Friday, 1 February 2013

Pos 722 - Apakah yang dikatakan mata hati itu. ?


















Pos 722 - Apakah yang dikatakan mata hati itu. ?

Jawapan.
Mata Hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata kasar, dengan menampakkan perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.  Contohnya seperti berikut:
a.        Dosa
b.         Pahala
c.         Syurga
d.         Padang Mahsyar dan lan-lain.

Masalah  153,

Bagaimana pula yang diatakan Hati itu.?

Jawapan.
Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh manusia.  Pada zahirnya tiada kaitan langsung untuk mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati menjadi perunpamaan mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:’
        وَاللهُ ا َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.
       وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ
        تـَشْكـُرُوْنَ.  (178)
”Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepada-Nya.”
(An-Nahl, ayat 78).
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ  الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
       (رواه امام بخارى والمسلم)
Bermaksud;
  Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu.  Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati.

Masalah 154.
Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan Roh itu.?


Jawapan.

Hati dan roah adalah berlainan sifatnya.  Hati tidak sama dengan yang dikatakan Roh itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh tidak mati dan ia menempuh kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat.  Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 85:

وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ .  قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ وَمَآ
 ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ الـْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.
”Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”

Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan ”sedikit” pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji sebagai sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus, dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.

Masalah 155.
Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh itu.?

Jawapan.
Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu disebut sebagai berikut:
a.      Akal
b.     Perasaan
c.      Fikiran
d.     Hati
e.      Nafsu.
Roh itu berkeadaan ghaib dan diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati.  Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.

Kehidupan roh tidak seperti jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah).  Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad di atas muka bumi.  Firman Allah s.w.t. dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-
”...dari bumi (tanah) itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”

Roh apada asalnya bersih, terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.

Maka peranan fungsi-fungsi roh itu adalah seperti berikut:-
      a.  Akal           sebagai  Penimbang.
      b.  Perasaan    sebagai  Perasa
     c.  Fikiran       sebagai  Penilai
     d.  Hati            sebagai Peminta dan peminta.
     e.  Nafsu         sebagai  Perangsang.

Oleh itu peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang bak  adalah:
a.     Akal         - Memperseimbangkan fitrah manusia.
b.    Perasaan  - Mengutamakan kasih sayang dan tiada kelainan kepada 
                       yang lain.
c.  Fikiran    - Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan
                       hidup dunia dan akhirat.
d.  Hati        -  Berupaya melihat yang tersirat.

e.  Nafsu      - Merangsang menuju ke jalan yang lurus.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Talaq ayat 11:-

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
 قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.  Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
                                                                   (At-Thalaaq ayat 11)

Adapun yang akan terjadi kerpada manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-


              a.  Akal            - Menjadi gila  atau gila di dalam  waras.
                                        Tidak tetap pendirinnya.
             b.  Perasaan     -  Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.
             c.  Fikiran        -  Sentiasa merancang kejahatan.
             d.  Hati            -   Menyukai keburukan.
             e.  Nafsu          -  Menuntut kepuasan tanpa batas.

Kesimpulannya:-

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah  Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-

      قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن ْزَكـَّهـَا (9(
      وَ قـَدْ خـَـاب َ مـَنْ دَ سـَّـهَـأ  )10(

Bermaksud;
 Sesungguhnya  berjayalah  orang-orang yang   menjadikan   dirinya  yang  bersih bertambah bersih dengan amal kebajikan  dan sesungguhnya hampalah orang yang  menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat                                 
                                                                               (Al-Syamsyi ayat 9-10)

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-

”Akhlak yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk pula adalah kesalahan yang  berbau busuk”
(H.R. Ath-Thabaraniy dalam Ash-Shagila dari Aisyah)

Untuk Renungan dan Pemikiran yang Merangsang ke Jalan yang Lurus.

        KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat  77  yang bermaksud:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.

Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20  yang bermaksud:-

“Katakanlah: bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya pergurauan, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang keras, untuk orang-orang kafir, dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk orang-orang mukmin. Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.”  (Surah Al-Hadid ayat 20).

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ الـَّذِيْن يُقـِيْمُوْنَالصَّلَاةوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

        Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.  Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. ”
                                                                (Al-Anfal ayat  2-4)

Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam Blog ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian. Untuk itu penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi mengikuti Siaran dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa lagi…..
Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin !!


                  --------------------------ooooooooooooo------------------------------


























No comments:

Post a Comment