Saturday, 26 October 2013
Pos 1234 - Masalah Agama ---Makruh Sembahyang selepas qamat
Pos 1234 - Masalah Agama - Makruh Sembahyang selepas qamat
Apabila sembahyang telah diqamatkan maka janganlah para makmum bersembahyang dengan memgerjakan sembahyang sunat atau sujud tilawat.
Dan jika imam nenyuruh mu'azan (bilal) qamatkan sembahyang dan ia belum memulakan qamatnya, atau ia tidak disuruh oleh imam qamatkan sembahyang tetapi diketahui mengikut adat masa memulakan qamat itu telah sampai maka adakah makruh bagi makmum memulakan sembahytang sunat seperimana makruhnya sembahyang sunat selepas diqamatkan sembahyang, atau tidak makruh baginya, kerana qamat itu dimulakan lagi?
Mengikut qaul yang muktamat bahawqa perbuatan tersebut makruh hukumnya kerana barang yang hampir kepada sesuatu perkara diberikan hukum perkara itu, kerana qamat boleh berlaku semasa ia sedang di dalam sembahyang sunat dan dengan demikian boleh menyebabkan luputnya takbiratul ihram dengan imam.
-----ooooooooo------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment