Amar Makruf
Dan Nahi Mungkar.
1.. Orang-orang yang menjalankan tugas menyuruh
berbuat baik dan melarang dari berbuat jahat mempunyai tiga tatacara atau adab yang perlu dimiliki
iaitu (1) Ia hendaklah berilmu, (2) Ia mestilah orang yang warak (3) Ia
hendaklah berbudi pekerti yang baik.
2.. Berilmu maksudnya: ia patutlah mengetahui
letak duduknya perkara-perkara yang hendak disuruh atau dilarang, supaya ia
tiada terkluar dari had dan batasan syariat Islam.
3.. Warak maksudnya: ia mencegah
seseorang dari melakukan kemunkaran itu sahaja, dan jangan ia sekali-kali
melampaui batas yang di izinkan oleh syariat dalam tugas ini, disebabkan oleh
tujuan-tujuan yang lain. Hendaklah
kata-katanya itu masuk akal, dapat diterima oleh orang itu. Kalau tidak tentulah ia akan dijadilan bahan
ejekkan dalam menjalankan tugas nenyuruh atau melarang itu, kelak orang itu
akan menunjukkan sikap berani terhadapnya.
4.. Berbudi pekerti yang baik maksudnya:
seberapa boleh biarlah dia bersikap lemah lembut dan belas kasihan kepada
sesiapa pun, sebab ia merupakan pokok bab ini dan tujuan asalnya. Berilmu dan warak sahaja tidak mencukupi,
kerana bila kemarahan menguasai diri tiada memadailah untuk menahan hanya
dengan berilmu dan warak semata-mata melainkan jika ada pada tabiat kita sifat
berbudi peklerti baik yang akan melenyapkan perasaan marah dan tidak sabafr
itu.
5..Kemunkaran dalam masjid.
Ketahuilah bahawasanya kemunkaran
itu tebahagi kepada hukum makruh dan hukum haram. Kiranya kita katakan: ini adalah kemunkaran
yang makruh, maka hukum mencegahnya menjadi sunat yang dituntut, manakala
berdiam diri atas kemungkaran itu menjadi makruh pula hukumnya, dan bukan
haram. Tetapi jika kita katakan bahawa
itu adalah kemunkaran yang haram, ataupun kita katakan kemunkaran sahaja tanpa
menyebutkan sifatnya, maka yang dimaksudkan itu ialah kemunkaran yang haram,
yang mana hukumnya menjadi haram pula jika kita mendiamkan diri, pada hal kita berkuasa untuk mencegahnya.
a. Di antara kemunkaran-kemunkaran yang biasanya terlihat di
dalam masjid-masjid, ialah perlakuan
sembahyang yang tidak sempurna seperti meninggalkan tominanah ketika
ruku’ dan sujud seumpama ayam mematuk makanannya sahaja. Ini adalah suatu kemungkaran yang membatalkan
sembahyang menurut nas hadis, maka wajiblah dicegahnya dengan cara memberi tahu pada yang berkenaan
secara diplomasi. Sebab sesiapa yang
melihat seseorang bersembahyang seperti itu, sedangkan dia mendiamkan diri
tidak dibetulkannya, maka ia juga berkungsi dalam dosanya itu.
b. Juga di dapati orang-orang yang membaca al-Quran dengan
terlalu banyak kesalahan sama ada dari segi sebutan. Tajwid dan sebagai lagi. Ini pun wajib dibetulkan oleh orang yang mengerti
yang mendengarnya, lalu mengajarnya dengan caranyang betul. Jika dia dibiarkan dan ada orang
mengerti berdiam diri, maka dia juga sama mendapat dosa kerana kesalahan itu.
c. Kemungkaran yang selalu berlaku kepada para mu’zan (tukan bang) yang sering melenggeng
lenggokkan azan dan terlalu memanjangkan hujung-hujung kalimahnya, atau ada
yang terlalu perlahan suaranya hinggakan lebih separuh dari kawasan kariah itu
tidak mendengarnya, maka hal ini wajib dibetulkannya.
d. Terdapat juga ucapan-ucapan yang disampaikan olaeh para
penceramah yang mencampur adukkan dengan kata-kata dusta, khayalan, khurapat
dan berbau politik yang mencemuhkan sesatu pihak, maka hendaklah dinasihatkan
supaya berhenti berbuat demikkian.
e. Terdapat juga kemungkaran berlaku apabila hari Jumaat ada sesatu golongan yang membuat
jualan ubat-ubatan,buku-buku, dan pelbagai barangan lagi di kawasan
masjid. Ini juga hendaklah di tegahkan.
f. Terdapat juga kemungkaran berlaku ada segolongan manusia
yang tiba di majid tidak masuk ke dalam masji, tetapi ke tempat rehat dan menghidap
rokok, dan apabila Khatib mula membaca khutbah barulah mereka memasuki masjid.
Ini juga patut diberi nasihat untuk tidak berbuat demikkian.
g. Terdapat juga ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka
ke masjid dan memberikan anaknya bersembahyang di tepinya dalam satu saf yang sama.
Hal ini juga hendaklah diambil tindakan supaya tidak berlaku demikian.
h. Terdapat juga ada golongan insan yang bercerita-cerita, berbual-bual kosong,
mengumpat, berbicara hal-hal keduniaan
dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika Khatib sedang berkhutbah. Ini hendaklah
dilarang oleh pihak yang bertugas.
i.
Terdapat juga
ada insan yang menempah tempatnya untuk bersembahyang di masjid selalu, dan
jika terdapat insan yang lain mengambil tempatnya itu dia begitu masam mukanya.
Dia mukin tidak sedar perbuatannya itu sebagai riak, maka wajiblah diberi tahu
akan sedemikian itu.
j. Terdapat juga ada insan yang memanjangkan bacaan
ayat-ayat al-Quran ketika menjadi imam, dan ini juga patut di maklumkan bahawa
perbuatannya itu terjatuh dalam golongan perbuatan riak, kerana
menunjuk-nunnjuk yang dia seorang yang bijak.
k. Terdapat juga ada segelintir insan yang sangat gemar
hendak menjadi Imam sewaktu sembahyang, ketika Imam bertauliah uzur, walaupun dia kurang bijak dari segi
bacaan ayat-ayat al-Quran dan tidak mencukupi syarat-syarat menjadi sebagai
seorang Imam, hatta ada terdapat banyak lagi insan yang terbaik darinya. Hal
ini wajib diberi nasihat akan kesalahannya itu
Kesimpulan.
Kita akan dapati banyak lagi
kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di masjid-masjid masa kini, oleh itu
sama-samalah kita memberi nasihat agar kemungkaran seperti itu tidak
berpanjangan lagi.
Sekian dahulu dalam hal
kemunkaran ini, dan penulis akan menyambung lagi dalam hal yang sama dalam masa
terdekt.
Wassala mualaikum warah matulla
hi wabarakatuh...!
--------------------------------oooo------------------------------
No comments:
Post a Comment