Wednesday, 16 October 2013

Post 1209BAB 5 - RAPATKAN HUBUNGAN dan BERCAMPUR GAUL DENGAN MANUSIA Pendahuluan Ketahuilah bahawasanya manusia itu perlu bercampur gaul dengan manusia yang lain sama ada sebangsa dengnnya atau lain-lain bangsa. Maka tidak boleh tidak ia mesti mempelajari tata tertib pergaulan dengan mereka. Setiap manusia yang bergaul dengan satu-satu golongan manusia, tentulah ada cara-caranya yang tertentu, dan cara-cara itu menurut kadar hak masing-masing, dan hak masing-masing menurut perhubungannya. Perhubungan itu berlainan pula, sama ada kerana kekeluargaan, iaitu perhubungan yang khusus, atau pun perhubungan kerana persaudaraan Islam, iaitu perhubungan yang umum. Ini termasuk ke dalam maksud persaudaraan perhubungan antara kawan dan kawan atau pun perhubungan secara persehabatan. Tatacara pergaulan Berikut ini penulis mencatatkan kesimpulan tatacara pergaulan bagi merapatkan perhubungan antara satu sama pain: 1. Kita jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun, sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui, mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda di belakang hari. Sekalipun orang itu pada lahirnya huduh dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasiq dan jahat, sedangkan dia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dam solih. 2. Janganlah menilai seseorang itu menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali di sisi Allah SWT, segal-gala yang ada di dalam dunia ini kecil semata-mata. Jangan sampai anda menjual agamamu untuk mendapatkan benda-benda keduniaan, sedhingga anda dipandang kecil di mata orang yang memberinya. Mungkin sekali suatu masa kelak, anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri di matanya. 3. Anda jangan cuba menentang orang lain, sehingga terjadi permusuhan antara anda bersama dia, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakjukan oleh orang itu, maka ketika itu anda bolehlah menentang usasha-usaha kemungkaran yang dilakukannya itu. 4. Anda hendaklah menolak kejahatan orang, atau permusuhan orang yang dilakukan pada anda dengan cara yang baik, dan serahkan balasan itu pada Allah SWT, lalu sekonyong-konyongnya orang yang ada permusuhan antara anda dengan dia Allah SWT menjadikan anda dan dia itu sahabat yang karib pula. Firman Allah SWT: اِدْ فَعْ بِالـَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فـَاِذَا الـَّذِىْ بَيْنَكَ وَبـَيْن عـَدَاوَة ٌ كـَاَنـَّهُ وَلِىّ ٌ حـَمِيـْم ٌ (34)َهُ Ertinya : Tolaklah (kejahatan orang) dengan (jalan) yang terbaik, lalu sekonyong-koyong orang yang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib. Al-Quran Surah Fusilat (Ayat 34) 5. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang di hadapanmu, ataupun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya. 6. Anda jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang itu yang anda belum tahu menahu akan dirinya, sebab dikhuatiri bahawa Allah SWT akan murka lalu diserahkan semua urusanmu itu kepada orang itu. 7. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu, sebagaimana yang anda kenal kepadanya di masa berdepan denganmu. Harapan semacam itu adalah sesia belaka dan tidak betul. 8. Anda jangan terlalu harapkan untuk memiliki apa-apa yang ada di dalam tangan orang lain, nescaya anda akan dipandang hina olehnya. Tetapi apabila anda meminta sesuatu benda dari seorang kawan, lalu diberinya benda itu pada anda, maka itulah seorang kawan yang berfaedah. Jika ia tidak memberinya, maka janganlah anda mencacinya, kelak ia akan menjadi lawan yang bukan senang bagimu untuk menghadapnya. 9. Jika anda ada mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu, atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, jangan memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda maka sebaik-baiknya anda serahkan pekara itu kepada Allah SWT, serta anda berlindung dengan Allah SWT daripada bahayanya. 10. Waspadalah anda dari berkawan dengan semua peringkat manusia, sebab semua orang bukan seperti anda yang baik dan lurus dan sentiasa merapatkan perhubungan, tetapi kebanyakan manusia di zaman ini mempunyai tabiat dan akhlak yang mementingkan diri dan fahaman kebendaan. Jangan segera menyatakan kegemaran kepada orang yang anda belum kenal kesetiaannya dengan cara yang setebal-tebalnya Melainkan setelah berkawan dengannya dalam masa waktu yang panjang. Itulah sepuluh perkara ingatan yang an RAPATKAN HUBUNGAN dan BERCAMPUR GAUL DENGAN MANUSIA
















  POS 1209 -   RAPATKAN  HUBUNGAN dan  BERCAMPUR  
              GAUL DENGAN MANUSIA


Pendahuluan
Ketahuilah bahawasanya manusia itu perlu bercampur gaul dengan manusia yang lain sama ada sebangsa dengnnya atau lain-lain bangsa.  Maka tidak boleh tidak ia mesti  mempelajari  tata tertib pergaulan dengan mereka. Setiap manusia yang bergaul dengan satu-satu golongan manusia, tentulah ada cara-caranya yang tertentu, dan cara-cara itu menurut  kadar hak masing-masing, dan hak masing-masing  menurut  perhubungannya.

