Friday 7 June 2013

POS 781 -KISAH NABI ISMAIL A.S.














POS 781 -KISAH  NABI  ISMAIL A.S.

Sebagaimana yang diketahui,Nabi Ibrahim a.s dalam perkahwinannya mempunyai dua orang anak (Nabi Ismail dan Nabi Ishak). Masing-masing menjadi orang besar dan Rasul terkemuka. Yang paling terkenal adalah yang pernah menerimka ujian untuk melaksanakan perintah disembelih, iaitu Nabi Isnmail a.s., anak pertama Ibrahim a.s. yang lahir dari ibunya, Hajar Al-Qibthiyah, keturunan Masir.

Ada yang mengatakan bahawa anak Ibrahim yang dijadikan korban adalah Ishak, tetapi keterangannya tidak dapat dipertanggungjawabkan kesasihannya. Keterangan seperrti itu terbit dari putar belit Bani Israil. Mereka inilah orang-orang yang sering dicurigai sebagai penyeleweng dan pengubah kitab Taurat dan Kitab Injil.  Mereka tidak dapat menerima keterangan dari kitab yang ada di tangan mereka, bahawa Ibrahim diperintah supaya menyembelih anak pertamanya.  Ketereangan yang mengatakan Ismail adalah anak pertama Ibrahim yang diperintah untyk disembelih, adfalah ketyerangan yang benar, yang berdasarkan krepada nas dalil.

Di dalam kitab mereka diterangkan bahawa Ismail adalah putera Ibrahim yang lahir pada ketika usia beliau mencapai 86 tahun. Sementara kelahiran Ishak terjadi setelah usia beliau mencapai 100 tahun.  Dari keterangan itu dapat disimpulkan bahawa Ismail adalah putera Ibrahim yang pertama.  Kesimpulan itu berdasarkan pada sudut gambaran dan makna riwayat tersebut.

Dari sudut  gambaran, dapat dikemukakan bahawa anak Nabi Ibrahim itu usianya mencapai 13 tahun lebih dan dikatakan tunggal dari segi makna kerana, Ismail adalah putera Ibrahim yang diajak berhijrah bersama ibunya, Hajar.  Ketika itu Ismail masih menyusu. Sebagaimana ada yang mengatakan bahawa ibu dan anak itu di tempatkan di sebuah lembah di bawah gunung Faran. Iaitu sebuah gunung yang berada di sekitar Makkah. 

Di lembah itu mereka ditinggalkan oleh Ibrahim tanpa bekal makanan dan minuman  yang mencukupi.  Ibrahim melakukan hal itu lantaran penuh percaya dan yakin kepada Allah swt dan bertawakkal kepada Allah swt. Usaha Ibrahim tidak sia-sia. Sikapnya itu mendapat balasan Allah swt dengan melimpahkan pertolongan dan kenikmatan yang cukup kepada isteri dan anaknya itu.

Mengenai keperibadian Ismai, dalam beberapa Ayat Al-Quran, Allah swt memberi pujian kepadanya sebagai orang yang bersifat teramat sabar, sopan santun, dan dapat dipegang janjinya, kuat dalam menjaga kewajipan solat, menyebarkan perintah mendirikan solat kepada keluarganya, agar mereka selamat dari seksaan Allah swt. Selain itu Ismail juga mendapat gelaran sebagai orang yang bertanggungjawab menyeru keluarganya untuk beribadah kepada Allah swt.

Firman Allah swt (dalam Al-Qurana,Surah As-Saffat, ayat 101-102,mengatakan:

”Kami sampaikan berita gembira kepadanya (Ibrahim) dengan kelahiran seorang anak yang sabar. Apabila anak itu mencapai usia yang dapat diajak berusaha bersamanya, Ibrahim berkata: ”Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi  menyembelih kamu. Cuba kamu fikirkan dan bagaimana pendapatmu. Ismail menjawab ”Wahai ayah, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah kamu akan mendapati  aku sebagai orang yang sabar.”(Surah As-Saffat: ayat 101-102).

Dalam ahyat tersebut terlihat jelas, bagaimana cepatnya reaksi Ismail menyetujui  seruan bapanya untuk menunaikan tugas dengan ketaatan.  Ismail berjanji kepada ayahynya bahawa beliau akan mendapati dirinya termasuk orang yang amat sabar. Janji  itu dipenuhi Ismai. Beliau bersabar menerima ujian untuk disembelih oleh ayahnya.
Di dalam Surah Maryam. Ayatr 54. Diterangkan:

Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ismail sebagaimana tersebut dalam Al-Kitab, Al-Quran) bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang menepati janji. Dia adalah seorang Rasul dan Nabi.”

Di dalam Surah Sod, ayat 45-48 diterangkan:

Dan ingatlah hamba-hamba Kami, Ibrahim, Ishak dan Yaakib. Mereka mempunyai karya-karya besar dan ilmu-ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan menganugerahkan akhlak yang tinggi, iaitu selalu mengingatkan manusia kepada akhirat. Di sisi Kami  mereka benar-benar termasuk manusia pilihan yang paling baik. Sampaikan pula tentang kisah Ismail, Ilyas dan Zulkifli; semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.”
Di daam Surah Al-Ambiya’, ayat 85-86, diterangkan:
Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli.  Masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.  Kami membawa mereka masuk ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh.”

Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 136 diterangkan:

”Katakanlah (wahai orang mukmin):”Kami beriman kepada Allah, beriman terhadap apa yang diturunkan kepada kami dan beriman terhadap apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ishak, Yaakub dan anak cucunya.”

Dalam ayat tersebut Allah swt memerintahkan setiap orang mukmin supaya mengimami juga atas risalah yang diberikan kepada Ibrahim, Ismai, Ishak dan Yaakub. Dengan demikian, Allah swt menolak kaum Yahudi dan Nasrani, bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak Yaakub dan anak-anak cucunya adalah termasuk golongan mereka.
Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 140 menerangkan:

”Adakah kamu (hai orang Yahudi dan Nasrani) hendak mengatakan bahawa Ibrahim, Ismai, Ishak, Yaakub dan anak cucunya adalah penganut agama Yahudi dan Nasrani.?”
Dalam beberapa ayat tersebut, Allah swt menerangkan sifat terpuji (mahmudah) yang ada pada diri Ismail as. Allah swt juga mengantkatnya menjadi Nabi dan Rasul serta membebaskan beliau dari segala tuduhan dan anggapan yang dibuat oleh kaum Yahudi dan Nasrani pada dirinya. Bahkan setiap mukmin yang beriman kepada Nabi Juhammas saw diperintahkan mengakui segala risalah yang diturunkan kepadanya.

Menurut para ahli sejarah, Ismail as adaah orang pertama yang mengenderai kuda.  Sebelumnya, binatang itu teermasuk kenis binatang liar. Ismail berjaya menjinakkannya dan dijadfikannya sebagai kenderaan. Abdullah bin Umar mengatakan bahawa Rasulullahsaw bersabda:

Ambillah kuda-kuda itu oilehmu dan tkar menukarlah dengannya, kerana kuda itu merupakan harta warisan bapamu, Ismai.”

Sekian dahulu, dan akan bersambung akan datang.

                         ---------------------ooooo------

No comments:

Post a Comment