Pos 780 - KISAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
TABAH
TERHADAP KESUSAHAN UNTUK AGAMA.
Tidak mungkin bagi orang yang lemah seumpamanya kita untuk
menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyebarkan agama Islam sebagaimana
yang telah ditanggung oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.. Malah berniat untuknya pun adalah susah. Kitab-kitab sejarah penuh dengan kisah-kisah
sedemikian tetapi untuk beramal dengannya telah menjadi perkara yang
asing. Malah kita tidak
ingin pun bersusah-payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.
Dalam bab ini dinukilkan beberapa kisah sebagai contoh. Penulis memulakan dengan kisah Nabi Muhammad
SAW kerana menyebut Baginda SAW ialah sebab keberkatan.
PERJALANAN NABI
SAW KE TAIF.
Setelah mendapat tugas kenabian,
Nabi Muhammad SAW menjalankan usaha dakwah di Mekah selama sembilan tahun dan
terus berusaha demi petunjuk dan islah
kaum Baginda SAW. Di kalangan
orang yang menolong Baginda SAW terdapat hanya segolongan kecil daripada mereka
yang telah menerima Islam serta segelintir orang yang masih belum memeluk
Islam. Kebanyakan orang kafir Mekah berusaha sedaya upaya menyusah dan
mempersendakan Baginda SAW serta para sahabat r.a. dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan
sebarang peluang yang ada.
Bapa sudara Baginda, Abu Talib
juga ialah antara mereka yang baik hati.
Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda dalam semua
segi. Selepas sepuluh tahun Baginda
menjadi Nabi, apabila Abu Talib meninggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak pejuang
untuk menghalang penyebaran Islam dan menyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai
cara secara terbuka. Nabi SAW telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang
ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka
kaum Muslimin di Mekah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan bandar
Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.
Setelah tiba di sana, Baginda
telah berbicara dengan tiga pembesar yang
dianggap tinggi darjatnya. Baginda menyeru mereka kepada agama Allah SWT dan berusaha menarik
perhatian mereka untuk membantunya.
Walau bagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda
sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali.
Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik
sesuai dengan sifat suka melayan tetamu yang memang termasyhur di kalangan
bangsa Arab. Sebaliknya mereka telah
menjawab secara kasar. Mereka juga tidak rela Nabi SAW tinggal di sana. Nabi menganggap mereka yang merupakan
pembesar kaum ialah orang yang baik dan akan bercakap dengan sopan tetapi salah
seorang daripada mereka telah berkata. “Hoi…! Engkaulah orangnya yang Allah SWT
hantar sebagai Nabi..?”
Orang kedua pula berkata: “Tidakkah
orang lain daripada kamu yang Allah SWT
temui untuk diutus sebagai Nabi..”
Orang ketiga pula berkata: “ Aku
tidak ingin bercakap dengan kamu. Kerana
kalaulah kamu sememangnya Nabi sebagaimana didakwa maka mengingkari percakapan
mu mendatangkan musibah dan sekiranya kamu seorang pendusta, aku tidak ingin
bercakap dengan orang seumpama itu…”
Apabila Nabi SAW tiada menaruh
harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu, Baginda cuba bercakap-cakap pula
dengan orang lain kerana Baginda ialah seorang yang mempunyai hemah dan
kecekalan seumpama gunung. Malangnya tiada seorang pun yang sanggup menerima.
Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan mereka telah berkata kepada Nabi SAW.:
“Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta.
Pergilah ke mana-mana yang kamu suka…”
Apabila Baginda sudah langsung
tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda telah memulakan langkah
untuk pulang. Mereka telah menghantar
budak-budak untuk mengejar, mengejek, mempersenda
dan melontari Baginda dengan batu hinggakan berdarah dan kedua-dua kasut
Baginda terkena dengan darah yang mengalir. Dalam keadaan itulah maka Baginda mengambil
keputusan untuk pulang. Apabila Baginda
sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut Baginda SAW pun berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah. Kepada Mu aku mengadu
kelemahan ku, kekurangan daya-upaya ku dan kehinaan ku pada pandangan manusia.
Ya..! Arrahmarrahimi..! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan
menyerang aku atau kepada musuh yang mengusai aku…? Sekiranya Engkau tidak murka kepada ku maka aku tidak peduli..! Namun, afiat Ku sudah
cukup buat ku. Aku berlindung dengan nur
wajah Mu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan
dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahan Mu kepada ku atau
Engkau murka kepada ku. Kepada Mu lah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada
sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan
kejahatan) kecuali dengan Mu.”
Dengan doa sedemikian itu maka
Jibrail a.s. datang memberi maklumat bahawa “Allah SWT telah mendengar
perbualan kamu itu dengan Tuhan dan
telah menghantar satu malaikat yang bertanggungjawab ke atas gunung-gunung.
Perintahkan sahaja malaikat itu supaya melakukan apa-apa yang Baginda
kehendaki..”
“Malaikat berkenaan berkata..”Aku
akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh Baginda. Sama ada diperintahkan
supaya aku melagakan bukit-bukit di
kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang
Baginda tetapkan pada ku..”
Oleh sebab Baginda SAW ialah
seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan maka Baginda telah memberi
jawapan…” Aku tetap menaruh harapan kepada Allah SWT bahawa walaupun mereka ini
tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah Allah SWT dan
beribadat kepada Nya di kalangan anak-anak mereka….”
Kesimpulan.
a.
Baginda berusaha mengembangkan agama Islam, walaupun
Baginda telah sedar bahawa penduduk Taif bukanlah mudah hendak di dakwah mereka
masuk Islam.
b.
Namun Baginda
pergi juga ke Taif dengan sabar dan penuh menaruh harapan agar berjaya. Kepada pendakwah-pendakwah kita
sekarang contohilah seperti Baginda ini.
c.
Walaupun Baginda
dikasari dengan kata-kata ucapan yang kurang sopan, tetapi Baginda tetap tidak
mengeluarkan kata-kata seperti mereka itu.
d.
Baginda
mengambil satu keputusan yang tepat untuk kembali ke Mekah, jika tidak tentu
keselamatan Baginda terancam.
e.
Baginda tetap
sabar tidak akan membalas dendam terhadap mereka.
f.
Baginda menaruh
hajat bahawa satuhafra8u nanti mereka akan menganut Islam.
g.
Kepada sekalian
umat Islam khususnya para pendfakwah, ambillah iktgibar dengan segala apa yang
ditunjukkan oleh Baginda SAW itu.
Sekian dahulu semoga anda
sekalian dapat mengingati kembali sejarah Nabi Muhammad SAW out di bulan yang
mulia ini.
Wassalmu alalikum……………………
----------------------------ooooooooooooooooooooo---------------------
No comments:
Post a Comment