Post 743 -Kerjasama Penganut Bukan Islam (622 M)
Kita lihat dari sejarah bahawa Nabi Muhammad
amatlah bijak sekali, kerana apabila beliau tiba di Madinah, beliau diterima
oleh semua masyarakat Madinah yang terdiri dari masyarakat majmuk. Kita misti
berfikir bagaimana beliau boleh diterima oleh mereka yag terdiri dari berbagai suku-suku kaum dan agama. Sebabnya ialah bijak
bertolak ansur, stratigi yang awal sebelum tiba dan membentuk satu paigam yang
lengkap. Kita harus mengambil iktibar dari stratigi ini.
Masyarakat yang majmuk belum tentu cukup
membangun apabila hanya didasarkan pada dominasi golongan agama sahaja. Oleh
itu, Nabi Muhammad berusaha mendekatkan jurang hubungan sosial antara semua
golongan yang ada di Madinah. Selepas Nabi Muhammad tiba di Madinah,
penduduknya terdiri daripada tiga golongan iaitu Muslim, Yahudi (Bani Nadir dan
Bani Quraizah) dan lain-lain.
Golongan-golongan ini disatukan dalam satu
bentuk kerjasama bagi membangunkan kepentingan semua penduduk Madinah. Suku tidak lagi menyerang suku-suku yang lain
sebaliknya mereka bersatu dalam menghadapi ancaman musuh-musuh dari luar
Madinah. Bagi mencapai tujuan itu, nabi Muhammad menubuhkan satu piagam yang
disebut Piagam Madinah. Isi-isi penting
dalam Piagam Madinah antara lain isinya seperti
berikut:
1.
Seluruh masyarakat menandatangani piagam
bersatu membentuk satu kesatuan kebangssan.
2.
Apabila salah satu suku yang turut
menandatangani piagam ini diserang oleh musuh, suku yang lain perlu membelanya
dengan kekuatan gabungan.
3.
Tidak ada satu suku pun dibenarkan mengadakan
persepakatan dengan kafir Quraisy, memberikan perlindungan kepada mereka atau
membantu mereka mengadakan penentangan ke atas rakyat Madinah.
4.
Orang Islam, Yahudi dan seluruh warga Madinah
yang lain bebas memeluk agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka dijamin
kebebasannya dalam menjalankan ibadat sesuai dengan agama dan kepercayaan masing-masing. Tidak seseorangpun boleh mencampuri urusan
agama lain.
5.
Urusan peribadi sama ada perseorangan ataupun
perkara-perkara kecil kelompok bukan Muslim tidak perlu melibatkan pihak-pihak
lain secara keseluruhan.
6.
Semua bentuk penindasan dilarang.
7.
Mulai hari ini, segala bentuk pertumpahan
darah, pembunuhan dan penganiayaan diharamkan di seluruh negeri Madinah.
8.
Nabi Muhammad, sebagai utusan Tuhan, menjadi
ketua Republik Islam Madinah dan memegang kuasa pengadilan tertinggi.
Piagam ini disusun pertama kalam dalam
sejarah. Ia mendahului paigam-piagam
lain yang pernah disusun dalam serjarah sesuatu bangsa. Ini adalah
undang-undang bertulis pertama yang menyusun dasar-dasar kuasa yang dibangunkan
secara bersama atau melibatkan semua komponen rakyat.
Dari sudut lain, piagam ini menunjukkan Nabi Muhammad
bukan sahaja sebagai ketua agama di Makkah tetapi juga di Madinah. Ini jelas
menunjukkan Nabi Muhammad membebntuk sebuah negara yang didukung oleh seluruh
komponen masyarakat serta penglibatan mereka secara aktif. Dengan kata laibn, beliau menawarkan konsep
negara yang pluralistik.
Sekian dahulu, bersambung akan datang...!
------------------------ooooo------------------------
No comments:
Post a Comment