POS 1214 - APAKAH
YANG DIKATAKAN MATA HATI.
.
Apakah yang dikatakan mata hati
itu. ? Mata Hati berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh kedua mata
kasar, dengan menampakkan perkara-petrkara yang ghaib, terwujudlah keyakinan
adanya yang ghaib itu di sisi Allah s.w.t.
Contohnya seperti berikut:
a.
Dosa
b.
Pahala
c.
Syurga
d.
Padang Mahsyar
dan lan-lain.
Bagaimana pula yang diatakan Hati
itu.? Hati merupakan segumpal daging warnanya hitam kemerahan di dalam tubuh
manusia. Pada zahirnya tiada kaitan
langsung untuk mempengaryhi kehidpan manusia itu, digunakan perkataan hati
menjadi perunpamaan mengusai kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl
ayat 78:’
وَاللهُ ا َخْرَجَكُمْ مِّنْ بُطُوْنِ ا
ُمَّهَتِكُمْ لَاتَعْلـَمُوْنَ شَيْـءًـا.
وَّجَعَلَ لـَكُمُ السًّمْعَ
وَالْاَبْصَارَ وَالْاَفْـءِـدَة َ. لـَعَلـَّكُمْ
تـَشْكـُرُوْنَ. (178)
”Allah
telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, sedang kamu tiada mengetahui sesuatu
apapun; dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan
kamu berterima kasih kepada-Nya.”
(An-Nahl, ayat 78).
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْعـَة ً إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
(رواه امام بخارى والمسلم)
وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ.
(رواه امام بخارى والمسلم)
Bermaksud;
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul
daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka
rosaklah jasad itu. Daging tersebut ialah hati
.
Apakah hati itu sama dengan yang dikatakan Roh itu.?
Hati dan roah adalah berlainan sifatnya. Hati tidak sama dengan yang dikatakan Roh
itu. Kewujudan roh sebelum adanya hati, hati itu datang setelah manusia itu dilahirkan
ke dunia, hilang bila manusia itu mati, manakala Roh tidak mati dan ia menempuh
kehidupan di alam barzakh dan di alam akhirat.
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 85:
وَيَسْـءَـلـُوْ نَكَ عَنِ الرُّوْحِ
. قـُلِ الرُّوْحِ مِنْ ا َمْرِ رّبِّىْ
وَمَآ
ا ُوْتِـيْـتـُمْ مَّنَ
الـْعِلْمِ اِلاَّ قَلِيْلاً.
”Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah Roh itu termasuk urusan
Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit”
Kesimpulannya: ” Allah telah memberikan ”sedikit”
pengetahuan kepada manusia, maka yang sedikit itulah prerlu dikaji sebagai
sumber ilmu untuk menguatkan iman bagi persediaan melalui jalan yang lurus,
dengan keupayaan mengendalikan fungsi-fungsi Roh itu.
Masalah 155.
Apakah yang dikatakan fungsi-fungsi roh itu.?
Jawapan.
Pada kebiasaannya fungsi-fungsi roh itu disebut
sebagai berikut:
a.
Akal
b.
Perasaan
c.
Fikiran
d. Hati
e. Nafsu.
Roh itu berkeadaan ghaib dan
diyakini kewujudannya, tanpa roh bererti manusia itu mati. Keyakinan ini adalah asas mula meyakinkan
diri sebahagian daripada kepercayaan kepada Rukun Iman.
Kehidupan roh tidak seperti
jasad, di mana ajalnya berakhir dari mana asalnya (tanah). Roh pula meneruskan kehidupan di alam barzakh
hingga kiamat untuk bertanggungjawab atas segala perbuatan semasa bersama jasad
di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t.
dalam Surah Thaha ayat 55 yang maksudnya:-
”...dari bumi (tanah) itulah kami
menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami
akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”
Roh apada asalnya bersih,
terdedah pencermaran apabila bersatu dengan jasad, maka terpulanglah kepada
fungsi-fgungsi roh untuk mengembalikan seperti keadaan semulajadi.
Maka peranan fungsi-fungsi roh itu adalah seperti
berikut:-
a. Akal
sebagai Penimbang.
b. Perasaan
sebagai Perasa
c. Fikiran
sebagai Penilai
d. Hati sebagai Peminta dan peminta.
e. Nafsu
sebagai Perangsang.
Oleh itu peranan manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh
yang bak adalah:
a.
Akal - Memperseimbangkan fitrah manusia.
b.
Perasaan - Mengutamakan kasih sayang dan tiada
kelainan kepada
yang lain.
c. Fikiran
- Bertenaga untuk meneroka mencari kesempurnaan
hidup dunia dan akhirat.
d. Hati
- Berupaya melihat yang tersirat.
e. Nafsu
- Merangsang menuju ke jalan yang lurus.
Firman Allah s.w.t. di dalam
Surah At-Talaq ayat 11:-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ
خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ
تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ
فِيهـَآ أ َبَدًا.
قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)
Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air
sungai di bawahnya, serta
kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.
Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)
Adapun yang akan terjadi kerpada
manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang buruk itu pula ialah:-
a. Akal - Menjadi gila atau gila di dalam waras.
Tidak
tetap pendirinnya.
b.
Perasaan - Pemarah, garang dan tidak bertimbang rasa.
c. Fikiran
- Sentiasa merancang kejahatan.
d.
Hati - Menyukai keburukan.
e.
Nafsu - Menuntut kepuasan tanpa batas.
Kesimpulannya:-
Firman Allah s.w.t. di dalam
Surah Asl-Syamsi ayat 9 dan 10 :-
قـَد ْ أ َفـْلـَحَ مـَن ْزَكـَّهـَا (9( وَ
قـَدْ خـَـاب َ مـَنْ دَ سـَّـهَـأ )10(
“Sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang menjadikan dirinya
yang bersih bertambah bersih
dengan amal kebajikan dan sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya
yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran
maksiat “
(Al-Syamsyi ayat 9-10)
Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-
”Akhlak
yang buruk adalah dosa yang tidak terampuni, sedangkan persangkaan yang buruk
pula adalah kesalahan yang berbau busuk”
(H.R.
Ath-Thabaraniy dalam Ash-Shagila dari Aisyah)
Untuk Pemikiran yang Merangsang ke Jalan yang lurus.
وَابْتَغِ فِيْمَا ا
َتَاكَ اللهُ الدَّارَالْأ َخِرَة َ وَلَاتَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدَّنْيَا
وَأ َحْسِنُ كَمَا أ
َحْسَنَ اللهُ إ ِلـَيْكَ وَلَا تَبْغِ الـْفَسَادَ فِى الْأ َرْضِ
إ ِنَّ اللهَ لَا
يُحِبُّ الـْمُفْسِدِيْنَ.
“Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.
(Firman Allah
dalam surah Al-Qasas ayat 77)
Hidup di dunia tidak lain, hanya
kesukaan tipuan sahaja Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20 :-
di dalam Al-Quran Surah al-Hadid ayat 20 :-
اِعْلـَمُوْا~ أَ نَّمَاالـْحَيَوَةُ الدُّنْيَا لـَعِبٌ
وَلـَهْـوٌوَزِ ِينَة ٌ وَتَفَاخُرُ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُـرٌفِى الْأَ مْوَلِ
وَالْأَ وْلَـدِ.كَمَثـَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الـْكُفـَّارَنَبَاتُـــهُ ثُمَّ يَهِيــجُ
فَتَرَـهُ مُصْفَرًّا ثُـمَّ يَكُوْنُ حُطَمًا.صلى وَفِىى الْأَخِرَةِعَذَابٌ
شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللهِ وَرِ ِضْوَنٌ ج وَمَا الـْحَيَوَةُ
الدُّنْيَآإِلَّامَتَعُ الْغُرُورِ ِ.
(الحديد 02)
“Katakanlah: bahawa sesungguhnya hidup di dunia, hanya
pergurauan, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta
berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak. Umpama demikian itu
seperti air hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya,
kemudian ia menjadi kering , lalu engkau lihat dia menjadi kuning, kemudian
menjadi lumat hancur. Dan di akhirat siksa yang keras, untuk orang-orang kafir,
dan ampunan dan keredaan dari pada Allah untuk orang-orang mukmin. Hidup di
dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan.”
(Surah Al-Hadid ayat 20).
Firman Allah
s.w.t. di dalam Surah Al-Anfal ayat 2 - 4:
إِنَّمَا
الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ
وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِم ايَــتـُــهُ زَادَتُهُمْ إِيْمَا نـًا وَعَلىَ
رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ(1) الـَّذِيْن
يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَوَةَوَمِمَّارَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْن(3) أُلـَ~ءِـكَ
هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا ج لـَّهُمْ دَرَجـَا
تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ (4)
•
(2) Sesungguhnya Hanyasanya orang-orang mukmin
yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah,
menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan
ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah,
(3) mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada
yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka.
•
(4) Mereka
itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi
mereka itu darjat di sisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia di syurga”
(Al-Anfal ayat 2-4)
Sekian dahulu penulis sampaikan dalam penulisan dalam
Blog ini semoga akan dapat memberi , manafaat kepda pembaca Blog sekalian.
Untuk itu penulis mengucapkan ribnuan tetimaksih kepada anda yang sudi
mengikuti Siaran dalanm Blog ini, sehingga kita berjumpa lagi sedikit masa
lagi…..
Wassala mualaikum warah matullah hi wabarakatuh.....Amin
!!
--------------------------ooooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment