Tuesday, 5 February 2013

Pos 729 -Amalan Baik Selepas Solat Subuh, Menjalini Silaturrahim dan Banyakkan Sedekah.









Pos 729 -Amalan Baik Selepas Solat Subuh, Menjalini    Silaturrahim dan Banyakkan Sedekah.


1. Biasakan amalan baik selepas Solat Subuh.

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

2. Menjalini silaturrahim
 
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

3. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
 (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

4. Banyakkan Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 

 (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

 ----------------------oooooooooooooooooooo--------------------


No comments:

Post a Comment