Wednesday, 6 February 2013

Pos 733 – Nabi Muhammad Pindah Ke Madinah (622 M)











Pos 733 – Nabi Muhammad Pindah Ke Madinah (622 M)

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah kota ini bernama Yathrib. Penduduknya majmuk terediri daripada berbagai-bagai suku kaum.  Suku yang terbesar adalah suku Aus dan Khazraj. Agama penduduknya juga bermacam-macam seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Sabi’i dan lain-lainnya. Antara Suku-suku ini, Aus dan Khazraj adalah dua suku yang terbesar dan mereka  terlibat dalam konflik hingga melibatkan  sentimen keagamaan pengikut-pengikutnya.  Pengikut Yahudi daripada Bani Quraizah dan Bani Nazhir berpihak kepada suku Aus, sedangkan Bani Oinuqa memihak kepada suku Khazraj.

Berberza dengan Makkah yang terdiri daripada padang pasir yang tandus, sebahagian besar tanah Madinah subur dan penduduknya menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti kurma.  Lingkungan pertanian menjadikan penduduknya mempunyai ciri-ciri yang sederhana, tinggal di lingkungan ekonomi yang subur, saling menghormati antara satu dengan lain dan menjaga keakrabvan dengan lingkungan sosial dan alam.  Ekonomi masyarakat dipegang oleh kelompok pengikut Yahudi yang menerapkan sistem eksploitasi dan riba.

Kedatangan Nabi Muhammad di kota ini membawa misi damai. Nabi Muhammad menjadi orang tengah antara mereka yang terlibat dalam konflik.  Selain itu , sebagai utusan Tuhan, beliau bercita-cita meneruskan dakwah berasaskan agama seperti yang dibinanya pada fasa Makkah.  Oleh itu,  pada fasa Madinah, beliau berusaha membangunkan dasar-dasar masyarakat atas ajaran-ajaran yang diwahyukan sebagai penyambung daripada fasa Makkah.  Masyarakat yang dicita-citakan Nabi Muhammad adalah, masyarakat yang beradab yang menjunjung tinggi nilai-nilai akhlak.  Nabi Muhammad menukar nama Yathrib kerpada Madinah al-Munawarah yang bermaksud ”Kota yang Bercahaya”.

Sekian dahulu, dan bersambung akan datang.

                      ----------------oooooooo---------------





No comments:

Post a Comment