Pos No. 816 -Haram juga melaggar
undang-undang..
Rasulullah saw bersabda:-
مَنِ اشـْـَـتَرَى سـرْ قَـَـة ً
وَهُوَ يـَعْلَمُ أنـَّهَا سِرْةٌ
فـَقـَدِاشْتَرَكَ فـِى أِمِهَا
وَعَارِهَا."
Bermaksud: Barang siapa
yang membeli barang curian sedang dia tahu bahawa barang itu barang curian,
maka bererti ia turut serta mendapatkan dosa dan kekejiannya.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
(v). Menjual buah-buahan untuk dijadikan
arak (11)
Seorang Muslim adalah haram menjual anggur
atau benda yang boleh dijadikan arak, atau menjual senjata kepada orang yang
sedang berperang menentang Islam, atau dijual kepada yang bermaksud
menggunakannya dalam hal-hal yang haram seperti menjual parang untuk tujuan
merompak Jika terjadi akad dalam jualan
itu maka akad itu terbatal, kerana
tujuan berbuat dosa dan permusuhan atau perkara yang dilarang oleh syari’at
seperti membuat arak yang haram dimimum oleh orang-orang Islam.
Firman Allah swt:-
وَتَعَا وَنـُوا عـَلَى الـْبـِرَالـتـَّقـْوَ
ج وَلآ تـَعَاوَنُوا علىَ
الإ ِثْـْمِ وَالْعُـدْوَانِ ِ.
Bermaksud: Tolong menolonglah kamu
dalam berbuat baik dan taqwa dan janganlah tolong memnolong untuk kepentingan
dosa dan permusuhan. (Al-Maidah ayat 2)
Nota
Kaki (9),(10 dan (11) – Kitab “Halal Dan Haram Dalam
Islam” oleh Imam Al-Ghali di susun oleh Abdullajh Tahir, ,terbitan Jasmin Enterprise Kuala Lupur
tahun 1998
(vi).. Menimbun
barang-barang (12)
Berertti seorang saudagar membeli sesuatu
dengan banyak untuk menimbunnya agar barang-barang tersebnut berkurangan di
pasaran sehingga harganya menigikat naik dan demikian itu manusia akan terkena
kesulitan. Timbunan semacam ini adalah haram dalam Islam dan di cegah kerana ia
merupakan niat tamak dn bukti keburukan
moral serta memberi susah kepada manusia
yang lain.
(vii).. Menujual
barang yang dijual oleh orang lain. (13)
Menjual barang yang
dijual orang lain hukumnya haram. Contohnya -Muhammad membeli suatu jenis
barang dengan syarat khiyar dari Kadir.
Tiba-tiba datang Umar menawarkan
jenis barang yang serupa kepada Muhammad agar Muhammad membatalkan pembelian
itu dari Kadir dan membeli barangnya dengan harga yang lebih murah.
(viii).. Menjual
sesuatu yang haram, menjadi hukumnya haram.
(14)
Adapun jika menjual sesuatu membawa kepada perbuatan
maksiat adalah dilarang oleh Islam kerana ianya menjadi haram perbuatan itu. Atau membeli atau memperdagangkan hukumnya haram,
misalnya: babi, arak, makanan dan minuman yang diharamkan secara umum, dan
sebagainya.
----------------------------------------------------------------Nota kaki: 12,13,dan
14 – Kitab “Halal dan Haram DalamIslam”oleh Imam Al- Ghazali, disusun oleh
AbdullaTahir ,terbitan Jasmin Enterprise Kuala
Lumpur tahun 1998.
barang-barang
tersebut dapat menimbulkan perbuatan -perbuatan maksiat, dapat membawa orang berbuat
maksiat atau mempermudahkan dan mendekatkan manusia untuk menjalankan maksiat.,
Dalilnya sabda Rasulullah saw:-
إ ِنَّ الله َوَرَسُوْلَـُهُ حَرّمَ
بَيْعَ الْـْخَمَر ِ وَالـْمـَيْةِ
وَالْـْخِـنْـز ِيْر ِواْلـْلآصْـنَـَام ِ.
Ertinya:- “Sesungguhnya
Allah dan RasulNya telah mengharamkan memperdagangkan arak, bangkai, babi, dan
patung.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
(ix)..Menjual barang
yang masih samar. (15)
Setiap akad perdagangan
ada lubang yang membawa pertentangan, apabila barang yang dijual itu tidak
diketahui atau kerana ada unsur penipuan yang dapat menimbulkan pertentangan
antara si penjual dan pembeli atau kerana salah satu ada yang menipu.
