Thursday 27 June 2013

Pos N o. 815 - Ghibah atau Memfitnah. (23)













Pos N o. 815 - Ghibah atau Memfitnah.  (23)

Haram membuat Ghibah atau memfitnah iaitu adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang orang yang bersangkutan, yang apabila orang itu mendengarnya ia menjadi marah dan malu. Keburukan yang di bicarakan itu baik tentang keadaan diri orang itu sendiri atau keluarganya. Firman Allah swt:-
يـَأ َيُهَا الـَّذِيـنَ ءَا مـَنـُوا أ َجـِبـْتـَنـِبـُوا كـَثـِيرًا مِنَ الظـَّنِّ إِ نَّ بَعـْضَ الظـَّن ِّ إ ِثـمٌ ج وَلآ تَجَسَّسُوا وَلآيـَغـْتـَب بـَّعـْطكم بَعـْضًا ج إ َيُحـْبُّ إ َحـَدُكـُمْ إ َن يـَأ ْكـُل ُ لـَحْمَ
 إ َخـِيه ِمـَيـْتـًا فـَكـَرِهــْتـُمـُوُهُ ج وَاتـَّقـُواللهَ ج إِنَّ اللهتـَوَّابٌ رَّحـِيمٌ       (الحجرة 12)
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian persangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang-lain dan janganlah sebahagian kamu menfitnah sebagaimmana yang lain.  Sukakah salah seoranmg di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.                 (Surah Al-Hujrat ayat 12)

(v)..  Membuat Dusta  (24)
Di antara bencana lidah ialah berdusta. Iaitu menyampaikan sesuatu berita yang tidak seperti apa yang terjadi berlaku. Misalnya dia berkata” Orang itu telah mencuri wang simpanan aku.” Pada hal sebenarnya orang itu tidak berbuat demikian sebagaimana yang dikatakannya.”  Oleh itu jagalah jangan sampai dipakai untuk berdusta baik secara sungguh-sungguh atau secara main-main, bersenda gurau.  Janganlah berbohong itu dijadikan permainan sambil bersenda gurau sebab nanti akibatnya akan menjadi suatu keboehan buruk iaitu menjadi bohong sungguh-sungguh.. Biasakanlah lidah mu untuik berkata yang benar, sebab perkataan yang benar dapat menghantar kita ke pintu syurga dan sebaliknya perkataan yang bnohong itu akan menghantatrkan kita ke pintu neraka.
Dari Abdullah Ibn Amru bahawa Nabi saw telah bersabda sesiapa yang  berdusta adalah termasiuk golongan orang munafik. Sabda Rasulullah saw:-
عَـنْ عَبْدِالله بن عَمْرو أنَّ النَّبِي صَلَى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلّم قالَ: أ َرْبَعَ مَنْ كـُـنَّ فِيهِ كـَانَ مُنــَا فـِقـًا خَالِصًا، وَمَنْ كـَانَتْ فِيْهِ خَصْلَـَة ٌ مِنَ النِّـفـَاق ِ حَتَّى يَدَعَهَا: إ ِذ َا َاوْتـُـمِنَ ِخَانَ.  وإ ِذَحـَدَّثَ كـَذ َبَ. وَإ ِذَاعَاهَدَ غَدَرَ.
  وَإ ِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
Dari Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabai saw telah bersabda “Sesiapa yang mempunyai empat sifat ini, mereka termasuk dalam golongan orang munafik. Dan sesiapa yang mempunyai salah satu sifat daripadanya, dia juga tyergolong di dalamnya sihinggalah dia meninggalkan sifat-sifat itu.  Adapun sifat-sifat itu ialah Apabila diberi kepercayaan dia kerkhianat, Apabila berkata dia berdusta, Apabila berjanji dia memungkirinya dam Apabila brsersengketa dia melampau-lampau.
                                   (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Sekian dahulu dan akan disambung kemudian.

--------------------------------oooooooooooo---------------------------








Wednesday 26 June 2013

Pos No. 816 -Haram juga melaggar undang-undang..














Pos No. 816  -Haram juga melaggar undang-undang.. 

