Pos 1217 -Bolehkah memberi zakat kepada orang miskin yang malas bekerja?
Jawapan:
Jumhur
fuqaha' menyatakan haram memberikan zakat kepada seseorang yang sihat
tubuh badan dan yang mampu bekerja. Zakat hanya boleh diberikan kepada
mereka sekiranya menepati beberapa syarat iaitu:
1. Mereka sudah berusaha untuk mendapatkan kerja tetapi masih tidak memperolehnya.
2. Mereka mempunyai pekerjaan tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas
3.
Mereka mampu bekerja dan memperolehnya tetapi tidak memiliki alat-alat
yang diperlukan untuk bekerja seperti gerai untuk berniaga, peralatan
untuk menjadi tukang kayu dan sebagainya.
Soalan: Bolehkah membei zakat kepada orang yang menentang Islam dan tidak solat?
Jawapan:
Tidak
boleh memberikan zakat kepada mereka yang secara jelas menunjukkan
permusuhan terhadap Islam atau yang melakukan maksiat dengan jelas
sehinggakan bantuan zakat itu akan digunakan untuk perbuatan maksiat
mereka. Zakat hanya boleh diberikan kepada mereka sekiranya pemberian
zakat itu dijangka dapat menjinakkan hati mereka untuk meninggalkan
maksiat dan kembali ke jalan hidayah.
Soalan: Bolehkah memberi zakat kepada anak yatim?
Jawapan:
Anak
yatim tidak termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat, maka tidak
harus memberikan zakat mepada mereka kecuali sekiranya mereka termasuk
dalam asnaf lain seperti fakir miskin dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment