POS 726 - SEORANG ISLAM
YANG SEBENAR.
Saudara-saudara
kaum muslimin yang terhormat..!
Islam
mengajarkan kepada kita keesaan Allah. Menyamakan
Allah dianggap sebagai dosa yang paling besar.
Allah adalah satu. Allah tidak
biasa dipisahkan ke dalam banyak peribadi.
Allah tidak mempunyai persamaan, tidak mempunyai musuh, tidak mempunyai
orang tua, dan tidak ada sesuatu yang menyamaiNya. Dia Yang Maha Awal, Maha Akhir. Dia Pencipta.
Pendeknya Dia Pemilik segala sifat yang maha tinggi.
Allah pencipta
para utusan, para malaikat, jiwa (roh) pohon - pohon kayu, batu-batu dan segala
sesuatu di alam raya ini. Oleh kerana
itu sebagai orang Muslim, janganlah kita sekalian menyembah Al-Masih. Janganlah
menyembah malaikat-malaikat. Janganlah menyembah roh, janganlah menyembah setan
atau jin, janganlah menyembah pohon-pohon kayu, janganlah menyembah apa pun
kecuali Allah s.w.t.
Di alam raya ini
tidak sesuatu pun yang boleh disembah kecuali Allah. Hanya Allah-lah yang harus
disembah dan hanya keadaan Allah sahajalah seseorang harus minta ampun dan
minta pertolongan. Dalam hal ini
Allah berfirman dalam Surah Al-Fatihah :
إ يَّـاكَ نَعْبُدُ وَإ يَّـاكَ نَسْتَعِيْنُ.
”Hanya kepada Mu kami
menyembah, dan hanya
Kepada Mu kami minta pertolongan”
Sebenarnya bukanlah orang yang dapat
berbibcang dalam bahasa Arab dengan lancar disebut orang Islam. Bukanlah orang
yang memakai jubah dan kain sarung disebut orang Islam. Bukanlah
orang yang menjauhkan diri dari makan daging babi disebut orang Islam. Tetapi orang Islam ialah orang yang
memproklamirkan prinsip bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa
Muhannmad s.a.w. adalah hamba dan pesuruh Allah.
Seorang Islam adalah yang mendirikan
solat lima waktu, membayar zakat, melakukan puasa di bulan Ramdhan, pergi menunaikan haji ke Mekah jika ia mampu
melakukannya. Selain itu ia harus
berkata benar dan berbuat baik walaupun pahit untuk dikerjakan.
Seorang Islam adalah dia yang bahagia
melihat orang lain berada dalam kebahagian, khususnya apabila dia bahagia
disebabkan oleh dirinya. Ia bersedih
melihat orang lain dalam kesulitan, khususnya apabila kesulitan itu disebabkan
oleh dirinya. Dalam menjelaskan hal ini
Al-Quran menyatakan:
مُحَمَّدٌ رَسْوْلُ اللهِ وَالـَّذِيْنَ مَعَهُ
أ شِدَّاءَ عَلىَ الـْكُفَّارِ رَحَمَآءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانـًا.
”Muhammad adalah rasul Allah. Dan mereka yang bersamanya keras terhadap
orang-orang kafir dan kasih sayang antara mereka sendiri. Kamu (Muhammad) melihat mereka ruku’ dan
sujud mengharapkan keutamaan dari Allah dan ridhaNya.”
Kita haruslah memahami bahawa Islam
bukan sahaja agama kepercayaan yang diwarnai oleh asketisme yakni mengerjakan
sesuatu demi akhirat. Islam bukan sekadar beribadah di masjid. Islam tidak hanya solat, memberi zakat, dan
mengerjakan haji, tetapi Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Apa pun yang kita kerjakan untuk meningkatkan
kehidupan duniawi demi keredhaan Tuhan adalah ibadah dalam Islam.
Islam menganjurkan kehidupan yang aktif
dan kegiatan sosial yang kreatif dan bukan mengasingkan diri dari masyarakat
atau berhubung dengan Allah semata-mata.
Islam mewajibkan untuk mencari kebahagan di akhirat dan tidak
mengabaikan bahagian dunia. Al-Quran
dalam Surah Al-Qasas, ayat 177 telah menyatakan:
وَابْتَغِ فِيْمَا ا تَاكَ اللهُ الدَّارَالْأ خِرَة َ
وَلَاتَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدَّنْيَا وَأ َحْسِنُ كَمَا أ َحْسَنَ اللهُ إ
ِلـَيْكَ وَلَا تَبْغِ الـْفَسَادَ فِى الْأ َرْضِ
إ ِنَّ اللهَ
لَا يُحِبُّ الـْمُفْسِدِيْنَ.
“Tetapi carilah
tempat tinggal di akhirat yang Allah berikan kepadamu dan janganlah engkau
mengabaikan bagimu duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat
baik kepadamu, dan jangan mencari kerusakan di atas bumi, sesungguhnya Allah
tidak mencintai orang-orang yang berbuat kerusakan”
(Al-Qasas ayat 177).
Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:
اِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأ نَّكَ تَعِيْشُ أ بَدًا وَاعْمَلْ لاِ َ
خِرَتِكَ كـَأ َنَّـكَ تَمُوْة ُ غـَدًا.
“Berbuatlah di dunia ini seakan-akan engkau akan hidup
selamanya, dan berbuatlah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati
esok.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
Maka bukanlah seorang Muslim yang
sebenar, yang hanya hidup mengasingkan diri dan iktikaf dan tafakur. Bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang
yang hanya bersemadi di dalam masjid mencari keredhan Allah dan rahmnat Nya
semata-mata.
Sebaliknya bukanlah seorang Muslim yang
sebenar, orang yang hanya memburu kekayaan tiada ingat akan kewajipan agamanya.
Bukanlah seorang Muslim yangse benar, orang yang hanya mengumpulkan harta dunia
dan hanya menghitung-hitung dan melupakan Tuhannya. Dan bukanlah seorang Muslim yang sebenar,
yang hidupnya demi urusan dunia sahaja.
Tugas anda sekarang adalah menunjukkan
identiti Islam anda walaupun seandainya anda hidup di negara bukan Islam. Anda harus menunjukkan identiti keislaman
anda walaupun anda bekerja di tengah-tengah masyarakat bukan Islam.! Jangan anda takut untuk berkata: ”Aku seorang
Muslim”, bagaimana pun banyak orang bukan Islam akan bernci, walaupun
orang-orang musyrik akan benci, bagaimana pun banyak orang munafik akan benci.
Sesungguhnya Allah telah melihat untukmu
Islam sebagai agama yang benar, kerana itu janganlah anda mati kecuali sebagai
seorang Muslim. Wahai orang-orang bukan Islam. Saksikanlah bahawa kami adalah
orang-orang Muslim.
Sekianklah saudara-saudara sekalian,
kerana telah selesai untuk meneruskan catatan di blog ini, akhirnya penulis
ingin mengimbau kepada anda bahawa motto hidup kita adalah:
يَا بَنِى إ نَّ اللهَ قَدِاخْتَارَ لـَكُمُ
الْإِ سْلَامَ دِيْنـًا فَلا َ
تَمُوْتـُنَّ
إ لا وَأ نـْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
“Wahai anak ku !
Sesungguhnya Allah telah memilih untuk mu
Agama yang benar, maka janganlah kamu
mati kecuali sebagai seorang Islam.”
Sekian dahulu, disudahi dengan’...
Wassala mu alaikum warah matullah hi
wabarakatuh...!
----------------------oooooooooooooo-----------------------
No comments:
Post a Comment