Rasulullah saw bersabda:-
مَنِ اشـْـَـتَرَى سـرْ قَـَـة ً وَهُوَ يـَعْلَمُ أنـَّهَا سِرْةٌ
فـَقـَدِاشْتَرَكَ فـِى أِمِهَا وَعَارِهَا."
Bermaksud: Barang siapa yang membeli barang curian sedang dia tahu bahawa barang itu barang curian, maka bererti ia turut serta mendapatkan dosa dan kekejiannya.”
                                                      (Hadis Riwayat Baihaqi)

(v).  Menjual buah-buahan untuk dijadikan
arak (11)
         
   Seorang Muslim adalah haram menjual anggur atau benda yang boleh dijadikan arak, atau menjual senjata kepada orang yang sedang berperang menentang Islam, atau dijual kepada yang bermaksud menggunakannya dalam hal-hal yang haram seperti menjual parang untuk tujuan merompak  Jika terjadi akad dalam jualan itu maka akad itu  terbatal, kerana tujuan berbuat dosa dan permusuhan atau perkara yang dilarang oleh syari’at seperti membuat arak yang haram dimimum oleh orang-orang  Islam.    Firman Allah swt:-

وَتَعَا وَنـُوا عـَلَى الـْبـِرَالـتـَّقـْوَ ج وَلآ تـَعَاوَنُوا علىَ
الإ ِثْـْمِ وَالْعُـدْوَانِ ِ.
Bermaksud: Tolong menolonglah kamu dalam berbuat baik dan taqwa dan janganlah tolong memnolong untuk kepentingan dosa dan permusuhan.    (Al-Maidah ayat 2)


Nota Kaki  (9),(10  dan (11) – Kitab “Halal Dan Haram Dalam Islam” oleh Imam Al-Ghali di susun oleh Abdullajh Tahir, ,terbitan Jasmin Enterprise Kuala Lupur tahun 1998

(vi).. Menimbun barang-barang  (12)
  Berertti seorang saudagar membeli sesuatu dengan banyak untuk menimbunnya agar barang-barang tersebnut berkurangan di pasaran sehingga harganya menigikat naik dan demikian itu manusia akan terkena kesulitan. Timbunan semacam ini adalah haram dalam Islam dan di cegah kerana ia merupakan  niat tamak dn bukti keburukan moral serta memberi susah kepada manusia  yang lain.


(vii).. Menujual barang  yang  dijual oleh orang lain.  (13)

Menjual barang yang dijual orang lain hukumnya haram. Contohnya -Muhammad membeli suatu jenis barang dengan syarat khiyar dari Kadir.  Tiba-tiba  datang Umar menawarkan jenis barang yang serupa kepada Muhammad agar Muhammad membatalkan pembelian itu dari Kadir dan membeli barangnya dengan harga yang lebih murah.

(viii).. Menjual sesuatu yang haram, menjadi hukumnya haram.  (14)


Adapun jika menjual sesuatu membawa kepada perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam kerana  ianya menjadi haram perbuatan itu. Atau  membeli atau memperdagangkan hukumnya haram, misalnya: babi, arak, makanan dan minuman yang diharamkan secara umum, dan sebagainya.




----------------------------------------------------------------Nota kaki:  12,13,dan 14 – Kitab “Halal dan Haram DalamIslam”oleh Imam Al- Ghazali, disusun oleh AbdullaTahir ,terbitan Jasmin Enterprise Kuala  Lumpur tahun 1998.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         barang-barang tersebut dapat menimbulkan perbuatan -perbuatan maksiat, dapat membawa orang berbuat maksiat atau mempermudahkan dan mendekatkan manusia untuk menjalankan maksiat., Dalilnya sabda Rasulullah saw:-

إ ِنَّ الله َوَرَسُوْلَـُهُ حَرّمَ بَيْعَ الْـْخَمَر ِ وَالـْمـَيْةِ
 وَالْـْخِـنْـز ِيْر ِواْلـْلآصْـنَـَام ِ.
Ertinya:- “Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan memperdagangkan arak, bangkai, babi, dan patung.”  (HR Ahmad dan Abu Daud)

(ix)..Menjual barang yang masih samar.  (15)

Setiap akad perdagangan ada lubang yang membawa pertentangan, apabila barang yang dijual itu tidak diketahui atau kerana ada unsur penipuan yang dapat menimbulkan pertentangan antara si penjual dan pembeli atau kerana salah satu ada yang menipu.

Justerru itu dilaranglah menjual binatang yang masih ada di dalam tulangh rusuk binatang jantan atau menjual anak yang masih dalam kandungan, atau menjual burung yang terbang di udara, atau menjuual ikan yang masih dalam air dan semua macam jual beli yang terdapat dalam unsur-unsur penipuan. Ini semua kerana tidak diketahuinya sercara pasti benda yang dijulanya itu.


(x)..Berdagang dengan jalan riba  (ms309)  (16)
Islam menutup pintu bagi siapa yang berusaha akan mengembangkan wangnya itu dengan jalan riba. Maka Allah swt mengharamkan riba itu dan mencela orang-orang yang menjalankan perniagaan dengan riba itu. Firman Allah swt:-
وَمآ ءَا تَيْتُمْ مِّن رِّبًا لـِّـيَرْبُوفِى  أ َمْوَل ِ النَّسِ فّلآ يَرْبُوا عِنْدَ اللهِ ج وَمَآ ءَاتَيْتمِّ من زَكَـَوة ٍ تُـُرِدُونَ وَجْهَاللهِ فَأُوْلـءِـكَ هَمْ اْلـْمُضْعِـِفُونَ .
Ertinya:-“ Dan sesuatu riba (tambahan) yang  kamu berikan agar di menambah pada harta menusia, maka riba iti tidak menambah pada sisi Allah.  Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya.     (Surah Ar-Rum ayat 39)
Menuru HadithNabi saw seperti berkut:

عـَنْ إبـن ِ مَسْعـُود قَالَ:  َلـَمـَنْ رَسُو لُ اللهُ عـَلَيهِ وَ سَلَّمَ

 آ كـِلَ الـرِّبَا وَمُــَو كـِـلـَـه ُوَشـَا هــدَهُ وَكـَا تـِبـهَ.

(حديث حسن صحيح.)  


 Bermaksud :  

 Diriwayatkan daripada seorang  sehabat bagi Nabi saw yang masyhur dengan nama Abdullah bin Mas’ud a.s akan yang memakan riba dan yang memberi makan dan saksinya dan jurutulisnya *.

           * (Maktasar Sahih Al Termizi, Juz  9, m.s., 79)


(xi)..Pemakan riba dan Pembantunya  (17)
Pemakan riba dan penulisnya akan mendapat laknat Allah.  Akan tetapi dalam masalah haram, tidak  hanya membatasi dosa orang yang memberikan riba itu, iaitu yang berhutang dan memberinya kepada sipiutang. Begitu pula penulis riba dan dua orang saksinya akan dapat sama.  Sabda Nabi saw yang bermaksud:” Allah akan melaknat pemakan riba yang memberinya, dua orang saksinya dan jurutulisnya, .”(*- Lihat Muktasar  Sahih Terrmizi Juz 9,ms 79)
(HR Ahmad ,Abu Daud, Termidhi, Nasa’I dan Ibn Majah

 b.   Diharamkan di dalam ibadah.  (ms54)   (18)
(i).Mendatangi dukun.- Sekumpulan manusia  
Yang berperanan mengakui dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik masa yang lalu dan akan datang. Haram bukan sahaja kepada Tukang-Tukang  tenung sahaja tetapi juga kepada mereka yang  datang menemuinya untuk meminta berita darinya.  Firman Allah swt:-
قـُل لاَّ يـَعـْلـَمُ مـَن فَى السـَِّمـَوَاتِ
  وَالأرْض ِالـْغـَيـْبَ إلاّ الله.
                               Bermaksud: Katakanlah!  Tidak ada yang dapat   
                              mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi
                               melainkan Allah.            (An – Am Ayat 65)

(ii)           Mencaci Angin.   (19)
Angin adalah udara yabg bergerak, ia diciptakan oleh Allah, berhembus ke mana saja menurut kehendakNya.  Kita sebagai orang mukmin yang mengakui akan kebesaran dan keaguangan Allah,hendaknya apabila melihat sesuatu    yang tidak disenangani, misalnya berupa   angina    rebut    kuat,     merosakkan     harta     benda,   mohon
Perlindungan dari Allah. Haram   mencaci, mencela kepadanya.
Hal  ini sama seperti menghina pada Allah.

