Pos 723 - Jauhkan Amalan Takbur dan Bangga
Diri
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala
kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta
keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t.
kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog
ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.
Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog
yang lalu dan hari ini kembali lagi
menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum
Muslimin dan Muslimat sekalian.
1. Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri
?
Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati
Takbur Lahir iaitu gerak geri
badan yang ditimbulkan oleh anggota.
2.. Ketahuilah
ada 7 Sifat Takbur
a.
Kerana K
eturunan
b. Kerana kecantikan
c. Kerana Kekuatan
d. Kerana Kekayaan
e. Kerana banyak
wang
f. Kerana Ilmu.
g.
Kerana ‘Alim
3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
•
Memandang rendah
dan menghina orang lain darinya.
•
Meanggap diri
sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
•
Meanggap dia
dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
•
Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu
semua.
4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?
Firman Allah
s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ
يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د
َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)
Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk
neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan
(Al-Mukmin
ayat 60)
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.
“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang
bersifat ankara. (Al-IMukmin ayat 35) 631
Sabda Rasulullah s.a.w
لاَ يـَدْ خـُلُ
الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ
قـَلـْبـِهِ
مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ
خــَرْ دَ لٍ فِيْ
مـِنْ كـِبـْرٍ .
•
Tidak akan masuk syurga orang
yang di dalam hatinya memendam
sebesar biji sawi dari sifat sombong.
(H.R
Bukhari dan Muslim).632
Sabda Rasulullah s.a.w
ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ
مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.
Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil
yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka
membangga-banggakan diri sendiri.
(H.R.
Abu Hurairah r.a.) 664
5.. Hakikat Takbur
dan Bahayanya.
a.Sifat takbur kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah
antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara
seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.
b. Akhlak
yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga
sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua
pintu-pintu syurga.
6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)
a. Ia tidak mencintai kaum
muslimin.
b.
Ia tidak akan
merendah dirinya
c.
Ia tidak
menjauhi perasaan hasad dengki dendam.
d.
Ia tidak akan
bercakap benar
e.
Ia tidak akan
menjauhi sifat marahnya
f.
Ia amat gemar
mengumpat dan mengejek.orang.
7.. SEORANG ITU MENJADI TAKBUR DAN SOMBONG (17)
a. Takbur keraan keturunan
b. Takbur kerana kecantikan
c. Takbur kerana kekuatan
d. Takbur kerana kekayaan
e. Takbur kerana banyak
wang
f. Takbur kerana banyak ilmu
g.Takbur kerana wara’
dan ‘alim
8.. Takbur Kerana Keturunan (19)
a.
Orang yang
takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa
anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah
mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana
boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia.
b.
Ayah dan dato’
neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah
ibarat tanah yang telah hancur dalam
perut bumi. Allah s.w.t. berfirman dalam
Al-Quran surah Al-sajadah ayat 8 - 9 :-
ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ
سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ مـَّهـِيـْن ٍ (8)
ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ
مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ
لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة
ُقـَلـِيلاً
مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9)
Ayat 8. Dia (Allah)
jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air hina (mani).Ayat 9.
Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia tiupkan ruh kedalamnya, dan Dia adakan untuk
mu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang
berterima kasih (kepadaNya). (As-Sajaddah 8 & 9)
9. Takbut Kerana Kecantikan
a.
Ada orang suka
bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia megan dan takbur. Ia sentiasa
ingat kecantikan dirinya itu lebih dari
orang lain dan merasa begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal
selama-lamanya.
b.
Hendaklah
meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya
nescaya ia akan dapati badannya mengandungi berbagai kekototoran,
kerana manusia itu dijadikan dari
kekotoran bila ia mati menjadi
bangkai. Sedangkan segala
kecantikannya itu tidak kekal. akan
musnah bila-bila masa.
c.
Seseorang
hendaklah ingat semuanya itu kurniaan
Allah dan Allah
amat murka orang yang sombong dan takbur. Aabila seseorang itu
telah ingat semua perkara-perkara itu
nescaya ia akan hilang segala
takbur dan sombong dirinya.
10.. Takbur Kerna Kekuatan
a.
Allah memberikan
badannya besar dan ia merasa megah dan takbur
kerana ia mempunyai kekuatan.
b.
Ia menyombongkan
diri dengan orang lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah.
c.
Ia bercakap
takbur dan bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.
d.
Akibat dan
padahnya. Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka
Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh dalam
golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah Maha Gagah dan
Kuat
Amalannya akan dihapus selagi ia tidak
bertaubat.
e.
Hendaklah insaf
diri kerana tiada siapa yang megah dari yang megah. Tiada siapa yang gagah dari
yang gagah.
Sentiasa
ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan
mengambil balik.
11..Takbur Karana Kekayaan
a.
Seseorang itu
merasa megah dan ia pun bersifat takbur
kerana kekayaan mempunyai rumah besar,kerata mewah, dan harta banyak.
Ia berlagak bercakap besar dan menghina
orang yang miskin .
Ia merasa hina bergaul dengan orang
bawahnya kerana megah ia kaya.
b.
Bahaya dan
padahnya. Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan,
kemewahan
dan kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah
boleh
mengubahnya jika ia berterusan sombong dan bongkak serta
takbur diri. Orang yang sombong bongkak
dan takbur di dunia jauh
dari syurga.
c. Sabda Rasulullah s.a.w.
pabila anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga
perkara sahaja yang
dibawanya ke akhirat:-
(1). Ilmu yang bermanafaat.
(2). Sedekah jariah yang dibuat.
(3).
Anak-anak yang sentiasa mendoakan baginya.
c.
Cara menjauhkan
dari takbur ini. Seseorang itu hendaklah
ingat ia akan kembali papa kedana bila Allah s.w.t. membakar gedongnya,
merugikan sahamnya, harta kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia
masih bersifat demikian. Hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian
yang berlaku sehari-hari di dunia ini.
12. Takbur Kerana Banyak Ilmu (34)
a.
Seseorang itu
sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia
sentiasa megah, sombong dan takbur.
b.
Ia sentiasa
meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.
c.
Ia sentiasa
menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.
d. Bahaya dan
padahnya.
Hendaklah ia menyedari bahawa balasan
orang yang megah dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak
dapat memaafkan walau satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat
nasuha.
Ini kerana ia
menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui
e.
Cara
mengatasinya:
Hendak ia sedar perkara seperti yang
tetsebut di atas tadi.
Hendaklah ia insaf bahawa sifat takbur dan membesar diri
kerana berilmu tidak layak bagi sesia
pun. Selalu ia ingat
bahawa sifat takbur dan membesar diri
itu di murkai Allah s.w.t.
13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim
Alangkah cepatnya perasaan takbur
menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup
dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri
mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t
Munkin ilmu yang ada itu bukan
haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim itu ada
ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya
masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka
tinggallah sebagai jiwa yang kotor.
Dalam amal ibadat juga ada sifat
sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur.
Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua
manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in
membinasakan dirinya.
Bahaya dan padahnya
Firman Allah s.w.t.
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ
قـَلـْبً مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ
Ertinya. “ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang
sombong yang bersifat angkara”
(Al-Mukmin ayat 35)
14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?
•
Firman Allah
s.w.t.
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)
•
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya
dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh
kehinaan
(Al-Mukmin
ayat 60)
•
Sabda
Rasulullah s.a.w. :-
كـَفىَّ
بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ
أ َخـَاه
ُالـْمـُسْلـِم َ.
•
Ertinya: “ Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat
dengan memandang hina terhadap saudaranya yang muslim.”
(.H.R.
Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. :33 6
طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,
وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ
وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ
أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .
Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana
kemiskinan, juga orang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat,
begitu juga orang yang suka menaruh
belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para
ahli ilmu dan hikmah.
(H.R. At-Termizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.
مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ
وَضَعـَهُ الله, ُ
وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,
وَمـَن ْبـَذ َرَأ
َفـْقـَرَهُ اللهُ, وَمـَن ْ أ َ كـْثــَرَ
ذ ِكـْرِ الله ِ أ
َحـَبــَّه الله ُ.
(رواه مسليم)
Bermaksud”
Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh
Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri
pula, nescaya akan dijatuhkan
oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan
dimewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan
dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa yang sentiasa ingatan kepada
Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah s.w.t.
(HR. Bukhari dan Muslim)
15.. KESIMPULAN
•
Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi
kaum Muslimin itulah kelak di akhirat
nanti akan jadi penghalang seorang hamba
ke syurga.
•
Sebab ia di
dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong dan takbur dengan kaum mukminin.
•
Akhlak yang baik
dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi ianya ke syurga.
•
Mukmin hendklah ikuti segala budi pekerti yang terpuji
dan sifat merendah diri yang menjadi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.
•
Baginda berjabat salam dengan si kaya dan si
miskin.Baginda dahulu memberi salam pada tetamu sahabat dan rakan. Baginda
murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup merendah diri dan cara miskin
lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.
16.. Penutup - Harapan
Kita
Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada
segala rupa takbur dan bangga diri untuk
kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.
Wassala
mualaikum
Selamat Bertemu
Lagi Dalam Program Blog Santapan Rohani
Ehwal Islam
Sekian…..
والسلام عليكم ورحمة الله.
Jumpa lagi masa akan
datang.
----------------------oooooooooooooo------------------
No comments:
Post a Comment