Pos 722 - Apakah yang dikatakan
mata hati itu. ?
Jawapan.
Mata Hati berupaya melihat apa
yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampakkan
perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di
sisi Allah s.w.t. Contohnya seperti
berikut:
a.
Dosa
b.
Pahala
c.
Syurga
d.
Padang Mahsyar
dan lan-lain.
Masalah 153,
Bagaimana pula yang diatakan Hati
itu.?
Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging
warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia. Pada zahirnya tiada kaitan langsung untuk
mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perunpamaan
mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:’
وَاللهُ ا
َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.
وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ وَالْاَبْصَارَ
وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ
تـَشْكـُرُوْنَ. (178)
”Allah
telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu
apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan
kamu berterima kasih kepada-Nya.”
(An-Nahl, ayat 78).
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا
صَلـَحَـت ْصَلـَحَ الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
(رواه امام بخارى والمسلم)
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
(رواه امام بخارى والمسلم)
Bermaksud;
Ingatlah bahawa dalam
jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak
daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati.
Masalah 154.
Apakah hati itu sama dengan yang
dikatakan Roh itu.?
Jawapan.
Hati dan roah adalah berlainan
sifatnya. Hati tidak sama dengan yang
dikatakan Roh itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah
manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh
tidak mati dan ia menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’
ayat 85:
وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ
. قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ
وَمَآ
ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ الـْعِلْمِ اِلاَّ
قَلِيْلاً.
”Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan
Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”
Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan
”sedikit” pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji
sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang
lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.
Masalah 155.
Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh
itu.?
Jawapan.
Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu
disebut sebagai berikut:
a.
Akal
b.
Perasaan
c.
Fikiran
d.
Hati
e.
Nafsu.
Roh itu berkeadaan ghaib dan
diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati. Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan
diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.
Kehidupan roh tidak seperti
jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah). Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh
hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad
di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t.
dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-
”...dari bumi (tanah) itulah kami
menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami
akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”
Roh apada asalnya bersih,
terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada
fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.
Maka peranan fungsi-fungsi roh
itu adalah seperti berikut:-
a.
Akal sebagai Penimbang.
b.
Perasaan sebagai Perasa
c.
Fikiran sebagai Penilai
d.
Hati sebagai Peminta
dan peminta.
e.
Nafsu sebagai Perangsang.
Oleh itu peranan manusia yang
mempunyai fungsi-fungsi roh yang bak
adalah:
a.
Akal - Memperseimbangkan fitrah manusia.
b.
Perasaan - Mengutamakan kasih sayang dan tiada
kelainan kepada
yang lain.
c. Fikiran
- Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan
hidup dunia dan akhirat.
d. Hati
- Berupaya melihat yang tersirat.
e. Nafsu
- Merangsang menuju ke jalan yang lurus.
Firman Allah s.w.t. di dalam
Surah At-Talaq ayat 11:-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا
يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ
فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)
Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air
sungai di bawahnya,
serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.
Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)
Adapun yang akan terjadi kerpada
manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-
a. Akal - Menjadi gila atau gila di dalam waras.
Tidak
tetap pendirinnya.
b. Perasaan
- Pemarah, garang dan tidak
bertimbang rasa.
c. Fikiran
- Sentiasa merancang kejahatan.
d.
Hati - Menyukai keburukan.
e.
Nafsu - Menuntut kepuasan tanpa batas.
Kesimpulannya:-
Firman Allah s.w.t. di dalam
Surah Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-
قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن
ْزَكـَّهـَا (9(
وَ قـَدْ خـَـاب َ
مـَنْ دَ سـَّـهَـأ )10(
Bermaksud;
Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang menjadikan
dirinya yang bersih bertambah bersih dengan amal
kebajikan dan sesungguhnya hampalah
orang yang menjadikan dirinya yang sedia
bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat
(Al-Syamsyi ayat 9-10)
Bersabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :-
”Akhlak yang buruk adalah dosa
yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk pula adalah kesalahan
yang berbau busuk”
(H.R. Ath-Thabaraniy dalam
Ash-Shagila dari Aisyah)
Untuk Renungan dan Pemikiran yang
Merangsang ke Jalan yang Lurus.
•
Firman Allah
dalam surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:
“Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.
Hidup di dunia tidak lain, hanya
kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud:-
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud:-
“Katakanlah:
bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan, dan
bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan
anak-anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang
kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat
dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang
keras, untuk orang-orang kafir, dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk
orang-orang mukmin. Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.” (Surah Al-Hadid ayat 20).
Firman Allah
s.w.t. di dalam Surah
إِنَّمَا
الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ
وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ
رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ الـَّذِيْن
يُقـِيْمُوْنَالصَّلَاةوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن أ ُلـَءِـكَ هُمُ
الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ
وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.
•
Artinya:
Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang
apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila
dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka
semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan
membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang
sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi
Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. ”
(Al-Anfal
ayat 2-4)
Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam Blog
ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian. Untuk itu
penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi mengikuti Siaran
dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa lagi…..
Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin !!
--------------------------ooooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment