Friday, 18 October 2013

P0st 1212 -Ke Arah Jalan Yang Lurus






















Bab 9 - Ke Arah Jalan Yang Lurus


Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan. Maksudnya,dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.
Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru,
wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus, yang sering dimohon kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus". Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.

Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.

Kematian - Penamat jalan tersebut.

Firman Allah
s.w.t. dalam Surah (522) Al-Fat (48), Ayat 1 dan 2:
بِسْمِ اللهِ الرَّحـْمَنِ الرَّحِيـْمِ.
إِنـَّا فـَتـَحْنـَالـَكَ فـَتْحـًا مُّبِيـْـنـًا (1) لـِّيَغـْفـِرَلـَكَ اللهُ مَا تـَقـَدَّمَ
مِنْ ذَنـْبِكَ وَمَا تـَأَخَّرَ وَيـُتـِمَّ نِعْمَتـَهُ عَلـَيْكَ وَيـَهْدِيَكَ
صِرَطـًا مُّسـْتـَقِيـْمـًا (2)
(1)Sesungguhnya Kami telah memberi kemenangan kepada mu (wahai Muhammad) dengan kemenangan yang nyata.
(2) Kemenangan itu supaya Allah mengampunkan salah dan silap mu yang telah lalu dan yang akan datang, dan menyempurnakan nikmat Nya kepada mu serta memimpin mu ke  jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnyan).
(Surah Al-Fath ayat 1 dan 2)        

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang
akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

(Rujukan "Nota Jalan Yang Lurus oleh Dr.Ibrahim Hj. Che Noh, Universiti
Kebangssan Malaysis, Kuala Lumpur,Malaysia.dengan kerjasama oleh Mokhtar Jamil)

(Gambar Tn.Hj Yahaya Shafiei dan Enc.
Shaffie Mat Sain, Pulau Pinang 23.9.2009))
Che Dan0 comments




       Di  jalan yang urus pun kereta terbalik, inikan pula di jalan yan g bengkok....!!

                      ----------------------oooo--------------------







No comments:

Post a Comment