Friday, 8 February 2013

Post 739 – Peristiwa Perang Badar ( 624 M)












Post 739 – Peristiwa Perang Badar ( 624 M)


Kita hendaklah mengambil tauladan dari peristiwa ini, iaitu apabila kita menaruh penuh azam dan manaruh penuh tawakkal pada Allah serta berikhtiar dengan penuh strategi, kita akan di
limpah oleh Allah dengan kejayaan.


Lebih kurang satu tahun Nabi Muhammad berada di Madinah, tercetus perang pertama antara Muslim Madinah dan kaum musyrik Makkah. Perang yang pertama ini tercetus akibat tekanan hidup kerana Musyrik Makkah yang merampas harta benda kaum Muslim Makkah sebelum mereka berhijrah ke Madinah.

Sebagai balasan, Muslim di Madinah cuba menyekat rombongan dagang yang melalui pinggir Madinah. Cubaan Muslim Madinah adalah tindakan yang ditunggu-tunggu oleh Musyrik Makkah bagi mengisytiharkan perang dengan mereka. 

 Meraka ingin membalas dendam pada penduduk Madinah yang menerima kedatangan Nabi Muhammad secara terbuka.

 Peperangan ini melibatkan 313 tentera Muslim menghadapi 1300 tentera Makkah.  Dengan benih iman yang jitu, Muslim Madinah berjaya mengalahkan tentera musyrik Makkah walaupun jumlah tentera yang sedikit.

Kemenangan Muslim Madinah adalah disebabkan mereka menunggu musuh mereka dengan penuh strategi, dengan penuh azam, dengan penuh tawakkal pada Allah dan dengan senjata yang lengkap.

Kita hendaklah mengambil tauladan dari peristiwa ini, iaitu apabila kita menaruh penuh azam dan manaruh penuh tawakkal pada Allah serta berikhtiar dengan penuh strategi, kita akan di
limpah oleh Allah dengan kejayaan.

Sekian, akanbersambung lagi,.....!

            ----oooo-----







No comments:

Post a Comment