Friday, 18 October 2013

1210 - JADILAH SEORANG ISLAM YANG SEBENAR.

















1210 - JADILAH  SEORANG  ISLAM  YANG  SEBENAR.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian  penulisan  ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini
Saudara-saudara kaum muslimin yang terhormat..!
Islam mengajarkan kepada kita keesaan Allah.  Menyamakan Allah dengan sesuatu dianggap berlaku syirik iaitu sebagai dosa yang paling besar.  Allah adalah satu.  Allah tidak biasa dipisahkan ke dalam banyak peribadi.  Allah tidak mempunyai persamaan, tidak mempunyai musuh, tidak mempunyai orang tua, dan tidak ada sesuatu yang menyamai Nya.  Dia Yang Maha Awal, Maha Akhir.  Dia Pencipta.  Pendeknya Dia Pemilik segala sifat yang maha tinggi.
Allah pencipta para utusan, para malaikat, jiwa (roh) pohon - pohon kayu, batu-batu dan segala sesuatu di alam raya ini.  Oleh kerana itu sebagai orang Muslim, janganlah kita sekalian menyembah Al-Masih. Janganlah menyembah malaikat-malaikat. Janganlah menyembah roh, janganlah menyembah setan atau jin, janganlah menyembah pohon-pohon kayu, janganlah menyembah apa pun kecuali Allah s.w.t.
Di alam raya ini tidak sesuatu pun yang boleh disembah kecuali Allah. Hanya Allah-lah yang harus disembah dan hanya keadaan Allah sahajalah seseorang harus minta ampun dan minta pertolongan.  Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah Al-Fatihah :
إِ يَّـاكَ نَعْبُدُ وَإِ يَّـاكَ نَسْتَعِيْنُ.
 Hanya kepada Mu kami menyembah, dan hanya
Kepada Mu kami minta pertolongan
Sebenarnya bukanlah orang yang dapat berbibcang dalam bahasa Arab dengan lancar disebut orang Islam. Bukanlah orang yang memakai jubah dan kain sarung disebut orang Islam. Bukanlah orang yang menjauhkan diri dari makan daging babi disebut orang Islam.  Tetapi orang Islam ialah orang yang memproklamirkan prinsip bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhannmad s.a.w. adalah hamba dan pesuruh Allah.

Seorang Islam adalah yang mendirikan solat lima waktu, membayar zakat, melakukan puasa di bulan Ramdhan,  pergi menunaikan haji ke Mekah jika ia mampu melakukannya.  Selain itu ia harus berkata benar, lurus dalam segala urusan  dan berbuat baik walaupun pahit untuk dikerjakan.
Seorang Islam adalah dia yang bahagia melihat orang lain berada dalam kebahagian, khususnya apabila dia bahagia disebabkan oleh dirinya.   Ia bersedih melihat orang lain dalam kesulitan, khususnya apabila kesulitan itu disebabkan oleh dirinya.  Dalam menjelaskan hal ini Al-Quran menyatakan:

     مُحَمَّدٌ رَسْوْلُ اللهِ وَالـَّذِيْنَ مَعَهُ أَ شِدَّاءَ عَلىَ الـْكُفَّارِ رَحَمَآءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَعًا سُجَّدًا يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانـًا.
”Muhammad adalah rasul Allah.  Dan mereka yang bersamanya keras terhadap orang-orang kafir dan kasih sayang antara mereka sendiri.  Kamu (Muhammad) melihat mereka ruku’ dan sujud mengharapkan keutamaan dari Allah dan ridhaNya.”
Kita haruslah memahami bahawa Islam bukan sahaja agama kepercayaan yang diwarnai oleh sekalian pendakwah  yakni mereka yang mengerjakan sesuatu demi akhirat. Islam bukan sekadar beribadah di masjid.  Islam tidak hanya solat, memberi zakat, dan mengerjakan haji, tetapi Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.  Apa pun yang kita kerjakan untuk meningkatkan kehidupan duniawi demi keredhaan Tuhan adalah ibadah dalam Islam.

Islam menganjurkan kehidupan yang aktif dan kegiatan sosial yang kreatif dan bukan mengasingkan diri dari masyarakat atau berhubung dengan Allah semata-mata.  Islam mewajibkan untuk mencari kebahagan di akhirat dan tidak mengabaikan bahagian dunia.  Al-Quran dalam Surah Al-Qasas, ayat 77 telah menyatakan:


وَابْتَغِ فِيْمَا أَ تَاكَ اللهُ الدَّارَالْأَ خِرَة َ وَلَاتَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدَّنْيَا ,وَأَ َحْسِن كَمآ أَحْسَنَ اللهُ إِ لـَيْكَ , وَلَا تَبْغِ الـْفَسَادَ فِى الْأ َرْضِ
إِ نَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الـْمُفْسِدِيْنَ.
”Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mu akan kebahagian hari akhirat  dan janganlah engkau melupakan bahagian mu  daripada dunia ini serta  berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik  kepada mu   dan janganlah  engkau melakukan  kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang  yang berbuat kerosakan”
                                                                     (Al-Qasas ayat 77).    
Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:
اِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأَ  نَّكَ تَعِيْشُ أَ بَدًا وَاعْمَلْ لاِ َ
خِرَتِكَ كـَأ َنَّـكَ تَمُوْة ُ غـَدًا.
“Berbuat  baiklah di dunia ini seakan-akan engkau akan hidup selamanya, dan  berbuat baiklah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esok.                       
        .”(H.R. Bukhari dan Muslim)       

                                                              
Maka bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hanya hidup mengasingkan diri dan iktikaf dan tafakur.  Bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya bersemadi di dalam masjid mencari keredhan Allah dan rahmnat Nya semata-mata.
Sebaliknya bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya memburu kekayaan tiada ingat akan kewajipan agamanya. Bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya mengumpulkan harta dunia dan hanya menghitung-hitung dan melupakan Tuhannya.  Dan bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hidupnya demi urusan dunia sahaja.
Tugas anda sekarang adalah menunjukkan identiti Islam anda walaupun seandainya anda hidup di negara bukan Islam.  Anda harus menunjukkan identiti keislaman anda walaupun anda bekerja di tengah-tengah masyarakat bukan Islam.!  Jangan anda takut untuk berkata: ”Aku seorang Muslim”, walau pun banyak orang bukan Islam akan benci, walaupun orang-orang musyrik akan benci, bagaimana pun banyak orang munafik akan benci.
Sesungguhnya Allah telah melihat untukmu Islam sebagai agama yang benar, kerana itu janganlah anda mati kecuali sebagai seorang Muslim. Wahai orang-orang bukan Islam. Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Muslim yang lurus dalam segala-galanya, dan kami sentiasa merapatlan persehabatan dengan sekalian bangsa dan agama.

Sekianklah saudara-saudara sekalian, kerana telah selesai untuk meneruskan catatan penulisan  ini, akhirnya penulis ingin mengimbau kepada anda bahawa motto hidup kita adalah:
وَإِذْ قـَـالَ لــُقـْمَنُ لِاَبـْنـِهِ وَهـُوَ يـَعـِظُهُ يـَـبــُنـىَّ لَا تـُــشـْرِكَ
 بِاللهِ  صلى إِنَّ الشِّرْكَ لـَظـُلـْمٌ عـَظِيـْمٌ.   (لقــمان 13)
“Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, “Wahai anak kesayangan ku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
                                                       (Surah Luqman ayat 13)

Sekian dahulu, disudahi dengan’...
Wassala mu alaikum warah matullah hi wabarakatuh...!

                     ----------------------oooooooooooooo-----------------------


No comments:

Post a Comment