SOALAN 30...Seorang yang mengambil wuduk sambil memakai sepatu, dan sewaktu membasuh
kaki, sepatunya tidak dibuka, tetapi hanya dititiskan air di atas sepatu
tersebut. Kemudian mengerjakan solat dengan memakai sepatunya. Sahkan wuduk dan
solatnya ?
Jawapan.
Wuduknya sah dan solatnya pun sah. Memang diperkenankan bagi orang yang memakai sepatu (khuf) untuk menyapu khufnya, dan tanpa membukanya di waktu berwuduk, dan sewaktu bersolat. Tetapi jika ia mengambil wuduk memakai khuf dan membukanya sewaktu solat maka batallah wuduknya itu dan solatnya itu terjadi tidak sah.
Menyapu air di atas khuf itu hukumnya boleh, tetapi dengan syarat- syarat:
a. Bahawa dimulai memakai dua khuf itu sesudah sempurna bersuci (sesuatu yang mewajibkan mandi.)
b. Bahawa kedua khuf itu menutupi bagi tempat basuhan yang fardhu, iaitu dua tapak kaki bersama dua mata kakinya (buku lali).
c. Bahawa kedua khuf itu kuat dipakai untuk berjalan jauh.
d. Jangan dibuka khuf itu dikala mahu bersembahyang.
e. Menjadi menyusahkan diri jika membuka khuf sewaktu hendak bersolat.
Rujukan Kitab 100 Maslah Agama Jil 5, ms 92.

----------------------------------------oooo----------------------------------------
No comments:
Post a Comment