Justerru itu dilaranglah
menjual binatang yang masih ada di dalam tulangh rusuk binatang jantan atau
menjual anak yang masih dalam kandungan, atau menjual burung yang terbang di
udara, atau menjuual ikan yang masih dalam air dan semua macam jual beli yang
terdapat dalam unsur-unsur penipuan. Ini semua kerana tidak diketahuinya
sercara pasti benda yang dijulanya itu.
(x)..Berdagang dengan
jalan riba (ms309) (16)
Islam menutup pintu bagi
siapa yang berusaha akan mengembangkan wangnya itu dengan jalan riba. Maka
Allah swt mengharamkan riba itu dan mencela orang-orang yang menjalankan
perniagaan dengan riba itu. Firman Allah swt:-
وَمآ ءَا تَيْتُمْ مِّن رِّبًا لـِّـيَرْبُوفِى
أ َمْوَل ِ النَّسِ فّلآ يَرْبُوا عِنْدَ
اللهِ ج وَمَآ ءَاتَيْتمِّ من زَكَـَوة
ٍ تُـُرِدُونَ وَجْهَاللهِ فَأُوْلـءِـكَ هَمْ اْلـْمُضْعِـِفُونَ .
Ertinya:-“ Dan sesuatu
riba (tambahan) yang kamu berikan agar
di menambah pada harta menusia, maka riba iti tidak menambah pada sisi
Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa
zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat
demikian) itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya. (Surah Ar-Rum ayat 39)
Menuru HadithNabi saw
seperti berkut:
عـَنْ إبـن ِ مَسْعـُود قَالَ: َلـَمـَنْ رَسُو لُ اللهُ عـَلَيهِ وَ سَلَّمَ
آ كـِلَ الـرِّبَا وَمُــَو كـِـلـَـه ُوَشـَا
هــدَهُ وَكـَا تـِبـهَ.
(حديث حسن صحيح.)
Bermaksud :
Diriwayatkan
daripada seorang sehabat bagi Nabi saw
yang masyhur dengan nama Abdullah bin Mas’ud a.s akan yang memakan riba dan
yang memberi makan dan saksinya dan jurutulisnya *.
* (Maktasar
Sahih Al Termizi, Juz 9, m.s., 79)
(xi)..Pemakan riba dan
Pembantunya (17)
Pemakan riba dan
penulisnya akan mendapat laknat Allah.
Akan tetapi dalam masalah haram, tidak
hanya membatasi dosa orang yang memberikan riba itu, iaitu yang
berhutang dan memberinya kepada sipiutang. Begitu pula penulis riba dan dua
orang saksinya akan dapat sama. Sabda
Nabi saw yang bermaksud:” Allah akan melaknat pemakan riba yang memberinya, dua
orang saksinya dan jurutulisnya, .”(*- Lihat Muktasar Sahih Terrmizi Juz 9,ms 79)
(HR Ahmad ,Abu Daud, Termidhi, Nasa’I dan Ibn Majah
b.
Diharamkan di dalam ibadah.
(ms54) (18)
(i).Mendatangi dukun.-
Sekumpulan manusia
Yang berperanan mengakui
dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik masa yang lalu dan akan datang.
Haram bukan sahaja kepada Tukang-Tukang
tenung sahaja tetapi juga kepada mereka yang datang menemuinya untuk meminta berita
darinya. Firman Allah swt:-
قـُل لاَّ يـَعـْلـَمُ مـَن فَى
السـَِّمـَوَاتِ
وَالأرْض
ِالـْغـَيـْبَ إلاّ الله.
Bermaksud:
Katakanlah! Tidak ada yang dapat
mengetahui perkara
ghaib di langit dan di bumi
melainkan
Allah. (An – Am Ayat 65)
(ii)
Mencaci Angin. –
(19)
Angin
adalah udara yabg bergerak, ia diciptakan oleh Allah, berhembus ke mana saja
menurut kehendakNya. Kita sebagai orang
mukmin yang mengakui akan kebesaran dan keaguangan Allah,hendaknya apabila
melihat sesuatu yang tidak
disenangani, misalnya berupa
angina rebut kuat,
merosakkan harta benda,
mohon
Perlindungan
dari Allah. Haram mencaci, mencela
kepadanya.
Hal ini sama seperti menghina pada
Allah.
(iii). Haram memakai tangkai.-
(20)
Islam
melarang keras kepada umatnya untuik begantuing kepada tangkai atau azimat,
kerana yang demikian itu menduakan Tuhan iaitu satu Allah dan satu tangkal aytau
azimat yang dipakai. Sabda Rasulullah
saw:-
"مَنْ
عـَـلـَّـقَ فـَـقـَدْ آشْرَكَ. "
Bermaksud-“Barang siapa yang m enggantuingkan (tangkai), maka sungguh
dia telah menyengutukan Allah.”
