Siapakah anda.....?
Siapakah Anda....?
Maksiat itu tidak boleh berubah
dari kedudukan sebagai maksiat dengan disertakan niat, yakni maksiat itu tidak
boleh berubah samasekali menjadi taat dengan hanya menambah niat sahaja.
Umpamanya: Siapa yang mencaci
orang lain kerana mengambil hati rakannya, ataupun sesiapa yang memberi makan
orang miskin dari harta orang lain, atupun sesiapa yang membina madrasah atau
masjid dengan wang yang haram kandatipun niatnya dengan tulus ikhlas.
Perbuatan-perbuatan
seperti itu dapat dianggap bodoh dan jahil. Sebab dengan niat sahaja tentulah tidak
akan memberi kesan atas sebarang cara pengeluaran pemberian itu, atau untuk mengubah sifatnya sebagai suatu penginanyaan,
pelanggaran dan maksiat.
Malah meniatkan
yang baik dengan cara jahat sekalipun yang bertentangan dengan peraturan
syariat, itu adalah dianggap sebagai suatu kejahatan yang baru pula.
Jika seseorang itu
sengaja melakukan begitu, sedangkan ia mengetahui tentang selokbelok syariat,
maka ia akan disifatkan sebagai penentang
syariat, tetapi jika ia jahil tentang hukumnya, maka ia dikira ’asi
disebabkan kejahilannya itu, kerana menuntut ilmu agama itu adalah wajib atas
setiap Muslim.
Kesimpulannya
jika kita tidak faham hukum-hukum syariat Islam, hendaklah kita mencari jalan untuk
belajar. Jika kita faham hendaklah kita tinggalkan maksiat itu, apa
cara maksiat itu sekalipun.
Masalahnya ialah Orang itu tidak
tahu siapa dia....!
Dia adalah Dia
tahu yang Dia itu tahu. Tetapi banyak orang Dia Tak Tahu yang Dia itu Tak tahu. Ada juga Orang yang Tahu yang Dia itu Tak Tahu.
Ada juga orang yang Dia Tak Tahu Yang Dia tak Tahu. Apakah kedudukan anda
sekarang. Pilih mana satu yang anda ada
berkenaan diri anda.
Jawabnya itulah diri anda.
Sekian
dahulu. Wassala mualikum.....!
-------------oooooo---------
No comments:
Post a Comment