JANGAN BANGGA DIRI ANDA
Jauhkan Amalan
Takbur dan Bangga Diri
Segala pujian bagi Allah s.w.t.
Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah SWT kerana atas limpah kurnia Nya dapat penulis
meneruskan penyampaian Siaran Blog ini
sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis
telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog
yang lalu dan hari ini kembali lagi
menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum
Muslimin dan Muslimat sekalian.
1. Apakah Itu
Takbur dan Bangga Diri ?
Takbur Batin iaitu pekerti diri
yang digerakkan oleh hati
Takbur Lahir iaitu gerak geri
badan yang ditimbulkan oleh anggota.
2.. Ketahuilah
ada 7 Sifat Takbur
a. Kerana K eturunan
b.
Kerana
kecantikan
c.
Kerana Kekuatan
d.
Kerana Kekayaan
e.
Kerana banyak wang
f.
Kerana Ilmu.
g. Kerana ‘Alim
3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
•
Memandang rendah
dan menghina orang lain darinya.
•
Meanggap diri
sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
•
Meanggap dia
dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
•
Dia Bercakap
sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.
4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?
Firman Allah
s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد
َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)
Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam
dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ
قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.
“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang
bersifat ankara. (Al-IMukmin ayat 35)
Sabda Rasulullah s.a.w
لاَ
يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ
حـَبـَّةٍ مـِن
خــَرْ
دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ .
•
Tidak akan masuk
syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.
(H.R Bukhari dan Muslim).632
Sabda Rasulullah s.a.w
ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ
وَهـُوَ
مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.
Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil
yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka
membangga-banggakan diri sendiri.
(H.R. Abu Hurairah r.a.) 664
5.. Hakikat Takbur
dan Bahayanya.
a.
Sifat takbur
kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan
syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan
berbagai-bagai akhlak dan budi pekerti kaum mukminin.
b. Akhlak
yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga
sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua
pintu-pintu syurga.
6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)
a. Ia tidak mencintai kaum
muslimin.
b. Ia tidak akan merendah dirinya
c. Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.
d. Ia tidak akan bercakap benar
e. Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya
f. Ia amat gemar mengumpat dan mengejek .orang.
7.. SEORANG ITU MENJADI TAKBUR DAN SOMBONG (17)
a. Takbur keraan keturunan
b. Takbur kerana kecantikan
c. Takbur kerana kekuatan
d. Takbur kerana kekayaan
e. Takbur kerana
banyak wang
f. Takbur kerana banyak ilmu
g.Takbur kerana wara’
dan ‘alim
h.Takbur kerana Harta yang banyak
8.. Takbur Kerana Keturunan (19)
a. Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati
hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan
hendaklah mengetahui bahawa kejadiannya
adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang
ia dari keturunan yang mulia.
b. Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang
kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang telah hancur dalam perut bumi. Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran surah
As-Sajadah ayat 8 - 9 :-
ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ
مـَّاءٍ مـَّهـِيـْن ٍ (8)
ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج
وَجـَعـَلَ
لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً
مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9)
Ayat 8.
Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air hina (mani). Ayat 9. Kemudian Dia
(Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia
tiupkan ruh kedalamnya, dan Dia
adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara
kamu yang berterima kasih (kepadaNya). (As-Sajaddah 8 &
9. Takbur Kerana Kecantikan
a.
Ada orang suka
bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia megah dan takbur. Ia sentiasa ingat kecantikan dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa
begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya.
b.
Hendaklah
meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya
nescaya ia akan dapati badannya mengandungi berbagai kekototoran,
kerana manusia itu dijadikan dari
kekotoran bila ia mati menjadi
bangkai. Sedangkan segala
kecantikannya itu tidak kekal. akan
musnah bila-bila
masa.
c.
Seseorang
hendaklah ingat semuanya itu kurniaan
Allah dan Allah
amat murka orang yang sombong dan takbur. Aabila seseorang itu
telah ingat semua perkara-perkara itu
nescaya ia akan hilang segala
takbur dan sombong dirinya.
10.. Takbur Kerna Kekuatan
a. Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan
takbur
kerana ia mempunyai kekuatan.
b. Ia menyombongkan diri dengan orang lain dan takbur kerana
ia merasa dirinya gagah.
c. Ia bercakap takbur dan bersikap angkuh dan nmemandang
rendah terhadap orang lain.
d. Akibat dan padahnya. Seseorang itu hendaklah ingat
apabila ia takbur dan merasa gagah maka Allah mudah mengenakan dirinya diserang
penyakit. Ia sudah terjatuh dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari
Allah pada hal Allah Maha Gagah dan Kuat
Amalannya akan dihapus selagi ia tidak
bertaubat.
e. Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari
yang megah. Tiada siapa yang gagah dari yang gagah.
Sentiasa ingat Allah yang memberi dan
Dialah yang akan
mengambil balik.
11..Takbur Karana Kekayaan
a.
Seseorang itu
merasa dan berperasaan megah dan ia pun
bersifat takbur kerana kekayaan
mempunyai rumah besar, kereta mewah, dan harta banyak. Dia berlagak bercakap besar dan menghina
orang yang dia ingatkan orang itu
miskin .Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya kerana megah ia kaya.
b. Bahaya dan padahnya. Seseorang itu lupa bahawa segala
kekayaan,
kemewahan dan kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja
Allah
boleh mengubahnya jika ia
berterusan sombong dan bongkak serta
takbur diri. Orang yang sombong bongkak
dan takbur di dunia jauh
dari syurga.
c. Sabda Rasulullah s.a.w.
pabila anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga
perkara sahaja yang
dibawanya
ke akhirat:-
(1). Ilmu yang
bermanafaat.
(2). Sedekah jariah dan wakaf yang dibuat.
(3). Anak-anak yang soleh dan sentiasa mendoakan
baginya.
c. Cara menjauhkan dari takbur ini. Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali
papa kedana bila Allah s.w.t. membakar gedongnya, merugikan sahamnya, harta
kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih bersifat demikian. Hendaklah
mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang berlaku sehari-hari di dunia
ini.
12. Takbur Kerana Banyak Ilmu (34)
a. Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu
ia
sentiasa megah, sombong dan takbur.
b. Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain
rendah darinya.
c. Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah
banyak ilmu.
d. Bahaya dan padahnya kerana dia lupa sudah menjadi lumrah alam bahawa orang lain
darinya itu misti ada sesuatu kelebihan darinya.
e. Hendaklah ia menyedari bahawa balasan orang yang megah
dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak dapat memaafkan walau
satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat nasoha.Ini kerana ia
menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui Allagh itu leb ah hebat dan Maha
Kuasa dari yang lain-lain.
f.
Cara
mengatasinya:
Hendak ia sedar perkara seperti yang
tetsebut di atas tadi.
Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri
kerana berilmu tidak layak bagi sesia
pun. Selalu ia ingat
bahawa sifat takbur dan membesar diri
itu di murkai Allah s.w.t.
13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim \
Alangkah cepatnya perasaan takbur
menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup
dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri
mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t
Mungkin ilmu yang dia ada itu
bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim
itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, tidak lurus, jiwanya
busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk
membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai jiwa yang kotor.
Dalam amal ibadat juga ada sifat
sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur.
Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua
manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in
membinasakan dirinya.
Bahaya dan padahnya takbur.
Firman Allah s.w.t.
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار .
Ertinya. “ Begitulah Allah
menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat angkara”
(Al-Mukmin ayat
35)
14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?
•
Firman Allah
s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن
عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر
ِيـْن َ. (المؤمن 60)
•
Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk
neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin ayat 60)
•
Sabda Rasulullah s.a.w. :-
كـَفىَّ بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ أ َخـَاه
ُالـْمـُسْلـِم َ
•
Ertinya: “
Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat dengan memandang hina terhadap
saudaranya yang Muslim.”
(.H.R. Bukhari dan Muslim)
Sabda
Rasulullah s.a.w. :33 6
طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ
مَسْكـَنـَةٍ,
وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر
ِ مـَعـْصِيـَة ٍ
وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة
ٍ, وَخـَا لـَط َ
أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .
Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana
kemiskinan, juga orang membelanjakan
harta yang di kumpulnya bukan pada jalan
maksiat, begitu juga orang yang suka
menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan
para ahli ilmu dan hikmah.
(H.R.
At-Termizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.
مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتــَكـَبـَّرَ وَضَعـَهُ
الله,وَمـَنِ وَ إِقـْـتـَصَدَ أغــْـنـَـانـَه ُ اللهُ كـَــثـْر, وَمـَنْ بـَذَ رَ أَ فـْقــَرهُ للهُ وَمـَن ْ ذِ كــْرِ اللهِ
أَحـَـبــَّهَ لله.
(رواهالبخارى و مسليم)
”Barang siapa merendah diri
kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri pula, nescaya akan dijatuhkan oleh Allah kedudukannya. Barang
siapa yang bermurah hati mendertma dan
bersedekah, nescaya akan di mewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros
nescaya ia akan di miskinkan Allah
keadaannya, dan barang siapa yang sentiasa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan
dicintai oleh Allah s.w.t. ”
(HR. Bukhari dan Muslim)
15.. KESIMPULAN
•
Sifat takbur dan
sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak di akhirat nanti akan jadi penghalang seorang hamba ke syurga.
•
Sebab ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk,
sombong dan takbur dengan kaum mukminin.
•
Akhlak yang
baik dan budi pekerti yang terpuji kunci
bagi dirinya ke syurga.
•
Mukmin hendaklah
ikuti segala budi pekerti yang terpuji dan sifat merendah diri yang menjadi
akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.
•
Baginda berjabat
salam dengan si kaya dan si miskin. Baginda dahulu memberi salam pada tetamu
sahabat dan rakan. Baginda murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup
merendah diri dan cara miskin lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.
16.. Penutup - Harapan Kita
Kita bermohon kepada Allah s.w.t
supaya dilindungi daripada segala rupa
takbur dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di
akhirat kelak.
Wassala
mualaikum
Sekian…..
والسلام عليكم ورحمة الله.
Jumpa lagi masa
akan datang.
----------------------oooooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment