Bab 8 -
RAPATKAN PERHUBUNGAN DENGAN
JIRAN TETANGGA
Wahai sekalian insan ketahuilah
bahawa tetangga itu mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang dipunyai oleh
persaudaraan dalam Islam. Seorang jiran
tetangga Muslim mendapat hak-hak yang sama seperti Muslim yang lain, di tambah pula dengan hak ketanggaan.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Jiran atau tetangga itu ada tiga
macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak,
jiran yang mempunyai dua hak, dan
jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hal, ialah jiran
Muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak ke Islaman dan hak
kekerabatan. Ada pun jiran yang
mempunyai dua hak, ialah jiran Muslim yang mempunyai hak ketetanggaan dan hak
ke Islaman. Manakala jiran yang mempunyai satu hak, ialah jiran yang
musyrik.” (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Anda perhatikanlah bagaimana
Islam telah menetapkan bagi seoeang musyrik haknya, hanya kerana ia menjadi
tetrangga kepada seorang Muslim sahaja.
Rasulullah SAW telah bersabda lagi
yang bemaksud:
”Berbuat baiklah terhadap jiran
yang bertetangga dengan mu, nescaya engkau menjadi seorang Muslim yang sejati.”
”Malaikat Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang hak
jiran, sehingga aku menyangka ia akan mewariskan aku.”
”Barang siapa beriman dengan Allah
dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tetangganya,”
”Tiada sempurna iman seseorang
hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatan.”
”Jangan sekali-kali seseorang
kamu melarang tetangganya memasuk sebatang kayu pada tembok rumahnya”
”Perempuan itu berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, akan tetapi
dia suka menyakiti jirannya, berkata
Rasulullah SAW maka dia akan masuk ke
dalam neraka.”
”Empat puluh rumah iaitu empat
puluh rumah dari kanan, dari kiri, dari belakang, dan dari hadapan
masih di kira tetangga jua.”
(Hadis-Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Di antara hak-hak kejiranan
ialah:
1. Hendaklahg anda
memulakan memberi salam kepada mereka.
2. Jangan telampau banyak menanyakan tentang hal ehwal mereka
itu.
3. Menziarahinya bila ia sakit, dan melawatinya bila ia
mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ada kematian di rumahnya, dan
menunjukkan ras kegimbiraan bila ada kesukaan pula.
4. Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan keegimbaraannya.
5. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilapannya.
6. Tiada menunjukkan pandangan dari atas rumahmu ke dalam
rumahnya, sehingga anda dapat melihat aurat dan keburukan dalam rumahnya.
7. Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan
meletakkan sebatang kayu pada dinding rumahnya .
8. Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya atau
menghalang jalan ke rumahnya.
9. Tiada menujukkan pandangan mu kepada apa-apa yang di bawa
ke dalam rumahnya.
10.
Hendaklah
menutup segala keaiban (keburukan) dan kecelakkaan yang mungkin berlaku daripafdanya.
11.
Meringankan
dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya.
12.
Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa
ia tiada di rumahnya.
13.
Jangan terpedaya
dengan kata-kata orang terhadapnya.
14.
Palingkan
pandangan mu dari melihat isterinya, dan jangan memandang lama-lama kepada
Khadam (amah) wanita yang bekerja di rumahnya.
15.
Selalu bersikap
berlemah lembut terhaap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.
16.
Cuba tunjukkan
kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama mahupun perjara
dunia.
17.
Apabila anda membeli makanan atau buah-buahan
yang ternampak oleh dia atau keluarganya, anda tolong sampaikan sedikit kepada
mereka.
18.
Jangan membuang sampah sarap ke kawasan
rumahnya atau membersihkan kawasan anda dan mencampakkan kekotoran pada
kawasannya.
19.
Apabila anda mendapat hasil tanaman anda di
kebun atau dusun anda, jiran anda adalah yang
utama untuk di sedekahnya.
20.
Sifatkan jiran anda sebagai ”insan yang dalam satu
kekeluargaan anda sebilang masa.
Demikianlah himpunan hak-hak berjiran yang penulis sebutkan sebagai satu
hak jiran , walaupun jiran anda tidak itu tidak mengamalkan amalan baik seperti
yang diebutkan diatas, tetapi mengamalkan sikap tidak baik, jangan anda
mengambil tindak balas, kerana dengan sifat dan kejujuran anda itu Allah SWT
ada melihat, dan anda akan dibalasnya pula dengan nikmat yang anda tiada diduga
dan di harap-harapkan. Percayalah dan
dan lakukanlah amalan yang baik seperti ini.
Sekian, wassala nmua alaikum....
-------ooooooooooooooo------
No comments:
Post a Comment