POS 784- Mengenai Hukum Berjimak....
UKUM BERJIMA' PADA MALAM-MALAM TERTENTU SEPERTI MALAM KEDUA-DUA RAYA DAN 1, 15 DAN 30 QAMARI.
Soalan penuh:
Ada orang alim yang
berkata bahawa tidak boleh bersama dengan suami/isteri pada malam Aidilfitri
dan malam Aidil Adha, juga pada malam 1, 15 dan 30 bulan Qamariah kerana pada
hari hari tersebut syaitan bersama dgn pasangannya, justeru itu dikuatiri air
mani syaitan tersebut bercampur dgn air mani suami/isteri yang bersama pada
malam itu. Ditakuti juga anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau
nakal/jahat. Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan
ini.
Jawapan:
Berikut adalah petikan
jawapan berkaitan persoalan saudari:
Hukum berjima' di malam
dan hari-hari Eid.......?
Soalan : Apakah hukum
berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya
mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.
Alhamdulillah. Apa yang
anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam
dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram kecuali pada siang didalam
bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita
datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang
sebaiknya.
Adapun jima pada
hari-hari lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya ketemukan dgn
dalil yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila tidak saya temui,
maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab persoalan saudari setakat
mana yang saya tahu. Sekiranya saudari bertanya kpd yg lain, kemungkinan
jawapannya berbeza. Tapi harus diingat agar diminta skali nas dan dalil akan
jawapannya. Kemudian bawakan kembali kepada saya dan insya Allah saya akan
komen.
Berbalik kepada persoalan
saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas mempunyai dalil yang
jelas.
Yang pertama: Dalil haram
berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.
"Dihalalkan
bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan
istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan
kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu
tidak dapat menahan nafsumu, karena itu, Allah
mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.
Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa
yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah
kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam,
yaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai
malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf
alam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu
mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).
Yang kedua: Haram
bersetubuh ketika dlm ihram.
(Masa untuk mengerjakan
ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian
sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji
itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan
tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu
membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai
orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [Surah
Al-Baqarah-197]
Yang ketiga: Dalil haram
berjima pada ketika haid dan nifas.
"Mereka bertanya
kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu
kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu
menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan
janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila
mereka telah suci maka campurilah mereka
itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.
Hadits menerangkan ayat
di atas
"Saya hanya
perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika mereka itu
dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk mengusir mereka dari
rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam. Ketika orang-orang Yahudi
mendengar penjelasan ini, kemudian mereka berkata: si laki-laki ini (Nabi
Muhammad) bermaksud tidak akan membiarkan sedikitpun dari urusan kita,
melainkan ia selalu menyalahinya."
Keterangan hukum haram
yang kedua:
Perempuan yang sedang
dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini.
Menurut jumhur ulamak
tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya
dan mandi junub.
Manakala Hanafi, suami
boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi
junub lagi.
Hukum istimta dengan
isteri yang sedang haidh
Tidak mengapa memeluk
isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya, iaitu pada selain dari
anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak.
Mereka berselisih
pendapat di dalam masalah beristimta (berseronok) pada anggota di antara pusat
dan lutut. Terdapat tiga pendapat:
1. Kebanyakan ulamak,
termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya adalah haram. Alasannya
adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zaraiI).
Juga kerana terdapat di dalam maksud hadits Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang
melarang berbuat demikian.
2. Hanbali dan al-AuzaI
dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadits: "Lakukanlah apa saja
melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).
3. Ulamak golongan ketiga
berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj
(menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah
syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.
Dr. Wahbah al-Zuhaili
memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan pendapat yang
lebih berhati-hati (pendapat pertama). Jika seseorang itu baru kembali dari
permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal
dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat
mengawal dirinya dari faraj. Ini adalah untuk menghalang diri dari tercebur ke
dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh
al-Islami, vol 3, hal. 552-554)
Inilah waktu yang nyata
haram utk berjima Adapun waktu lain tidaklah saya temui akan ketidak-bolehan utk
berjima. Setakat apa yang saya tahu tidak wujud akan apa2 yg dikatakan
sepertimana di dalam soalan itu.
Syaitan sentiasa berada
di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun. Tidaklah ditentukan pada
masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi saw telah mengajar kita adab
ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah nabi saw dan insya Allah tidak akan
berlaku perkara yang tidak diingini.
Mungkin kata-kata alim
itu berdasar dari hadits-hadits dhaif yang cukup meluas dipakai pada masa kini.
Untuk saya, saya menolak hadits dhaif selagi mana tidak ada ulama muktabar yang
mengatakan hadits dhaif itu di sokong oleh hadits-hadits yang sahih. Dengan
erti kata lain hadits dhaif itu cukup syarat untuk kita amalkan. Namun begitu,
ulama hadits hanya membolehkan pemakaian hadits dhaif hanyalah untuk fadhail
amal sahaja. Tidak untuk membuat hukum. Dalam bab soalan ini, saudari
menanyakan hukum, maka jelas hadits dhaif adalah tertolak. Di antara
perkara-perakra yang sering kita dengar berkaitan jima ini adalah seperti di
bawah:
Apakah benar jika
seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir
itu bisu dan pekak?
Sebahagian kitab ada
mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak. (lihat: Al-Feqhul
Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak tahu apakah alasan lain
kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadits dhaif. Barangkali hanya sebagai
menjaga adab-adab ketika jimak bersama isteri. Hadits nabi berkenaan ialah:
Ertinya: "Dari
Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu banyak
berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya ia
dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan gagap." (Terlalu dha'if /
lemah)
Menurut penjelasan
alBani, hadits ini adalah hadits Mursal, di mana perawi yang bernama Qabishah
adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
* Hadits Mursal ialah
hadits yang disandarkan kepada tabi'in.
Terdapat lagi seorang
perawi di dalam hadits ini yang bernama Zuhair. Beliau ini diperselisihkan
statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz, katanya, bahawa
apabila penduduk Syam meriwayatkan hadits dari dia, maka haditsnya tidak sah.
Hadits di atas bertaraf
terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.
--------
Terdapat lagi sebuah
hadits palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan:
Ertinya: "Apabila
salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat kemaluan (isterinya)
kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan Janganlah banyak bercakap
ketika berjimak kerana ia akan mewarisi keturunan yang bisu." (Hadits
Maudhu')
Di dalam sanadnya
terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)
---------
Dua hadits di atas tidak
boleh disebarkan dan diriwayatkan.
---------
Masalah: Apakah
benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak
yang lahir itu bisu dan pekak?
Jawab: Tidak
benar.
Dipetik dari Jawaban Sheikh Mohammad Saleh Munajjid:
-------------------oooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment