Thursday, 7 February 2013

Pos 734 – Mendirikan Masjid dan Fungsinya













Pos 734 – Mendirikan Masjid dan Fungsinya

Masjid yang pertama dibina adalah Masjid Quba yang terletak di pinggir kota Madinah. Masjid ini tidak hanya berfungsi untuk beribadah, tertapi juga digunakan untuk hal-hal lain seperti belajar agama, mengadili kesalahan-kesalahan, pertemuan-pertemuan, latihan berperang, pengurusan pemerintahan dan upacara-upacara tertentu.  

 Masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad bersifat multifungsi, iaitu disamping mengembangkan kehidupan spiritual, ia juga bertujuan membentuk integrasi sosial.

Nabi Muhammad memerintahkan seluruh sahabat melakukan sembahyang lima waktu dengan berjemaah di masjid.  Selesai sembahyang Nabi Mujhammad menyampaikan beberapa pelajaran agama ataupun wahyu yang baru diterima. Kadang-kadang, Nabi Muhammad bertanya khabar para sahabat terutamanya sahabat yang tidak hadir sembahyang jemaah.  Daripada sini, beliau mengetahui keadaan itu sama ada dalam keadaan uzur dan sebagainya.

Melalui cara ini Nabi Muhammad membina hubungan persaudaraan yang akrab dengan para sahabat.  Begitu juga keadaannya pada hubungan antara kaum Muhajirin dan Ansar, keakbaran kehidupan spiritual dan sosial terbina secara terpadu melalui media masjid.

Dari keterangan di atas kita patut mengambil iktibar bagaimana seseorang yang menjadi ketua atau pemimpin itu patut lakukan supaya dia di sayangi dan di hormati oleh masyarakat setempat.

Sekian dahulu, dan akan besambung dalam masa terdekat.

                                 -----ooooo------






No comments:

Post a Comment