Bab 1 - KE ARAH MENCAPAI
BUDIPEKERTI YANG LURUS
Berakhlak yang lurus bermakna ia
seorang yang mengamal akhlak yang mulia, berbudi pekerti yang baik, ia seorang yang jujur, yang benar dan beramanah, yang bertanggung jawab terhadap kesopanan mulia
terhadap dirinya.
Untuk mencapai ke matlamat
tersebut seseorang itu bahawa keluhuran budi pekerti itu bepunca dari
kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan
seterusnya kepada pertengahan dalam kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan
kedua-duanya itu patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan
syarak. Kesederhanaan ini boleh terjadi kerana dua perkara:
1. Perama -Terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan
fitrah (semula jadi): iaitu bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanyaya dalam
keadaan sempurna akal fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua
sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk dibawah pertimbangan
akal fikiran dan syarak.
Firman Allah:
”Sesungguhnya
Kami telah menunjukkan kepada manusia jalan (yang lurus), ada di antaranya yang
berterima kasih dan ada pula yang mengingkarinya.
(Al-Quran Surah Al-Insan, ayat 3)
(Al-Quran Surah Al-Insan, ayat 3)
2. Kedua – Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan
dan latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang
dikehendaki oleh budi pekerti yang dituntut, misalnya: Orang yang ingin
melengkapkan dirinya dengan budipekerti pemurah hati, maka caranya ialah
denagan memaksa diri mentauladani perbuatan-perbuatan orang pemurah hati
seperti tidak sayang menderma wang ringgit untuk hal-hal keagamaan dan
kebajikan.
Para ulama’ telah sepakat mengemukakan berdasarkan Al-Quran sifat-sifat
baik dan lurus itu iaiatu jujur, pemaaf, berbuat baik dalam perbuatan, takut
kepada Allah, tekun, pemalu, menahan diri melakukan maksiat, ikhlas, berbuat baik kepada semua makhluk dan ibu bapa, cinta belas kasihan, menerima dengan senang hati semua pemberian Allah, sifat sabar, syukur, merendahkan diri kepada Allah, tawakkal, merasa cukup dengan yang ada, zuhud, ingat mati, rajin, berani kerana benar, tidak mementingkan diri atau bersifat budaya gemarkan kebendaan dan sebagai lagi.
kepada Allah, tekun, pemalu, menahan diri melakukan maksiat, ikhlas, berbuat baik kepada semua makhluk dan ibu bapa, cinta belas kasihan, menerima dengan senang hati semua pemberian Allah, sifat sabar, syukur, merendahkan diri kepada Allah, tawakkal, merasa cukup dengan yang ada, zuhud, ingat mati, rajin, berani kerana benar, tidak mementingkan diri atau bersifat budaya gemarkan kebendaan dan sebagai lagi.
Para ulama’ telah juga sepakat mengemukakan berdasarkan Al-Quran
sifat-sifat buruk dan antara lain ”
Khianat, bakhil, pemarah, membincangkan
aib orang lain, menjauhkan diri dari pergaulan, sifat iri hati,
memutuskan silaturrahim, cinta dunia, sifat berlebih-lebihan, sombong, dusta,
ingkar suruhan Tuhan, mengumpat, sifat riyak diri, terlalu banyak berbicara
tidak berfaedah, banyak makan, sifat angkuh, menyusahkan orang lain, takbur diri, berseteru denagn jiran, suka melakukan perkara mungkar,berkata
yang tidak perlu, mengambil tahu tepi kain orang, suka berbantah atau bertengkaran, berkata kotor,
menghina atau mengejek, membocorkan rahisa orang, mengacum orang bergaduh,
berjanji bohong, suka ghibah atau
mengumpat, dan sebagai lagi.
Perbincangan Topik.
Secara ringkas penulis membawa
pembaca sekalian untuk kita menyemak dan membincangkan kedua-dua perkara yang
di tonjolkan di atas yang sedang berlaku
di sekeliling kita hari ini.
Sesungguhnya perbuatan jahat itu
dipimpin oleh syaitan yang sentiasa menyuruh manusia berbuat keji dan mungkjar.
Firman Allah SWT:
يَأَيُّهَا
الـَّذِينَ ءَامَنُواْلَا تــَتـَّبِعُواْ خُطُوَتِ الشَّيْطَنِ ج وَمَنْ يـَتـَّبِعْ
خُطُوَتِ الشَّيْطَنِ فـَإِنـَّـهَ يـّـأْمُرُ بِـا لـْفَحْشَآءِوَالـْمُنكَرِ." (النور اية 21)
”Wahai orang
yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan sesiapa yang
menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh
melakukan perkara yang keji dan munghkar.”
(An-Nur ayat 21)
Sebaliknya perbuatan baik itu dibantu
oleh malaikat untuk melakukannya dan ia
akan mengangkat mertabat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia.
-------------------ooo----------------------
No comments:
Post a Comment