(iii).    Haram memakai tangkai.-  (20)
Islam melarang keras kepada umatnya untuik begantuing kepada tangkai atau azimat, kerana yang demikian itu menduakan Tuhan iaitu satu Allah dan satu tangkal aytau azimat yang dipakai.  Sabda Rasulullah saw:-
"مَنْ عـَـلـَّـقَ فـَـقـَدْ آشْرَكَ. "
    Bermaksud-“Barang siapa yang m       enggantuingkan (tangkai), maka sungguh dia telah menyengutukan Allah.”             (HR. Ahmad dan Hakim).

  c...   Haram Dalam Perkara Akhlak  (ms 71)    (21)
(i).  Riyak  - Riyak adalah menampakkan atau memperlihkan suatu amal ibadat kepada orang lain dengan rasa megah dan supaya ia dihormati dan  disanjungnya. Perbuatann ini haram. 
Firman Allah swt:-
يـَأ َيـَّهَـا الـَّذ ِينَ ء َامـَنـُوا لآ تـُبـْطـِلـُوا صَد َقـَتـِكـُم بـِالـْمـَنِّ
 وَالأ َذ َى كـَالـَّذِي يـُنـْفـِقُ مـَالـَهُ رِيآء َالنـَّاس ِ.
Ertinya: “Wahai orang-orang   yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia.
                                                            (Al-Baqarah ayat 264)
----------------------------------------------------------------------------Nota Kaki –(15),(16),(17),(18),(19) dan (20) -= Kitab “Halal Dan Haram Dalam Islam oleh Imam Sl-Ghazali sdisusunm oleh AbdullahTahir tebitan Jasmin  Enterprise, Kuala Lumpur, tahiun 1998.
(ii).   Derhaka kepada dua Ibu Bapa – Firman Allah swt di dalam Al-Quran:-
وَقـَضَ رَبـُكَ أ َلاَّ تـَعـْبـُدُوا إ ِلآَّإ ِيـَاهُ وَبـِالـْوَ
 لـِدَيـْن ِ إ ِحْسَنـًا ج
Bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak menyembah kecuali kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka.”      ( Al-Isra’  ayat 23)

(iii).  Haram Kikkir dan Bakhil  - (22)
Allah swt melarang bersifat bakhil atau kikir kerana ia adalah satu sifat yang buruk dalam agama Islam. Firman Allah swt:_
وَلآ يَحْسَبَنَّ الـَّذِينَ يـَبْخَلـُونَ بـِمَآءَا تـَهـُمُ اللهُ مِن
 فـَضْلِهِ, هـُوَ خـَيـْرًلـَهُمْج  بـَلْ هـُوَشـَرٌّلـَّهُمْج سـَيـُطـَوَّ
قـُونَ مَابَخـِلُو َ ِخـِلـُوأ بـِهِ. يـَوْمـَالـْقـِيـَمَةِ.
               Bermaksud: “ Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta  yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereeka.  Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat,                    (Al-Imran Ayat 180)

(iv) Ghibah atau Memfitnah.  (23)

Haram membuat Ghibah atau memfitnah iaitu adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang orang yang bersangkutan, yang apabila orang itu mendengarnya ia menjadi marah dan malu. Keburukan yang di bicarakan itu baik tentang keadaan diri orang itu sendiri atau keluarganya. Firman Allah swt:-
يـَأ َيُهَا الـَّذِيـنَ ءَا مـَنـُوا أ َجـِبـْتـَنـِبـُوا كـَثـِيرًا مِنَ الظـَّنِّ إِ نَّ بَعـْضَ الظـَّن ِّ إ ِثـمٌ ج وَلآ تَجَسَّسُوا وَلآيـَغـْتـَب بـَّعـْطكم بَعـْضًا ج إ َيُحـْبُّ إ َحـَدُكـُمْ إ َن يـَأ ْكـُل ُ لـَحْمَ
 إ َخـِيه ِمـَيـْتـًا فـَكـَرِهــْتـُمـُوُهُ ج وَاتـَّقـُواللهَ ج إِنَّ اللهتـَوَّابٌ رَّحـِيمٌ       (الحجرة 12)
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari persangka, sesungguhnya sebahagian persangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang-lain dan janganlah sebahagian kamu menfitnah sebagaimmana yang lain.  Sukakah salah seoranmg di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.                 (Surah Al-Hujrat ayat 12)

(v)..  Membuat Dusta  (24)
Di antara bencana lidah ialah berdusta. Iaitu menyampaikan sesuatu berita yang tidak seperti apa yang terjadi berlaku. Misalnya dia berkata” Orang itu telah mencuri wang simpanan aku.” Pada hal sebenarnya orang itu tidak berbuat demikian sebagaimana yang dikatakannya.”  Oleh itu jagalah jangan sampai dipakai untuk berdusta baik secara sungguh-sungguh atau secara main-main, bersenda gurau.  Janganlah berbohong itu dijadikan permainan sambil bersenda gurau sebab nanti akibatnya akan menjadi suatu keboehan buruk iaitu menjadi bohong sungguh-sungguh.. Biasakanlah lidah mu untuik berkata yang benar, sebab perkataan yang benar dapat menghantar kita ke pintu syurga dan sebaliknya perkataan yang bnohong itu akan menghantatrkan kita ke pintu neraka.
Dari Abdullah Ibn Amru bahawa Nabi saw telah bersabda sesiapa yang  berdusta adalah termasiuk golongan orang munafik. Sabda Rasulullah saw:-
عَـنْ عَبْدِالله بن عَمْرو أنَّ النَّبِي صَلَى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلّم قالَ: أ َرْبَعَ مَنْ كـُـنَّ فِيهِ كـَانَ مُنــَا فـِقـًا خَالِصًا، وَمَنْ كـَانَتْ فِيْهِ خَصْلَـَة ٌ مِنَ النِّـفـَاق ِ حَتَّى يَدَعَهَا: إ ِذ َا َاوْتـُـمِنَ ِخَانَ.  وإ ِذَحـَدَّثَ كـَذ َبَ. وَإ ِذَاعَاهَدَ غَدَرَ.
  وَإ ِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
Dari Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabai saw telah bersabda “Sesiapa yang mempunyai empat sifat ini, mereka termasuk dalam golongan orang munafik. Dan sesiapa yang mempunyai salah satu sifat daripadanya, dia juga tyergolong di dalamnya sihinggalah dia meninggalkan sifat-sifat itu.  Adapun sifat-sifat itu ialah Apabila diberi kepercayaan dia kerkhianat, Apabila berkata dia berdusta, Apabila berjanji dia memungkirinya dam Apabila brsersengketa dia melampau-lampau.
                                   (HR Al-Bukhari dan Muslim)
(vi)..  Hasad dan Dengki. (ms97)  (25)
Dengki atau hasad adalah sifat yang tercela dalam agama, disamping bahaya bagi diri sendiri juga terhadap masyarakat umum. Dengki atau hasad adalah merupakan dosa pertama yang dianggap derhaka kepada Allah swt.  Kerana ketika Allah menyuruh iblis sujud kepada Adam   ia membantah, kerana itu ia diusir dan lahirlah dari sini segala bencana, cubaan mahupun fitnah kepada manusia.  Hasad itu ada dua macam, iaitu;-

-----------------------------------------------------------------
Nota kaki- (21), (22),(23), (24) dan (25)- Dar iKitab “Halal Dan Haram Dalam Islam oleh Imam Al-Ghazali disusun oleh Ah Tahir, terbitan Jasmin Entrise,Kuala Lum[ur tahun 1998..
Pertama: Benci pada seseorang yang memperolehi sesuatu kenikmatan dan ,mengharap-harapkan  agar kenikmatan tadi segera lenyap daripada orangh itu.  Mengenai sifat yang demikian itu adalah haram hukumnya dalam segala perkara, kecuali sesuatu kenikmatan yang dimiliki oleh seseorang yang derhaka dan digunakan sebagai alat untuk menyakiti orang lain.  Dalam keadaan yang demikian lenyaplah kenikmatan dari orang lain, sebab jelas digunakan untuk jalan kemaksiatan. Hadis Nabi saw yang menerangkan haramnya hasad dan dengki itu adalah berikut:
“Diriwayat oleh  Bukqri dan Muslim: “Janganlah kamui semua sering dengki mendengki, jangan putus menutuskan hunungan persaudaraan, jangan saling benci-menbenci, jangan pula belakang membelakangi, dan jadilah kamu semua hamba Allah sebagai saudara sebagaimana yang diperintahkan oleh  Allah swt kepada semua. “  
Kedua-
Hasad yang kedua iaitu tidak menginginkan bahawa kenikmatan itu lenyap dari orang yang memperolehinya itu, tetapi ia sendiri menginginkan agar mendapatkan kenikmatan sebagaimana yang diperolehi orang tadi. Misalnya rakannya mendapat kelulusan peperiksaan yang paling terbaik, maka ia inginkannya juga  seperti  itu, justeru itu ia berlumba-lumba belajar melebihi orang itu.  Dengki ini tidak menjadi kesalahjan bahkan digalakkan pula.

Sekian deahulu dan ajanbewrsambung lagi...

              ----------------oooooo---------------------