s.a.w. yang dahulu iaitu ahli Mekah dan ahi Madinah dan
mereka itulah yang menjadi orang yang beruntung yang dapat masuk syurga. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran,
surah At-Talaq ayat 2 dan 3 :-
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ
حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ شَىْءٍ قـَدْرًا (3(
”Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya
Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan Nya rezeki dari sumber
yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah
akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu. (At-Talaq ayat 2 dan 3).
Sekian dahulu, semoga kita dapat bersama-sama bermenung
dan memikirkan segala perkara tersebut di atas demi untuk kebahagan kita di
dunia dan di khirat.
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!
وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.
-----------ooo------------
No comments:
Post a Comment