(HR. Ahmad dan Hakim).
c... Haram Dalam
Perkara Akhlak (ms 71) (21)
(i). Riyak
- Riyak adalah menampakkan atau memperlihkan suatu amal ibadat
kepada orang lain dengan rasa megah dan supaya ia dihormati dan disanjungnya. Perbuatann ini haram.
Firman Allah swt:-
يـَأ
َيـَّهَـا الـَّذ ِينَ ء َامـَنـُوا لآ تـُبـْطـِلـُوا صَد َقـَتـِكـُم بـِالـْمـَنِّ
وَالأ َذ َى كـَالـَّذِي يـُنـْفـِقُ مـَالـَهُ
رِيآء َالنـَّاس ِ.
Ertinya:
“Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan
menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana
riyak kepada manusia.
(Al-Baqarah ayat 264)
----------------------------------------------------------------------------Nota
Kaki –(15),(16),(17),(18),(19) dan (20) -= Kitab “Halal Dan Haram Dalam Islam
oleh Imam Sl-Ghazali sdisusunm oleh AbdullahTahir tebitan Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur, tahiun 1998.
(ii). Derhaka kepada dua Ibu Bapa – Firman
Allah swt di dalam Al-Quran:-
وَقـَضَ رَبـُكَ أ َلاَّ تـَعـْبـُدُوا إ ِلآَّإ ِيـَاهُ
وَبـِالـْوَ
لـِدَيـْن ِ إ
ِحْسَنـًا ج
Bermaksud:
“Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak menyembah kecuali kepada
Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka.” ( Al-Isra’ ayat 23)
(iii). Haram Kikkir dan Bakhil - (22)
Allah
swt melarang bersifat bakhil atau kikir kerana ia adalah satu sifat yang buruk
dalam agama Islam. Firman Allah swt:_
وَلآ يَحْسَبَنَّ الـَّذِينَ يـَبْخَلـُونَ بـِمَآءَا
تـَهـُمُ اللهُ مِن
فـَضْلِهِ,
هـُوَ خـَيـْرًلـَهُمْج بـَلْ
هـُوَشـَرٌّلـَّهُمْج سـَيـُطـَوَّ
قـُونَ مَابَخـِلُو َ ِخـِلـُوأ بـِهِ.
يـَوْمـَالـْقـِيـَمَةِ.
Bermaksud: “ Sekali-kali janganlah
orang-orang yang bakhil dengan harta
yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa
kebakhilan itu baik bagi mereka Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi
mereeka. Harta yang mereka bakhilkan itu
akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat,
(Al-Imran Ayat 180)
(iv) Ghibah atau Memfitnah. (23)
Haram membuat Ghibah atau memfitnah iaitu adalah
menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang orang yang bersangkutan, yang
apabila orang itu mendengarnya ia menjadi marah dan malu. Keburukan yang di
bicarakan itu baik tentang keadaan diri orang itu sendiri atau keluarganya.
Firman Allah swt:-
يـَأ َيُهَا الـَّذِيـنَ
ءَا مـَنـُوا أ َجـِبـْتـَنـِبـُوا كـَثـِيرًا مِنَ الظـَّنِّ إِ نَّ بَعـْضَ
الظـَّن ِّ إ ِثـمٌ ج وَلآ
تَجَسَّسُوا وَلآيـَغـْتـَب بـَّعـْطكم بَعـْضًا ج إ َيُحـْبُّ إ َحـَدُكـُمْ إ َن يـَأ
ْكـُل ُ لـَحْمَ
إ َخـِيه ِمـَيـْتـًا فـَكـَرِهــْتـُمـُوُهُ ج وَاتـَّقـُواللهَ ج إِنَّ اللهتـَوَّابٌ رَّحـِيمٌ (الحجرة 12)
Ertinya:
Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya
sebahagian persangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang-lain dan janganlah sebahagian kamu menfitnah sebagaimmana yang lain. Sukakah salah seoranmg di antara kamu memakan
daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertaqwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Hujrat ayat 12)
(v).. Membuat Dusta (24)
Di
antara bencana lidah ialah berdusta. Iaitu menyampaikan sesuatu berita yang
tidak seperti apa yang terjadi berlaku. Misalnya dia berkata” Orang itu telah
mencuri wang simpanan aku.” Pada hal sebenarnya orang itu tidak berbuat
demikian sebagaimana yang dikatakannya.”
Oleh itu jagalah jangan sampai dipakai untuk berdusta baik secara
sungguh-sungguh atau secara main-main, bersenda gurau. Janganlah berbohong itu dijadikan permainan
sambil bersenda gurau sebab nanti akibatnya akan menjadi suatu keboehan buruk
iaitu menjadi bohong sungguh-sungguh.. Biasakanlah lidah mu untuik berkata yang
benar, sebab perkataan yang benar dapat menghantar kita ke pintu syurga dan
sebaliknya perkataan yang bnohong itu akan menghantatrkan kita ke pintu neraka.
Dari
Abdullah Ibn Amru bahawa Nabi saw telah bersabda sesiapa yang berdusta adalah termasiuk golongan orang
munafik. Sabda Rasulullah saw:-
عَـنْ عَبْدِالله بن عَمْرو
أنَّ النَّبِي صَلَى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلّم قالَ: أ َرْبَعَ مَنْ كـُـنَّ فِيهِ
كـَانَ مُنــَا فـِقـًا خَالِصًا، وَمَنْ كـَانَتْ فِيْهِ خَصْلَـَة ٌ مِنَ
النِّـفـَاق ِ حَتَّى يَدَعَهَا: إ ِذ َا َاوْتـُـمِنَ ِخَانَ. وإ ِذَحـَدَّثَ كـَذ َبَ. وَإ ِذَاعَاهَدَ
غَدَرَ.
وَإ ِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
Dari
Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabai saw telah bersabda “Sesiapa yang mempunyai
empat sifat ini, mereka termasuk dalam golongan orang munafik. Dan sesiapa yang
mempunyai salah satu sifat daripadanya, dia juga tyergolong di dalamnya
sihinggalah dia meninggalkan sifat-sifat itu.
Adapun sifat-sifat itu ialah Apabila diberi kepercayaan dia kerkhianat,
Apabila berkata dia berdusta, Apabila berjanji dia memungkirinya dam Apabila
brsersengketa dia melampau-lampau.
(HR
Al-Bukhari dan Muslim)
(vi).. Hasad dan Dengki. (ms97) (25)
Dengki atau hasad adalah
sifat yang tercela dalam agama, disamping bahaya bagi diri sendiri juga
terhadap masyarakat umum. Dengki atau hasad adalah merupakan dosa pertama yang
dianggap derhaka kepada Allah swt.
Kerana ketika Allah menyuruh iblis sujud kepada Adam ia membantah, kerana itu ia diusir dan
lahirlah dari sini segala bencana, cubaan mahupun fitnah kepada manusia. Hasad itu ada dua macam, iaitu;-
-----------------------------------------------------------------
Nota
kaki- (21), (22),(23), (24) dan (25)- Dar iKitab “Halal Dan Haram Dalam Islam
oleh Imam Al-Ghazali disusun oleh Ah Tahir, terbitan Jasmin Entrise,Kuala Lum[ur tahun 1998..
Pertama: Benci pada seseorang yang
memperolehi sesuatu kenikmatan dan ,mengharap-harapkan agar kenikmatan tadi segera lenyap daripada
orangh itu. Mengenai sifat yang demikian
itu adalah haram hukumnya dalam segala perkara, kecuali sesuatu kenikmatan yang
dimiliki oleh seseorang yang derhaka dan digunakan sebagai alat untuk menyakiti
orang lain. Dalam keadaan yang demikian
lenyaplah kenikmatan dari orang lain, sebab jelas digunakan untuk jalan
kemaksiatan. Hadis Nabi saw yang menerangkan haramnya hasad dan dengki itu
adalah berikut:
“Diriwayat
oleh Bukqri dan Muslim: “Janganlah kamui
semua sering dengki mendengki, jangan putus menutuskan hunungan persaudaraan,
jangan saling benci-menbenci, jangan pula belakang membelakangi, dan jadilah
kamu semua hamba Allah sebagai saudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt kepada semua. “
Kedua-
Hasad
yang kedua iaitu tidak menginginkan bahawa kenikmatan itu lenyap dari orang
yang memperolehinya itu, tetapi ia sendiri menginginkan agar mendapatkan
kenikmatan sebagaimana yang diperolehi orang tadi. Misalnya rakannya mendapat
kelulusan peperiksaan yang paling terbaik, maka ia inginkannya juga seperti
itu, justeru itu ia berlumba-lumba belajar melebihi orang itu. Dengki ini tidak menjadi kesalahjan bahkan digalakkan
pula.
Sekian deahulu dan ajanbewrsambung lagi...
----------------oooooo---------------------