Perhubungan itu berlainan pula, sama ada  kerana kekeluargaan, iaitu perhubungan yang   khusus, atau pun perhubungan kerana persaudaraan  Islam, iaitu perhubungan yang umum. Ini  termasuk  ke dalam maksud persaudaraan perhubungan antara kawan  dan kawan atau pun perhubungan secara persehabatan.

Tatacara pergaulan
Berikut ini penulis mencatatkan kesimpulan tatacara pergaulan bagi merapatkan perhubungan antara satu sama pain:

1.    Kita  jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun, sama ada yang masih hidup mahupun yang  sudah  mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda.  Sebenarnya anda tiada mengetahui, mungkin sekali  orang itu lebih baik nasibnya dari anda di belakang  hari. Sekalipun orang itu pada lahirnya huduh dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasiq dan jahat, sedangkan dia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dam solih.

2.    Janganlah menilai seseorang itu menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali di sisi Allah SWT, segal-gala yang ada di dalam dunia ini kecil semata-mata. Jangan sampai anda menjual agamamu untuk mendapatkan benda-benda  keduniaan, sedhingga anda dipandang  kecil di mata orang  yang memberinya.  Mungkin sekali suatu masa kelak, anda tidak akan diberi  lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri di matanya.

3.    Anda jangan cuba menentang orang lain, sehingga terjadi permusuhan antara anda bersama dia, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakjukan oleh orang itu, maka ketika itu anda bolehlah  menentang usasha-usaha kemungkaran yang dilakukannya itu.

4.      Anda hendaklah menolak kejahatan orang, atau permusuhan orang  yang dilakukan pada anda dengan cara yang baik, dan serahkan  balasan itu pada Allah SWT, lalu sekonyong-konyongnya orang yang ada permusuhan antara anda dengan dia Allah SWT menjadikan anda  dan dia itu
          sahabat yang karib pula. Firman Allah SWT:

اِدْ فَعْ بِالـَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فـَاِذَا الـَّذِىْ بَيْنَكَ وَبـَيْن
عـَدَاوَة ٌ كـَاَنـَّهُ وَلِىّ ٌ حـَمِيـْم ٌ (34)َهُ
Ertinya :  Tolaklah (kejahatan orang) dengan (jalan) yang terbaik, lalu sekonyong-koyong orang yang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi  sahabat yang karib.
                                                                                                  Al-Quran  Surah Fusilat  (Ayat 34)

5.    Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang di hadapanmu, ataupun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.

6.    Anda jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang itu yang anda belum tahu menahu akan dirinya, sebab dikhuatiri bahawa Allah SWT akan murka lalu diserahkan semua urusanmu itu kepada orang itu.

7.    Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu, sebagaimana yang anda kenal kepadanya di masa berdepan denganmu.  Harapan semacam itu adalah sesia belaka dan tidak betul.

8.    Anda jangan terlalu harapkan untuk memiliki apa-apa yang ada di dalam tangan orang lain, nescaya anda akan dipandang hina olehnya.  Tetapi apabila anda meminta sesuatu benda dari seorang kawan, lalu diberinya benda itu pada anda, maka itulah seorang kawan yang berfaedah.  Jika ia tidak memberinya, maka  janganlah anda mencacinya, kelak ia akan menjadi lawan yang bukan senang bagimu untuk menghadapnya.

9.    Jika anda ada mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu, atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, jangan memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih  membahayakan diri anda maka sebaik-baiknya anda serahkan pekara itu kepada Allah SWT, serta anda berlindung dengan Allah SWT daripada  bahayanya.

10. Waspadalah anda dari berkawan dengan semua peringkat manusia, sebab semua orang bukan seperti anda yang baik dan lurus dan sentiasa merapatkan perhubungan, tetapi kebanyakan manusia di zaman ini mempunyai tabiat dan akhlak yang mementingkan diri dan fahaman kebendaan.  Jangan segera menyatakan kegemaran kepada orang yang anda belum kenal kesetiaannya dengan cara yang setebal-tebalnya Melainkan setelah berkawan dengannya dalam masa waktu yang panjang.

Itulah sepuluh perkara ingatan yang anda misti  awasi apabila ingin merapatkan hubungan sesama manunia.

Sekian, wassala mualaikum....

         --------------------------oooo----------------------------


No comments:

Post a Comment