Pos No.805 – Kisah Nabi Daud a.s.
Kisah Nabi Daud A.S
Nabi Daud ialah salah seorang rasul daripada 25 Rasul yang wajib kita
ketahui. Nabi Daud merupakan antara Rasul yang dianugerahkan Allah kerasulan
dan kerajaan. Kitab Nabi Daud adalah kitab zabur. Firman Allah dalam surah al
Israa: "Dan Tuhanmu lebih
mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan
sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-Nabi atas setengahnya yang
lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud." [55]
Kelebihan Nabi Daud antaranya ialah, Allah menundukkan gunung-ganang dan burung-burung dan memerintahnya bertasbih bersama-sama Nabi Daud. Dia juga mempunyai suara yang merdu dan memahami bahasa burung. Dan Nabi Daud mempunyai keistimewaan membuat baju perang daripada besi. Dia dapat melembutkan besi tanpa perlu menggunakan api. Hal ini diterangkan dalam Al Quran surah Saba 10 dan 11.
Kelebihan Nabi Daud antaranya ialah, Allah menundukkan gunung-ganang dan burung-burung dan memerintahnya bertasbih bersama-sama Nabi Daud. Dia juga mempunyai suara yang merdu dan memahami bahasa burung. Dan Nabi Daud mempunyai keistimewaan membuat baju perang daripada besi. Dia dapat melembutkan besi tanpa perlu menggunakan api. Hal ini diterangkan dalam Al Quran surah Saba 10 dan 11.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga telah melembutkan besi baginya”[ 10]
(Serta Kami
wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan
sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai
Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan
segala yang kamu kerjakan”[ 11]
Nabi Daud adalah nabi yang
berani. Nabi Daud menyertai perang bersama Raja Talut melawan Jalut. Pada masa
itu dia masih muda. Tidak semua orang beriman dalam pasukan Raja Talut ini.
Untuk menguji siapa yang benar-benar beriman, Allah telah mengilhamkan Raja
Talut untuk menguji tenteranya. Ini diceritakan dalam Al Baqarah ayat 249-251:
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.[249]
Dan apabila mereka
(yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan
berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah
tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”[250]
Oleh sebab itu,
mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang
turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah
memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat
kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak
menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain
(yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah
sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada sekalian alam.[251]
Nabi Daud membahagikan
hidupnya kepada 4 bahagian. Satu bahagian untuk bekerja dan berehat, satu
bahagian untuk beribadat, satu bahagian untuk mendengar masalah rakyat dan satu
bahagian lagi untuk memberi khutbah/ceramah. Pada suatu hari, nabi Daud tidak membenarkan
siapa-siapa pun untuk bertemunya kerana hari tersebut telah dia khususkan untuk
beribadah. Dia telah memberitahu pengawal-pengawalnya. Tapi entah bagaimana,
dua orang lelaki telah memanjat tembok istananya untuk menemuinya. Nabi Daud
mula berasa takut dalam hatinya. Tapi dia masih melayan keduanya tersebut.
Salah seorang lelaki tersebut mempunyai 99 ekor kambing dan seorang lagi hanya
mempunyai seekor sahaja. Lelaki yang ada hanya seekor kambing itu memberitahu
bahawa yang ada 99 ekor kambing itu inginkan kambingnya yang hanya seekor dan
dia telah kalah dalam perdebatan dengan orang yang ada lagi banyak kambing itu.
Nabi Daud terburu-buru membuat keputusan bahawa orang yang satu lagi itu
berlaku zalim tanpa mendengar daripada kedua-dua belah pihak. Sebenarnya dua
orang lelaki itu adalah malaikat yang dihantar Allah untuk menguji
kebijaksanaan Nabi Daud. Firman Allah dalam surah Sad:
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;[21]
Iaitu ketika mereka
masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata
kepadanya: ” Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan,
salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu
hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas
keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.[22]
” Sebenarnya orang
ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh
sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia
(mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia
telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.[23]
Nabi Daud berkata:
” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu
(sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari
orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup),
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud
(setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan
peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya
sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).[24]
Ada suatu lagi cerita di
dalam Al Quran mengenai nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman. Ada seorang lelaki
mempunyai kebun dan seorang yang mempunyai kambing. Kambing itu telah
merosakkan kebun orang yang satu lagi itu. Nabi Daud memutuskan untuk memberi
kambing kepada pemilik kebun itu. Tapi Nabi Sulaiman ada idea lebih baik. Dia
mencadangkan, pemilik kambing harus menyerahkan kambing kepada pemilik kebun
untuk sementara waktu, dan pemilik kebun itu boleh mengambil manfaat daripada
kambing itu. Dan pemilik kambing yang asal itu harus mengerjakan kebun yang
rosak itu sampai hasilnya boleh dituai. Selepas kebun sudah boleh dituai,
pemilik kebun harus memulangkan kembali kambing itu. Dalam surah Al-Anbiya
Allah berfirman:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.[78]
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.[79]
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?[80]
Nabi Daud juga dipuji
sebagai sebaik-baik orang yang beribadat dan berpuasa. Hadis Rasulullah
mengenainya:
David (PBUH) fasted
every other day. ‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘As narrated:
“Allah’sApostle (PBUH) said to me: The most beloved fasting to Allah was the
fasting of (the Prophet)David, who used to fast alternate days. And the most
beloved prayer to Allah was the prayer ofDavid, who used to sleep for (the
first) half of the night and pray for one third of it and (again)sleep for a
sixth of it.”1
‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘As also narrated:
“The Prophet (PBUH) said to me: I havebeen informed that you pray all the
nights and observe fast all the days; is this true? I replied: Yes.He said: If
you do so, your eyes will be weak and you will get bored. So fast three days a
month, forthis will be the fasting of a whole year. (Or equal to the fasting of
a whole year). I said: I findmyself able to fast more. He said: Then fast like
the fasting of (the Prophet) David (PBUH) whoused to fast on alternate days and
would not flee on facing the enemy.”2
Nilai-nilai murni dan Pengajaran
Nabi Daud adalah seorang pemimpin cuba sedaya
upaya untuk adil dan juga bertakwa. Apabila
baginda menyedari dia berlaku tidak adil dia segera memohon taubat. Pemimpin
zaman sekarang harus mencontohinya. Nabi Daud tidak menggunakan hasil negara
sebagai sumber pendapatan tapi menggunakan kepakarannya untuk membuat baju
perang untuk mencari rezeki. Dia juga membahagikan waktunya dengan baik supaya
seimbang kehidupan di dunia dan di akhirat.
-----------------------------------oooooo-----------------------------
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx0000000000000000xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
No comments:
Post a Comment