Friday 10 August 2012

Rapatkan Hubungan dengan Jiran Tetangga
















RAPATKAN PERHUBUNGAN DENGAN  JIRAN TETANGGA

Wahai sekalian insan ketahuilah bahawa tetangga itu mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang dipunyai oleh persaudaraan dalam Islam.  Seorang jiran tetangga Muslim mendapat hak-hak yang sama seperti Muslim yang  lain, di tambah pula dengan hak ketanggaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jiran atau tetangga itu ada tiga macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak,  jiran yang mempunyai  dua hak, dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hal, ialah jiran Muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak ke Islaman dan hak kekerabatan.  Ada pun jiran yang mempunyai dua hak, ialah jiran Muslim yang mempunyai hak ketetanggaan dan hak ke Islaman. Manakala jiran yang mempunyai satu hak, ialah jiran yang musyrik.”                (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Anda perhatikanlah bagaimana Islam telah menetapkan bagi seoeang musyrik haknya, hanya kerana ia menjadi tetrangga kepada seorang Muslim sahaja.
Rasulullah SAW telah bersabda lagi yang  bemaksud:

”Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga dengan mu, nescaya engkau menjadi seorang Muslim yang sejati.”                              

”Malaikat  Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang hak jiran, sehingga aku menyangka ia akan mewariskan aku.”
”Barang siapa beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tetangganya,”
”Tiada sempurna iman seseorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatan.”
”Jangan sekali-kali seseorang kamu melarang tetangganya memasuk sebatang kayu pada tembok rumahnya”
”Perempuan itu berpuasa di siang  hari dan bersembahyang di tengah malam, akan tetapi dia suka menyakiti  jirannya, berkata Rasulullah SAW  maka dia akan masuk ke dalam neraka.”                                     
”Empat puluh rumah iaitu empat puluh rumah dari kanan, dari kiri, dari belakang, dan dari  hadapan  masih di kira tetangga jua.”
                                                  (Hadis-Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di antara hak-hak kejiranan ialah:

1.     Hendaklahg  anda memulakan memberi salam kepada mereka.
2.     Jangan telampau banyak menanyakan tentang hal ehwal mereka itu.
3.     Menziarahinya bila ia sakit, dan melawatinya bila ia mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ada kematian di rumahnya, dan menunjukkan ras kegimbiraan bila ada kesukaan pula.
4.     Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan keegimbaraannya.
5.     Memaafkan segala kesalahan dan  kekhilapannya.
6.     Tiada menunjukkan pandangan dari atas rumahmu ke dalam rumahnya, sehingga anda dapat melihat aurat dan keburukan dalam rumahnya.
7.     Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan sebatang kayu pada dinding rumahnya .
8.     Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya atau menghalang jalan ke rumahnya.
9.     Tiada menujukkan pandangan mu kepada apa-apa yang di bawa ke dalam rumahnya.
10.                        Hendaklah menutup segala keaiban (keburukan) dan kecelakkaan yang mungkin berlaku daripafdanya.
11.                        Meringankan dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya.
12.                         Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa ia tiada di rumahnya.
13.                        Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
14.                        Palingkan pandangan mu dari melihat isterinya, dan jangan memandang lama-lama kepada Khadam (amah) wanita yang bekerja di rumahnya.
15.                        Selalu bersikap berlemah lembut terhaap anak-anaknya dengan ucapan yang   baik-baik.
16.                        Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama mahupun perjara dunia.
17.                         Apabila anda membeli makanan atau buah-buahan yang ternampak oleh dia atau keluarganya, anda tolong sampaikan sedikit kepada mereka.
18.                         Jangan membuang sampah sarap ke kawasan rumahnya atau membersihkan kawasan anda dan mencampakkan kekotoran pada kawasannya.
19.                          Apabila anda mendapat hasil tanaman anda di kebun atau dusun anda, jiran anda adalah yang  utama untuk di sedekahnya.
20.                         Sifatkan jiran anda sebagai ”insan yang dalam satu kekeluargaan anda sebilang masa.

Demikianlah himpunan hak-hak  berjiran yang penulis sebutkan sebagai satu hak jiran , walaupun jiran anda tidak itu tidak mengamalkan amalan baik seperti yang diebutkan diatas, tetapi mengamalkan sikap tidak baik, jangan anda mengambil tindak balas, kerana dengan sifat dan kejujuran anda itu Allah SWT ada melihat, dan anda akan dibalasnya pula dengan nikmat yang anda tiada diduga dan di harap-harapkan. Percayalah dan  dan lakukanlah amalan yang baik seperti ini.
Sekian, wassala nmua alaikum....


                                    -------ooooooooooooooo-------










No comments:

Post a Comment