Pos 1218 KAWAL
MARAH MENDAPAT ERAT
SILATURAHIM DAN MENINGKATKAN
IMAN
Kita bersyukur ke
hadrat Allah s.w.t. kerana dengan kurniaan nikmat Nya kepada kita pada hari
ini, terutamanya dengan umur yang diberikan kepada kita, kepada kurniaan kesihatan
dan rezeki yang diberikan kepada kita dan begitu juga dengan kedudukan
pekerjaan yang kita sandangkan hari ini menyebabkan kita mewah, ceria dan aman
makmur.
Dalam menjalankan tugas seharian, kita sentiasa
berhubung tiga penjuru dengan kategori kumpulan
yang berbeza watak, peribadi dan sifat
dan ini memerlukan kemahiran dan kekuatan mengurus perasaan dan juga minda
supaya kerja yang dijalankan secara
profesional, bermanfaat dan mengundang rahmat dari Allah s.w.t.
Profesional bukan sahaja dilihat pada hasil atau output
kerja semata-mata. Sebaliknya, yang
seiring menjadi asas penilaian serta kepercayaan terutama bagi pelanggan ialah
cara berurusan dan layanan baik kepada mereka. Jabatan Kerajaan dan Syarikat
ternama dengan produknya yang
berkualiti juga boleh terjejas
imejnya di kalangan pelanggan hanya disebabkan oleh panggilan telefon yang
tidak dijawab dengan mesra dan percakapan yang sombong oleh petugasnya atau tutur kata dan layanan yang kurang
sopan, bertimbang rasa, betul, mesra dan berhemah.
Dalam menjaga
hubungan interpersonal dan berurusan dengan pelanggan, Islam telah menengahkan
satu kaedah efektif yang mudah dan murah iaitu dengan mengurus kemarahan. Mengurus kemarahan bererti menahan serta
mengawalnya di mana-mana dan dengan sesiapa jua adalah kaedah yang sangat
efektif untuk menzahirkan profesionalisme apabila berurusan dan bertindak
khasnya di tempat kerja.
Sabda Rasulullah
s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a.
yang bermaksud “Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w.., berikanlah wasiat kepada ku.
Jawab Baginda, “Janganlah engkau marah.
Kemudian di ulang beberapa kali. Janganlah engkau marah-marah”
(Hadis sahih riwayat
Imam Bukhari dan Muslim).
Pesanan Rasulullah s.a.w. ini sungguh ringkas, tetapi yang sangat berguna. Ia bermaksud mengawal dan menahan nafsu
kemarahan yang berlebihan dan membawa keburukan. Bukannya bermaksud menghilangkan kerana itu mustahil bagi tabiat semula jadi
makhluk dan juga kerana kemarahan yang betul
cara ia diluahkan dan sesuai dengan keadaan dan masanya juga mempunyai
manfaat. Iaitu marah yang tidak mengikut
rasa hati semata-mata atau kerana membalas dendam atau kerana sesuatu yang
remeh dan kecil kesannya, apatah lagi
marah tanpa sebab.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “ Kemarahan itu
daripada syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api dipadamkan oleh air. Oleh itu, jika ada di antara kamu yang merasa marah. Hendaklah
ia mengambil wuduk.” (Riwayat Imam Ahmad)
Ketahuilah bahawasanya mengurus kemarahan bukan sahaja
dapat mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia bahkan dapat
menghindarkan daripada kemurkaan Allah s.w.t. seperti yang dinyatakan oleh
sahabat Rasulullah s.a.w. Amru bin al-As serta dijanjikan syurga baginya.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali-Imran, ayat 133-134
yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan
kamu dan mendapat syurga yang seluas langit dan bumi, dan disediakan bagi
sekalian yang bertakwa iaitu mereka yang mendermakan hartanya pada masa senang
dan susah dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah Maha mengasihi mereka
yang melakukan kebaikan.”:
Wahai saudara ku sekalian. Mengurus kemarahan perlu
dilatih untuk mengawal emosi dan memelihara perhubungan interpersonal.
Oleh itu marilah kita mengurus kemarahan
dengan cara yang profesional dengan cara
semasa berinteraksi dan berkomunikasi sesama pelanggan, rakan, majikan khasnya
sesama Islam untuk membentuk persekitaran kerja dan keadaan yang harmoni, menjaga imej organisasi, menguatkan
kepercayaan pelanggan, menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah s.w.t. serta yang paling utamanya ialah
meningkatkan kesempurnaan iman kita.
Sekian,
wassala mualaikum…….
--------------------ooooooooooooo--------------------------
No comments:
Post a Comment