Tuesday 25 June 2013

Pos 814 - Bagaimana terang dan nyata yang halal. (6)












 Pos 814 - Bagaimana terang dan nyata yang halal. (6)

Berlarutan hadith ini halal itu ketahuilah bahawa bagaimana rupanya terang dan nyatanya. Ialah maksud nyata dan terang yang halal itu  seperti roti, nasi, daging lembu dan kambing, buah-buahan, minyak kelapa, susu, manis-manisan, telur, ikan dan

 Nota kaki: (5) dan (6) – Kitab Bahrul Mazi Syarah Bagi Muktasar Sahih Al_Ternidszi Huz Ke 9>

sebagainya daripada makanan yang halal semuanya terang dan nyata. Bagitu juga seperti kata-kata memandang. Berjalan tidur dan lain-lain lagi.   Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 88:-

 وَكـُـلـُوا مـِمَّما رَزَقـَكـُمُ الله ُحَـلـَلا ً طـَيـِّبـًاج وَاتـَّقـُواللهَ  الـَّذِي
 أ َنـْتـُمْ بـِهِ مـُوءْـمـِنـُون َ.
Bermaksud: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu; dan bertqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya. (Al-Maidah ayat 88).

11… Bagaimana haram itu nyata dan terang.
Adapun yang haram itu semua orang tahu tidak tersemubunyi seperti arak itu haram, babi itu haram dan segala keturuynan dari babi itu haram, bangkai, darah nanah itu juga haram. Haram pada amal seperti zina, riba, membunuh manusia,  berbohong, mengumpat  dan banyhak lagi. MaKa penulis  ingin mengkesahkan dengan panjang lebar yang haram-haram itu   seperti berikut untuk pengetahuan sekalian yan berkenaan.:-

       a.   Perkara Yang Diharamkan Dalam Muamalah  )
            
             (i)     Menipu dan Membelit. (ms289)  (7)
              Islam mengharamkan seluruh jenis penipuan, baik dalam
              salah satu jual beli, mahupun dalam bentuk seluruh jenis       
              mu’amalah yang lain.  Rasulullah saw sendiri telah
              bersabda
               Barangsiapa yang  menipu kita bukanlah termasuk golongan kami.” (HR Bukahri)

Hendaklah kita jauhi betul-betul penjualan yang bersifat menipu orang lain, misalnya kita menutup-nutupi aib atau cacat barang yang kita jual itu dan tidak kita jelaskan terlebih  dahulu kepada pembelinya, perlakuan demikian itu sangat keras pengharamannya dari sisi agama Islam.
Rsulullah saw dalam hal ini pernah bersabda yang bermaksud:-
“Tidak halal seseorang itu menjual suatu perdagangan melainkan dia harus menjelaskan ciri perdagangannya itu, dan tidak halal seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya.” (HR Hakim dan Baihaqi )


(ii)                   Menjual barang dengan sumpah  palsu (ms 290)     (8)
Diharamkan seseorang yang menjual barangnya dengan menggunakan banyak sumpah, lebih-lebih lagi sumpah itu  palsu. Hal demikian supaya barang dagangannya cepat laris dan lakui. Janganlah sekali-kali bersumpah atas
nama Allah ketika menjalankan jual beli, dan jangan  membiasakan diri berbuat demikian, kerana keuntungan duniawi yang yang kita kejar adalah lebih kecil dan lebih rendah daripada seseorang itu bersumpah atas nama Allah meskipun ia benar. Apatah lagi bila ia bersumpah denga berdusta,maka lebhi berat lagi dosanya. Sabda Rsulullah saw:

“Para pedagang akan dikumpuilkan pada hari akhirat sebagai orang-orang yang menanggung kesalahan,  kecuali mereka yang bertaqwa, berbakti lagi benar.
                               (Hadis riwayat Bukhri dan Muslim)


-----------------------------------------------------
Nota kaki:  (7) dfan (8) –“ Kitab Halal Dan Haram Dalam Islam”oleh Imam Al-Ghazali  disusun oleh Abdullah Tahur terbitan Jasmin Enterprise Kuala Lumpur tahun 1998 



----------------------------ooooooo-----------------------.


No comments:

Post a Comment