Thursday 27 June 2013

Pos N o. 815 - Ghibah atau Memfitnah. (23)













Pos N o. 815 - Ghibah atau Memfitnah.  (23)

Haram membuat Ghibah atau memfitnah iaitu adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang orang yang bersangkutan, yang apabila orang itu mendengarnya ia menjadi marah dan malu. Keburukan yang di bicarakan itu baik tentang keadaan diri orang itu sendiri atau keluarganya. Firman Allah swt:-
يـَأ َيُهَا الـَّذِيـنَ ءَا مـَنـُوا أ َجـِبـْتـَنـِبـُوا كـَثـِيرًا مِنَ الظـَّنِّ إِ نَّ بَعـْضَ الظـَّن ِّ إ ِثـمٌ ج وَلآ تَجَسَّسُوا وَلآيـَغـْتـَب بـَّعـْطكم بَعـْضًا ج إ َيُحـْبُّ إ َحـَدُكـُمْ إ َن يـَأ ْكـُل ُ لـَحْمَ
 إ َخـِيه ِمـَيـْتـًا فـَكـَرِهــْتـُمـُوُهُ ج وَاتـَّقـُواللهَ ج إِنَّ اللهتـَوَّابٌ رَّحـِيمٌ       (الحجرة 12)
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian persangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang-lain dan janganlah sebahagian kamu menfitnah sebagaimmana yang lain.  Sukakah salah seoranmg di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.                 (Surah Al-Hujrat ayat 12)

(v)..  Membuat Dusta  (24)
Di antara bencana lidah ialah berdusta. Iaitu menyampaikan sesuatu berita yang tidak seperti apa yang terjadi berlaku. Misalnya dia berkata” Orang itu telah mencuri wang simpanan aku.” Pada hal sebenarnya orang itu tidak berbuat demikian sebagaimana yang dikatakannya.”  Oleh itu jagalah jangan sampai dipakai untuk berdusta baik secara sungguh-sungguh atau secara main-main, bersenda gurau.  Janganlah berbohong itu dijadikan permainan sambil bersenda gurau sebab nanti akibatnya akan menjadi suatu keboehan buruk iaitu menjadi bohong sungguh-sungguh.. Biasakanlah lidah mu untuik berkata yang benar, sebab perkataan yang benar dapat menghantar kita ke pintu syurga dan sebaliknya perkataan yang bnohong itu akan menghantatrkan kita ke pintu neraka.
Dari Abdullah Ibn Amru bahawa Nabi saw telah bersabda sesiapa yang  berdusta adalah termasiuk golongan orang munafik. Sabda Rasulullah saw:-
عَـنْ عَبْدِالله بن عَمْرو أنَّ النَّبِي صَلَى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلّم قالَ: أ َرْبَعَ مَنْ كـُـنَّ فِيهِ كـَانَ مُنــَا فـِقـًا خَالِصًا، وَمَنْ كـَانَتْ فِيْهِ خَصْلَـَة ٌ مِنَ النِّـفـَاق ِ حَتَّى يَدَعَهَا: إ ِذ َا َاوْتـُـمِنَ ِخَانَ.  وإ ِذَحـَدَّثَ كـَذ َبَ. وَإ ِذَاعَاهَدَ غَدَرَ.
  وَإ ِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
Dari Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabai saw telah bersabda “Sesiapa yang mempunyai empat sifat ini, mereka termasuk dalam golongan orang munafik. Dan sesiapa yang mempunyai salah satu sifat daripadanya, dia juga tyergolong di dalamnya sihinggalah dia meninggalkan sifat-sifat itu.  Adapun sifat-sifat itu ialah Apabila diberi kepercayaan dia kerkhianat, Apabila berkata dia berdusta, Apabila berjanji dia memungkirinya dam Apabila brsersengketa dia melampau-lampau.
                                   (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Sekian dahulu dan akan disambung kemudian.

--------------------------------oooooooooooo---------------------------








No comments:

Post a Comment