Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis
atu
Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas,
oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan
bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua
betisnya seperti betis unta.
Maka Nabi
Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu
Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari
kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai
dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada
kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi
Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis
melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia
mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat
betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan
jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam
Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku
berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu
Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi
Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.
Begitu besarnya
kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan
jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya,
binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani
daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu
mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian
duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani
Israil.
Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat
ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai
piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas
tungku.
Firman Allah SWT:
Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi
Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as.
Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada
matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di
Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa
dihitung, penerimaan tanpa ditolak.
Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya
mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka,
kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi
kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.
Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi
orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di
dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya,
tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada
kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi
dan tempat yang luas.
Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak
menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan
maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan
Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.
Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu
sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai
dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga
diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil,
Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata
air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi
segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga
dan tidak pernah terlintas dalam hati.
--------------------------------oooooooo----------------------------
No comments:
Post a Comment