Post 742 -
KERJAKANLAH AMALAN-AMALAN SOLEH
1.Amalan-Amalan Soleh.
Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak
melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu
taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang,
maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di
akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـَا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)
” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya
maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia
menyengutukan sesiapan pun dalam
beribadat kepad Tuhannya.
(Al-Kahfi ayat 110).
3... Tidak lagi melakukan perkara maksiat.
Apabila kita
mengerjakan amalan-amalan soleh itu maka kita tidak lagi meninggalkan
solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak
tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak
lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan
wang riba, kita sentiasa rela bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim,
kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita
sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, kita selalu mengerjakan segala yang
sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.
Dan kita
tidak meninggal Puasa Wajib di bulan Ramadan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun
di tengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat
Witir solat Duha, solat Al-Ishraq di
pagi hari. Kita tidak mensyirikkan
Allah SWT dan tidak menyembah
selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari
takut pada Allah).
Kita menghormati
jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudara, menziarahi orang sakit dalam
kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang
daif dan miskin. Kita amalkan amanah,
tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri tanggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita
menetapi segala janji-janji kita sesama
Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk
agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.
Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur
dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita
tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong
diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal
keagamaan dan kebajikan, kita tidak
mementingkan diri sendiri, kita tidak langsung mementingkan hal-hal kebendaan
dan sebagainya lagi.
Melazimkan Qanaah dan Meninggalkan Asraf.
Barangsiapa yang ingin beranal soleh, wara’ dan
memelihara diri serta memilih hanya yang halal semata-mata, maka hendaklah ia
bersifat qanaah (memadai dengan yang
ada) dari harta benda dunia, dan hendaklah cenderung kepada yang sedikit
daripadanya, tidak asraf iaitu bersifat boros, tidak berlebih-lebihan dan
terlampau mencintai syahawatnya
3.. Qiamullail –
Sembahyang Malam
Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan
ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu
amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang
menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh
Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam,
kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya
dengan sempurna. Amalan ini merupakan
sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah,
insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Firman allah s.w.t.:-
مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا
مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً
طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ
جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا
كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)
•
Barang siapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau
perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang
baik, dan Kami balas mereka dengan pahala yang terlebih baik dari
apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)
4.. Fadhilat
Qiamullail.
Keutamaan
sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada
Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firman Nya:-
وَمِنَ
اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَةً لـَكَ عـَسَ أَ نْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ
مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)
“Dan bangunlah
pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakan sembahyang tahajud padanya
sebagai sembahyang tambahan bagi mu, semoga Tuhan mu membangkit dan menempatkan
(pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji”
(Al-Isra’ ayat 79.)
Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw.,
tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan
untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.
Dijelaskan oleh
Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak
dan layak menerima kebaikan serta rahmat
Nya, sebagaimana firman Nya;-
إِنَّ
الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ
آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ
مُحْسِنِيْنَ, كـَا نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ
اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,
وَبِالْاَ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa
itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air
terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur). Mereka selalu merenggang diri
dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajud
dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan
perasaan takut (akan kemurkaan Nya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredaan Nya); dan mereka menderma
bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka.
Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang
telah dirahsiakan untuk mereka (dari
segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai
balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)
5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.
Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah
s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t.
:-
أَمَّ نْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا
يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى
الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا
ُولُوْا الْاَلـْبَابِ. (الزمر: اَية 9)
“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud
serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya
itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang
yang mengerti dan orang yang tidak mengerti?
Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan
ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Zumnat ayat 9)
Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan
betapa besarnya keutamaan solat malan itu.
Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita
melakukam solat malam iaitu:-
أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ,
وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا
الْجَنَّةَ بِسَلَامِ.
(رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)
“Wahai sekalian manusia, sebarkan salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang
tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR
Al-Hakim dan Ibnu Majjah dan Termizi.)
Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda”-
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ
بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ,
وَمَكْفِرَةٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاةٌ
عـَنِ الْإِثـْمِ, وَمطـْرَدَةٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.
Salman Farsi berkata:- Rasulullah
s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan
orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk
mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu,
pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”
6..TERTIB MENGERJAKAN
SOLAT-SOLAT MALAM.
Seseorang yang hendak melakukan
solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk
bersembahyang. Dari Abu Darda
r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-
Bermaksud: ”barangsiapa yang
hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur
terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala,
sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.”
(Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).
Sebaik-baik solat itu dimulai
dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya
bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:
Bermaksud: ”Apabila salah seorang
di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai
dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Hendaklah membangunkan pula
keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-
Bermaksud: ”Allah memberikan
rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu
membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air
di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun
malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya
itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).
7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.
Solat malam itu dapat dikerjakan
di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan
sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan
solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga
jam 6.00 pagi.
8.. Orang Mukmin yang sempurna imannya.
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, surah Al-Anfal ayat 2 ke 4
seperti berikiut:
إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا
ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا
تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا
لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ
•
Ertinya:
Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka
yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila
dibacakan atas mereka akan ayat-ayat Nya, hal tersebut menjadikan iman mereka
semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan
membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada
mereka. Mereka itulah
orang-orang yang sungguh-sungguh sempurna iman mereka. Bagi
mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal
ayat 2-4)
9.. Melakukan Sedekah Jariah
Firman Allah
s.w.t dalam SurahAl-Baqarah ayat 254.
يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ
قـْنَكُمْ مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ
يَوْمٌ لَّا
بَيْعٌ فِـيْـهِ وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا
شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ
هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.
•
Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan
kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada
persehabatan dan tak ada
pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang
inanya.”
(Al-Baqarah ayat 254)
10.. Kesimpulan:
Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)
Bermaksud:
Barang
siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah ke dalam
syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka
di dalamnya selama-lamanya. Sungguh
Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaq
ayat 11)
Sekian dahulu ”Santapan
Rohani” untuk renungan kita bersama.
-----------------ooooooooooooo-----------------
No comments:
Post a Comment