Wednesday 6 February 2013

Pos 732 - Manafaatkan Sumber Potensi Manusia Secara Efektif












Pos 732 - Manafaatkan Sumber Potensi  Manusia Secara Efektif

Nabi Muhammad menggunakan pelbagai sumber potensi manusia secara efektif.  Sahabat yang mempunyai kekayaan lebih seperti Khadijah, Abu Bakar dan Usman berkorban harta untuk dakwah.

  Mereka yang mempunyai pengaruh besar di kalangan Quraisy seperti Umar bin Khattab danHamzah bin Abdul Mutalib daripada golongan Muslim serta Abdul Muttalib dan Abu Talib daripada golongan bukan Muslim. Mereka bertindak sebagai perisai yang menlidungi Nabi Muhammad daripada ancaman-ancaman musuh-musuhnya.

Manakala para sahabat yang mempunyai kelebihan dalam bidang intelektual seperti Ali bin Talib, Abdullah bim Mas'ud dan Zaid bin Tsabit berkhidmat dalam mengembangkan ilmu-ilmu agama terutamanya tafsir serta Abu Hurairah yang tekun menghafal dan menyampaikan hadis-hadis nabi.  Walaupun mereka mempunyai kecenderungan yang berbeza, mereka mampu bersatu mengangkat senjata serta setia bersama Nabi Muhammadf.

Kita hari ini hendakjlah mengikut contoh sebagai yang mereka lakukan terutama para sahabat pemimpim-pemimpin negara hari ini, supaya lebih gigih berkporban untuk kemajuan agama Islam.

Sekian, bersambung akan datangh.

------oooooooooooo----

No comments:

Post a Comment