Tuesday 25 June 2013

Pos 813 - Perkara-perkara yang halal. (5)











Pos 813 - Perkara-perkara yang halal. (5)
Dalam satu Hadith Nabi saw lagi  yang istimewa untuk muslimin   diriwayatkan seperti berikut mengenai meninggalkan perkara-perkara syubhat kerana banyak faedahnya; yang demikian kerana Nabi saw menjaga untuk membanyakkan amalan, makanan, minuman dan pakaian dan lain-lain; semuanya itu biarlah halal belaka dan menunjukkan kepada umat muslim mengenal yang halag dan yang haram.:-

"عَـن ِالنِّـُعْـمَانِ ِ بْنِ ِ بَـشِـير ٍقٌـألَ: ٍسـَمِعْتُ رَسَول َاللهِ صًلَّ الله ُ عَلَيْهِ وَسـلـَّـَمَ يَـقـُولُ: الحـَلا َلُ بـَيـْنٌ ، وَالحـَرَامُ بـَيـْنٌ ، وَبـَيـْنَ ذ َلـِكَ أمُور ٌ مـُشـْتـَبـِهَاتٌ لآ يَدْرِى كـَثـِيرٌ مِنَ النَّااسِ ِ ، أ َمِنَ الحَلآلِ ِ  هِيَ أ َمْ مِنَ الحـَرَامِ؟ فَمَنْ تـَرَ كَـَهَا اُسْتَبْرَأ لِمِرْضِهِ وَدِ ينِهِ فَـقَدْ سَلِمَ.
Bermaksud:- Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Rasulullah saw namanya Al-Nikman bin Basyir r.a. katanya: telah aku dengar akan Rasulullah saw bersabda: “Ia bermula yang halal itu nyata dan trerang dan yang haram itu pun nyata dan terang dan di antara halal dan haram itu beberapa perkara yang kesamaran, tiada diketahui oleh kebanyakan daripada manusia adakah daripada ia daripada halal ataupun haram. Yakni di dalam banyak-banyak yang halal dan yang haram itu banyak pula yang tiada diketahui oleh kebanyakan orang akan yang halalnya atau haramnya. Maka  jadilah datang kesamaran padanya keatas barang itu oleh jahilnya. Adakah halal atau haram? Maka barangsiapa meninggal ia akan perkara yang syubhat itu dapatlah ia kelepasan bagi kehormatannya dan ugamanya daripada dicela, maka sesungguhnya sejahteranya  ia .kerana tidak tersesat membuat perkara-perkara yang haram,”

 Sekian dahulu, akan bersambung akan datang.

                    ------------oooooooo-------------

No comments:

Post a Comment