Pos 1230 - Nabi Musa bermunajat di Bukit Sina
SELEPAS
keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebahagian pengikutnya dari kalangan Bani
Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah.
Namun, sebelum itu Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah.
Ketika mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan.
Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur
malaikat dan beliau diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa
genap 40 hari.
Sewaktu bermunajat,
Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku dapat
melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba
lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti sediakala,
maka nescaya engkau dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah bukit yang
dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk ke perut
bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat dan gementar seluruh tubuh
lalu pengsan.
Bertasbih
Apabila
sedar, Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah
Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang
pertama beriman kepadaMu.” Sewaktu bermunajat, Allah menurunkan kepadanya kitab Taurat. Menurut ahli tafsir, ketika itu kitab
berkenaan berbentuk kepingan batu atau kayu, namun padanya terperinci segala
panduan ke jalan diredhai Allah.
Sebelum
Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada kaumnya tidak akan meninggalkan
mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda 10 hari, kerana terpaksa
mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan kelewatan Musa kembali
kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka seolah-olah dalam kegelapan dan
ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan menyangka beliau tidak akan
kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu, seorang ahli sihir dari kalangan
mereka bernama Samiri mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik.
Dia
juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari tuhan dan tidak akan kembali.
Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina daripada emas. Dia memasukkan
segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda Jibril ketika mengetuai Musa dan
pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung itu dijadikan Samiri
bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mahu menyeberangi Laut
Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu dengan menaiki kuda
betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan pengikutnya.
Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku, rupanya Musa
sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan Musa itu.
Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas ini. Ia
dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”
Selepas
itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah patung anak sapi. Beliau marah
dengan tindakan Samiri.
Firman
Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati.
Berkata Musa; wahai kaumku, bukankah Tuhanmu menjanjikan kepada kamu suatu
janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu itu bagimu atau kamu
menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu kamu melanggar
perjanjianmu dengan aku.”
Musa
bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran: “Berkata Musa; apakah yang
mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu
yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak
Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti
dorongan nafsuku.”
Bersambung seepas ini......
---------------ooooo---------------
No comments:
Post a Comment