BA
Pos 1207 - LURUS DALAM MENGASIHI IUBU BAPA
Ibu Bapa adalah tapak
permulaan kehidupan seseorang. Mereka
berdualah dengan izin Allah SWT menjadi pemudah cara kepada kelahiran kita di
dunia ini.
Ibu Bapa sentiasa memberikan segala yang termampu dan
kadangkala di luar kemampuan mereka demi untuk keselesaan anak-anak. Tidak
hairanlah mengapa setiap insan mesti dan wajib menghormati, memuliakan dan mengasihi ibu bapa mereka.
Seseorang itu mestilah sentiasa menghormati, memuliakan
dan mengasihi ibu bapa mereka sama ada ketika mereka masih hidup ataupun
setelah mereka meninggal dunia.
Sudah menjadi jelas sekali, bahawa apabila sudah pasti ditunaikan hak-hak
bagi kaum kerabat dan keluarga, maka yang paling terutama sekali di dahulukan
dari mereka itu, ialah yang ada perhubungan dengan keturunan, maka haknya
semakin bertambah-tambah lagi dipastikan dan di istemewakan untuk berbakti
kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, sudara lelakimu, dan kemudian saudara
mara yang terhampir denganmu.
Bersabda Rasulullah SAW:
إِنَّ مِنْ أَبـَرِّ الـْبَرِّ
أَنْ يـَصِلَ الرَّجـُلُ أَهـْلَ وُدِّ أَبـِيـْهِ بـَعْدَ
أَنْ يـُـوَلـِّـيَ الــْـلأَبُ.
Ertinya: Sesungguhnya setinggi-tinggi darjat
kebaktian, ialah bila seseorang itu suka
menghubungi keluarga kesayangan ayahnya, sesudah ia meninggal dunia.”
(H.R. Bukharti danMuslim)
Pernah Rasulullah SAW
ditanya oleh seorang, katanya: ”
”Wahai Rasulullah, Adakah lagi yang masih diwajibkan atas saya untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya, setelah
keduanya meninggal dunia.? Rasulullah SAW
menjawab?. ” Ya, iaitu memohon kerahmatan kepada keduanya, meminta keampunan bagi
keduanya, menunaikan segala janji-janjinya, memuliakan semua rakan temannya,
serta merapatkan hubungan soltirrahim yang tidak boleh terhutang, melainkan
dengan keduanya.”
Mengasihi dan menghormati ibu bapa boleh digambarkan
seperti berikut:
a.
Sentiasa bertutur dengan suara
yang lemah lembut, bermuka manis dan penuh kemesraan.
b.
Sentiasa meminta izin mereka
ketika hendak meninggalkan rumah atau sewaktu hendak melakukan sesuatu.
c.
Sentiasa berlaku
sopan-santun di hadapan mereka dan tidak
tertawa berdekah-dekah.
d.
Sentiasa memberi tumpuan kepada
mereka terutama ketika mereka memberi nasihat atau pandangan
RAPATKAN HUBUNGAN IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.
Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila
mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya
ibu bapa.
Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara
menghormati ibu bapa. Dalam hal
mengucapkan perkataan-perkataan yang baik ini, perkara-perkara berikut
hendaklah diberi pehatian;
a.
Sentiasa mengucap terima kasih
kepada ibu bapa apabila mereka selesai melakukan sesuatu khidmat kepada kita
seperti memasak, mengejutkan dari tidur, memberi nasihat pengajaran dan
saebagainya.
b.
Sentiasa merendahkan suara ketika
bertutur dengan mereka.
c.
Sentiasa memperkatakan
perkara-perkara yang membawa faedah
d.
Sentiasa memilih dan menggunakan
perkataan-perkataan yang sopan dan sedap didengarinya.
e.
Sentiasa berfikir dahulu sebelum
mengucapkan sesuatu agar ia tidak menyinggung hati dan perasaan mereka.
f.
Sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Anak-anaK yang mengucapkan perkataan yang baik apabila bertutur dengan
ibu bapa akan sentiasa mendapat kerahmatan dan keredaan Allah SWT. Ini akan menjaminkan kehidupan yang lebih sempurna
di dunia dan di akhirat.
Jiusteru itu maka adalah dinasihati kepada sekalkian yang
berkenaan supaya melaksanakan tanggungjawab
mereka sebagaimana yang di dedahkan di atas semnoga anda sekalian beroleh kebahagian dan aman makmur.
Apabila setiap orang menghormati serta mengasihi ibu
bapa, dengan sendirinya mereka akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Sekian dahulu dalam perkara ini dan semua yang berkenaan
hendaklah mematuhi nasihat tesebut sermoga Allah SWT akan mengurniakan rahmat bahagia,
selamat sejahtera dan aman makmur,
Amin...!
Wassala mualaikum.......
-----------------oooooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment