Tuesday 7 August 2012








                 Rumah bahagia ku,di kurnia Allah dengan aman dan damai


  KE ARAH MENCAPAI BUDIPEKERTI  YANG  LURUS
                                   
Berakhlak yang lurus bermakna ia seorang yang  mengamal  akhlak yang mulia, berbudi pekerti yang  baik, ia seorang yang jujur, yang  benar dan beramanah, yang  bertanggung jawab terhadap kesopanan mulia terhadap dirinya.
Untuk mencapai ke matlamat tersebut seseorang itu bahawa keluhuran budi pekerti itu bepunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam kekuatan marah dan  keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan ini boleh terjadi kerana dua perkara:

1.     Perama -Terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi): iaitu bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanyaya dalam keadaan sempurna akal fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya  kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk dibawah pertimbangan akal fikiran dan syarak.
Firman Allah:
”Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada manusia jalan (yang lurus), ada di antaranya yang berterima kasih dan ada pula yang mengingkarinya.
                                                                 (Al-Quran Surah Al-Insan,  ayat 3)
2.     Kedua – Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang dikehendaki oleh budi pekerti yang dituntut, misalnya: Orang yang ingin melengkapkan dirinya dengan budipekerti pemurah hati, maka caranya ialah denagan memaksa diri mentauladani perbuatan-perbuatan orang pemurah hati seperti tidak sayang menderma wang ringgit untuk hal-hal keagamaan dan kebajikan.

Para ulama’ telah sepakat  mengemukakan berdasarkan Al-Quran sifat-sifat baik dan lurus itu iaiatu jujur, pemaaf, berbuat baik dalam perbuatan, takut
 kepada  Allah, tekun, pemalu, menahan diri melakukan maksiat, ikhlas, berbuat baik kepada semua makhluk dan ibu bapa, cinta belas kasihan, menerima dengan senang hati semua pemberian Allah, sifat sabar, syukur, merendahkan diri kepada Allah, tawakkal, merasa cukup dengan yang ada, zuhud, ingat mati, rajin, berani kerana benar, tidak mementingkan  diri atau bersifat budaya gemarkan kebendaan dan sebagai lagi.

Para  ulama’ telah juga sepakat  mengemukakan berdasarkan Al-Quran sifat-sifat  buruk dan antara lain ” Khianat, bakhil, pemarah, membincangkan  aib orang lain, menjauhkan diri dari pergaulan, sifat iri hati, memutuskan silaturrahim, cinta dunia, sifat berlebih-lebihan, sombong, dusta, ingkar suruhan Tuhan, mengumpat, sifat riyak diri, terlalu banyak berbicara tidak berfaedah, banyak makan, sifat angkuh, menyusahkan  orang lain, takbur diri, berseteru denagn  jiran, suka melakukan perkara mungkar,berkata yang tidak perlu, mengambil tahu tepi kain orang, suka  berbantah atau bertengkaran, berkata kotor, menghina atau mengejek, membocorkan rahisa orang, mengacum orang bergaduh, berjanji bohong, suka  ghibah atau mengumpat, dan sebagai lagi.

Perbincangan Topik.
Secara ringkas penulis membawa pembaca sekalian untuk kita menyemak dan membincangkan kedua-dua perkara yang di tonjolkan di atas  yang sedang berlaku di sekeliling kita hari ini.

Sesungguhnya perbuatan jahat itu dipimpin oleh syaitan yang sentiasa menyuruh manusia berbuat keji dan mungkjar. Firman Allah SWT:
يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُواْلَا تــَتـَّبِعُواْ خُطُوَتِ الشَّيْطَنِ ج وَمَنْ يـَتـَّبِعْ خُطُوَتِ الشَّيْطَنِ فـَإِنـَّـهَ يـّـأْمُرُ بِـا لـْفَحْشَآءِوَالـْمُنكَرِ." (النور اية 21)

”Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan munghkar.”
                                                                       (An-Nur ayat 21)

Sebaliknya perbuatan baik itu dibantu oleh malaikat untuk melakukannya dan  ia akan mengangkat mertabat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia.

                 -------------------ooo----------------------

No comments:

Post a Comment