Wednesday, 29 June 2011

Amalan Piuasa RAMALAN IBADAT PUASA Blog Siaran Ke 9 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ. 1. Puasa itu satu daripada rukun Islam. Maknanya menahan diri daripada sekalian yang membatalkan akan dia- bermula daripada terbit fajar hingga masuk mata hari waktu Maghrib. 2. Bermula Tahun ke 2 Hijrah bulan Ramadan diwajibkan Islam, Mukallaf, yang kuasa, tidak uzur, dalam mukim wajib berpuasa. 3. Allah s.w.t. mewajibkan ke atas kita semua umat Muhammad berpuasa di bulan Ramadzan. Ibadat puasa ini juga tidaklah tertentu kepada umat Muhammad sahaja bahkan umat perbakala pun ada diwajibkan berpuasa. Moga-moga dengan berpuasa itu kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t., dapat kamu menahan syahawat daripada berbuat maksiat. 4. Orang-orang yang tidak daya berpuasa dengan sebab sakit atau dalam perjalanan yang jauh maka bolehlah ditangguhkan puasa dan diqadza puasanya itu pada hari-hari yang lain. 5. Bagi orang yang tidak boleh mengqadzanya dengan sebab tuanya atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya maka hendaklah digantikan dengan fediah, iaitu memberi secupak makanan bagi tiap-tiap sehari kepada orang-oang fakir dan miskin jika ia ada kuasa memberinya. 6. Firman Allah s.w.t.dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 & 184 bermaksud: يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْ اكُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـِّكُمْ تـَتـَّـقُوْنَ.(183) اَيَّا مًا مَعْدُ وْدَتٍ ج فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًـا اَوْعَلىَ سَفَرٍ فَعِدَة ٌ مِنْ أ َيَّامٍ أ ُخَرَ ج وَعَلـَى الـَّذِيْنَ يُطِيْقـُوْنَهُ فـِدْيَتٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ج فَمَنْ تَطَوَّع َ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌلَهُ ج وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌلـَكُمْ اِنْ كـُنـْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ. (184) Ertinya: • Wahai mereka yang beriman, difardukan, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu takutkan Allah. • Beberapa hari yang berbilang-bilang, )29 atau 30) maka barang siapa ada daripada kamu itu sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka wajib baginya berpuasa qada pada hari-hari yang lain. • Dan atas orang-orang yang tidah sanggup mengerjakannya (jika mereka tida berpuasa) memberi fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa dengan kerelaan hatinya menegerjakan kebaikan (memberi makan lebih aripada seorang miskin) maka itu yang lebih baik baginya, dan bahawa puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” 7. Kedatangan Ramadzan bererti suatu peluang besar bagi orang-orang yang beriman untuk memperkayakan dirinya dengan ibadah, kerana pada bulan Ramadzan itu ditingkatkan nilai segala pahala, amalan sunat dinaikan pahalanya sama dengan amalan wajib pada bulan lain, amalan wajib yang dikerjakan pada bulan Ramadzan dilipatgandakan menjadi tujuh puluh kali ganda. Selaian dari itu pada bulan Ramadzan juga ada satu malam yang nilai pahala padanya sama dengan 1,000 bulan. 8. Syarat –syarat Puasa. • Beragama Islam yang aqal baligh. • Suci daripada haid dan Nifas • Bersempurna ‘akal sepanjang harinya. • Tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu (1) Hari Raya Puasa (2)Hari Raya Haji (3) Tiga hari tasyriq (4)Hari Syak, iaitu hari yang ke 30 bulan Syaaban. 9. Hikmat berpuasa • Melatihkan nafsu dan membiasakan dia pada menunaikan amanah bagi dirinya pada zahir dan bnatin. • Melemahkan shahawat dan keinginan nafsu yang menjadi punca bagi maksiat. • Merehatkan jentera tubuh badan. • Mendatangkan perasaan insaf, kesihan belas kepada orang yang miskin. • Memaksa sifat-sifat terpuji seperti sabar dan tekun dan lain-lain lagi. 10. Sunat bagi orang yang berpuasa: • Segerakan berbuka apakala telah yakin masuk matahari (waktu maghrib) • Bebuka dengan buah-buahan yang manis seperti korma yang masak atau air sejuk. • Melewatkan makan sahur hingga lepas daripada tengah malam dengan niat menguatkan puasa pada siangnya (hampir masa terbit fajar) 11. Niat berpuasa: Niat puasa Ramadhan bagi tiap-tiap malam:- نَوَيْتُ صَوْمَ غَـدٍ عَـنْ أ َدَا ءِ فَرْضِ الرَّمَضَانِ هـَذِهِ ا لـسَّـنـَـةِ للهِ تـَعَالىَ. ”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.” • Sayugia ia pada malam yang pertama daripada bulan Ramadan hendaklah ia berniat akan sekalian hari bagi bulan Ramadan mengikut pendapat Mazhab Maliki, kerana jika ia terlupa berniat pada satu malam daripada bulan Ramadan itu maka sah puasa puasanya itu juga. نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كـُلـِّهِ هَذّهِ للهِ تَعَالىَ • Sahaja ku puasa bulan Ramdhan sekaliannya kerana Allah Taala.” 12. Niat bacaan bagiberbuka puasa:- اَللـَّهُمَّ لـَـكَ صَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقـِكَ أ َفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يـَا أ َرْحـَمَ الـرَّحـَمَ الـرَّحِمِيْنَ. “Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengaasih” 13..Rukun berpuasa : • Niat – hendaklah niat di dalam hati antara Maghrib dan naik Fajar. Tidak sah berniat pada siang hari sekalipun ia terlupa berniat pada malamnya. Wajib ia qadha. Wajiblah juga dia menahan diri sebagai orang yang berpuasa. • Memeliharakan daripada sekalian perkara yang membatalkan puasa. 14. Yang membtalkan puasa: • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga daripada yang terbuka. • Muntah dengan sengaja • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau berkhayalan dalam perkara seks hingga terkeluar mani atau mazi • Jimak dengan sengaja pada siang hari. • Apabila terbatalnya puasa Ramadan itu dengan sengaja wajiblah ia qadhakannya. 15..Batal puasa kerana berjimak: • Wajib ke atasnya qaddha dan mambayar kifarah.(denda) • Kifarah itu ialah memerdekan seorang hamba Muslim, dan jika tiada upaya wajib berpuasa 60 hari berturut-turut dan jika tiada upaya juga wajib beresedekah 60 cupak (56 ½ kati) beras disedekahkan kepada 60 orang fakir miskin. 16.. Harus meninggalkan puasa: • Kuat sangka dengan puasanya itu akan memberi mudharat kepada dirinya seperti perempuan yang hamil dan sebagai lagi. • Kuat sangka akan memberi mudarat kepada orang lain seperti ibu-ibu yang mengandung. • Orang yang lemah kerana sangat tua • Orang yang musafir jauh hingga boleh sembahyang qasar –maka dia kenalah kadha puasanya itu. 17. Sunat bagi orang yang berpuasa : • Berbuka dengan buah-buahan. • Melewatkan makan sahur. • Membaca doa ketika berbuka puasa. • Membanyakkan beribadat pada siang dan malamnya. 18. Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa: • Memamah sesuatu barang yang tiada keluar daripadanya sesuatu,seperti getah. • Mandi berlebih-lebihanan. • Bersugi gigi kemudian daripada telah gelincir matahari • Mendakap atau memeluk isterinya berlebih-lebihan. 19. Melewat Qada Puasa: • Orang yang lalai qada puasa Ramadan hingga masuk Ramadan yang lain, wajib menqada puasanya itu dan wajib membayar fediah secupak beras bagi tiap-tiap setahun; seumpama ia meninggalkan puasanya satu hari dan diqadanya kemudian daripada tiga tahun, maka wajib qada puasanya sehari dan fediah tiga cupak beras. 20... Kesimpulan beberapa hukum sekitar Puasa Ramadhan menurut Mazhab Al-Shafe’i: (1) (1) – Rujukan “Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu ‘Ain’ oleh Akmal Hj.Mohd Zain terbitan Darul Nu’man dicetak oleh Erfan Hj.M.A.Ghani ,Wisma Yakin Kuala Lumpur m.s 245 - tahun 1994). (1). Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa sunat.(1) (2). Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum terbit fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk puasa Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu mestilah dengan ta’yin, yakni menyatakan puasa yang akan dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah diniatkan sebelum tergelincir matahari.(2) (3). Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3) (Kaffarah maknanya lihat para 15.diatas) (4). Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad Hambal.(5) (5). Waktu mulai puasa dari waktu imsak iaitu apabila telah terbit fajar sadiq. (Lihat taqwim Islam bagi masa yang tepat). (6) (6). Apabila seseorang perempuan yang sedang haid berniat puasa keesokan harinya sebelum haidnya berhenti, atau orang yang berhaid menurut kebiasaan dengan sebanyak-banyak waktu haid dan haidnya berhenti pada malam itu, maka sahlah puasanya, walaupun ia belum mandi haid.(7) (7). Apabila seseorang berkata ”Saya makan sahur untuk berpuasa, atau saya akan minum untuk mengelakkan kehausan pada siang hari, atau saya tidak makan, minum dan bersetubuh kerana khuatir terbit fajar,” maka sudah terlintas dalam hati seseorang keinginan untuk berpuasa, maka ia sudah dipandang sebagai niat puasa. Inilah pendapat yag tahqiq mazhab Shafei’i.(8) (8). Apabila seseorang itu lupa berniat pada malam hari hingga terbit fajar, maka tidak sah puasanya itu. Bagaimanapun dia wajib imsak (menahan diri) pada siang hari dan wajib mengqadha puasanya itu.(10) (9). Apabila seseorang itu berniat untuk puasa, tetapi di ragu- ragu apakah niatnya itu sebelum fajar atau sesudahnya, maka menurut para fuquha tiadalah sah puasanya kerana menurut hukum asal dia belum berniat. Tetapi jakalau dia berniat kemudian dia ragu-ragu apakah fajar telah terbit atau belum, maka sah puasanya, dengan pendapat kesepakatan seluruh fuquha Safi’iyah. (11) (10). Jika seseorang itu meyakini bahawa dia masih mempunyai hutang puasa, tetapi dia ragu apakah puasa itu puasa nazar, kaffarah atau puasa Ramadhan, maka hendaklah dia meniatkan puasa fardhu saja dan memadailah baginya.(13) (11). Jika seseorang yang sudah berpuasa pada siang hari, kemudian dia ragu apakah dia sudah berniat pada malamnya atau belum. Kemudian dia teringat bahawa dia sudah berniat setelah berlalu sebahagian besar daripada hari itu, maka puasanya adalah sah. (14) (12).. Jika seseorang sudah sangat tua, atau orang sakit yang tidak diharapkan sembuhnya bernazar puasa, maka tidak sah nazarnya, kerana atas mereka diwajibjan fidyah. Tetapi apabila orang itu adalah orang miskin yang tidak pula mampu untuk membayar fidyah, maka dia tidak wajib mebayar fidyah. Kerana perintah ini sama tarafnya dengan fitrah dan tidak tergolong kepada kaffarah.(16) (13).. Orang tua yang sangat lemah dan orang sakit yang tidak diharapkan lagi sembuhnya, tidak dibolehkan membayar fidyah sebelum masuk Ramadhan, tetapi hendaklah diberikannya sesudah terbit fajar setiap hari. (18) (14).. Orang musafir dan orang fakir yang tidak diharapkan untuk sembuh lagi, tidak boleh menggunakan Ramadhan untuk puasa yang lain selain daripada puasa Ramadhan, seperti puasa nazar, puasa kaffarah, puasa qadha mahupun pusa saunat. Kalau dilakukannya juga nescaya tidak sah puasanya, baik untuk puasa Ramdhan mahupun puasa yang diniatkan itu.(19) (15)..Apabila orang musafir jauh sampai balik di rumahnya pada siang hari Ramadhan dan didapatinya isterinya baru dalam keadan berbuka, umpamanya baru berhenti haidnya dan telah mandi, maka dia boleh mensetubuhi isterinya itu dan tiada kaffarah atasnya.(20) (16)..Apabila seseorang makan dia ragu tentang terbit fajar dan tidak nyata tanda baginya sesuatu apa pun sesudah dia makan, maka sahlah puasanya dan tiada qadha baginya. (22) (17).. Apabila seseorang yang sedang berpuasa menyangka bahawa matahari telah terbenam, kemudian dia melakukan persetubuhan. Setelah itu nyata baginya bahawa matahari belum terbenam, maka batallah puasanya itu dan wajib qada atasnya tetapi tidak wajib kaffarah.(23) (18)..Apabila seseorang bersetubuh pada malam hari dan dalam keadaan berjunub ketika masuknya waktu Subuh, dia belum mandi junub. Maka sah puasanya itu. Tetapi berdosa kerana tidak solat subuh. (24) (19)..Apabila fajar sudah terbit, sedangkan di dalam mulut masih ada makanan, maka jika langsung diludahkannya, sahlah puasanya. Tetapi jika ditelannya maka batallah puasanya dan wajib atasnya qada, kecuali apabila dia sudah berusaha meludahannya, namun sabahagian makanan itu masuk ke fdalam perutnya tanpa sangaja. (25) (20).. Apabila seseorang sedang bersetubuh, kemudian diketahuinya bahawa fajar sudah terbit, maka puasanya sah apabila dia mencabut zakarnya dan menghentikan persetubuhan itu ketika itu juga. Tetapi kalau dia masih goyangkan atau digerakkan walaupun hanya sekali gerakan, maka puasanya batal dan wajib atasnya qada serta kaffarah. Demikian pendapat Abu Hanifah dan sebahagiuan Ulama’. (26) (21).. Jika betis seseorang luka, kemudian dia berubat dan dijangka ubat itu sampai ke dalam daging betisnya kemudian terus ke perutnya, maka puasanya tidak batal, kerana betis itu bukan anggota tubuh yang berlubang. Hukum ini disepakati semua fuquha dan tiada perbezaan pendapat mereka. (27) (22).. Apabila seseorang memasukkan jarinya atau apa saja seperti najis yang keular dan masuk balik ke dalam duburnya, atau perempuan memasukkan jarinya atau apa saja ke dalam dubur mahupun qubulnya, maka batallah puasanya itu, walaupun sebahagiannya masih tinggal di luar. (29) (23)..Apabila seseorang menitikkan air atau minyak ke dalam telinganya, kemudian air atu minyak itu sampai ke otaknya maka batallah puasanya itu. (30) (24).. Jika seseorang itu menelan sesuatu, walaupun sangat kecil sepereti biji sawi, maka batallah puasanya itu. (31) (25).. Apabila sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi, kemudian ditelan dengan sengaja, maka batallah puasanya itu. (32) (26).. Menelan air ludah tidak mebatalkan puasa, kecuali apabila air ludah itu bercampur dengan yang lain dan berubah warnanya. Selain itu disyaratkan bahawa air ludah itu belum keluar melewati batas bibir, dan tidak sengaja dikumpulkan di dalam mulut kemudian di telan. Apabila begini maka batallah puasanya itu. (33) (27).. Apabila seseorang terepaksa muntah atau muntah tanpa disengajakan maka tidaklah batal puasanya itu. (34) (28).. Bahawa bersuntik itu membatalkan puasa. Tetapi jika keadaan darurat seperti jika tidak di suntik boleh menjadi keadaannya merbahaya maut maka keadaan itu di maafkan. Firman allah s.w.t. (35) وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ . (الحج 78) Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama. (Al-Haj ayat 78) (29)..Menyedut ubat melalui hidung dan ubat itu sampai ke otak menyebabkan puasanya itu batal. (37) (30)..Imam as-Shaffiei berpendapat bahawa apabila seseorang mencium istrerinya di siang hari semasa berpuasa, kemudian keluar air mazinya, tidaklah batal puasanya itu. Demikian juga pendapat al-Hassan, al-Auza’i, Abu hanifah dan Abu Tsaur. (38). Tetapi demikian pula pendapat Umar dan Abu Hurairah bahawa mencium istreri di bulan Ramdhan adalah makruh hukumnya, jika perbuatan itu menggerakakan syahawat. (39) (31)..Adalah makruh hukumnya bagi orang yang hendak berbuka puasa dengan mendahului berkumur-kumur kemudian meludahkannya.(40) (32).. Memeluk isteri atau merangkulnya sewaktu berpuasa lalu keluar air mani, membatalkan puasanya tetapi tidak kena kaffarah hanya qada puasanya itu (41). (33)..Apabila Seseorang yang merosakkan puasanya dengan bersetubuh, adalah berdosa dan dia diwajibkan membayar kaffarah dan qada puasanya itu. (42) (34).. Kaffarah kerana melakukan persetubuhan semasa berpuasa Ramadhan dengan istetrinya atau perempuan-permpuan lain hanya diwajibkan bagi suaminya atau lelaki tersebut, tetapi tidak bagi isterinya atau perempuan-perempuan lain. (43) (35)..Persetubuhan yang dilakukan ketika melaksanakan puasa nazar, puasa kaffarah, puasa qada, puasa jaza tidak dikenakan kaffarah. Tetapi bagi mereka yang sedang qada puasa Ramadhan menurut Qatadah melakukan persetubuhan di siang hari dikenakan kaffarah.(45) (36). Berbekam tidaklah membatalkan puasa, menurut Imam Shafieei. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Abu Hanifah dan Abu Daud. (46) (37)..Makan dan Minum atau mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa kerana lupa, tidaklah membatalkan puasa. Demikian juga pendapat Abu Hanifah. Dengan syarat dia cepat-cepat meninggalkan perbuatan itu bila ia teringat. (47) (38).. Apabila seseorang itu melakukan persetubuh kerana ia terlupa yang ia puasa tidaklah membatalkan puasa. Tetapi dia hendaklah meninggalkan perbuata itu apabila ia teringat. (48) (39)..Apabila seseorangitu yang sedang berpuasa dipaksa makan atau minum, diikat kemudian diperkosa atau diperkosa dalam keadaan tidur maka tidaklah batal puasanya itu. (49) (40)..Apabila seseorang dipaksa makan dan minum dengan sendirinya, Lantas dia makan atau minum, atau seseorang wanita yang dipaksa menyerahkan tubuhnya diperkosa, lantas dia menyerahkan tubuhnya, maka tidalah batal puasanya. Selain Imam Shafiei fuquha Syirazi, al-Ghazzali, al-Abdari dan al-Rafi’i berpendapat demikianjuga. (50) (41)..Apabila seseorang itu berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidungnya dengan berlebih-lebihan (lebih 3 kali) kemudian masuk air ke dalam kerongkongnya tanpa sengaja, maka batallah puasanya itu. Tetapi jika dia melakukan kedua-dua perkara tersebut dengan tidak berlebih-lebihan dan masuk air tanpa sengaja maka tidaklah batal puasanya itu. (51) (42).. Seseorang yang berbuka dengan sengaja atau tidak berpuasa Ramadhan pada bulan itu, tetapi tidak melakukan persetubuhan maka dia hanya wajib mengqada sebanyak hari yang ditginggalkannya, tidak dikenakan kaffarah. Demikikan juga pendapat Maliki,Hanafiah dan jumhur ulama’. (52) (43)..Seseorang yang melakukan persetubuhan berulang-ulang kali pada siang hari Ramadhan, hanya dikenakan satu kaffarah sahaja, baik dia sudah membayar kaffarah yang terdahulu atau belum.(53) (44)..Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan dalam bulan Ramadhan itu, maka dia wajib membayar kaffarah untuk masing-masing hari itu. Demikian pendapat Imam Malik, Abu Daud dan Ahmad Hambal. (54) (45)..Apabila seseorang itu Mengeluarkan mani dengan tangan atau istimna’ adalah berdosa dan membatalkan puasanya itu, dan wajib qada puasa tetapi tidak kena kaffarah.(55) (46).. Apabila seseorang itu mentakhirkan qada puasanya hingga sampai Ramadhan berikutnya, maka hendaklah dia mengerjakan puasa Ramadhan itu lebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan puasa qada, dan dia dikikenakan membayar fidyah. (56) (47)..Apabila seseorang melambatkan qada puasanya kerana sakit atau kerana musafir, maka dia hanya wajib membayar qada saja, tanpa membayafr fidyah. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu Hanifah. (57) (48)..Apabila seseorang itu Menqada puasa Ramadan adalah lebih baik dilakukan secara berturut-turut, tetapi tiada salahnya jika dikerjakan secara terpisah-pisah.(58) (49).. Apabila seseorang yang telah meninggal dengan meninggalkan qada puasa Ramadhan, maka tiadalah puasanya itu di puasakan oleh Walinya, tetapi hanya dengan memberikan fidyah. Jika ditinggalkan dua Ramadhan, maka untuk Ramadhan yang terdahulu diberikan setiap hari dua fidyah (dua mud atu cupak) dan untuk Ramadhan yang kemudian pula dibayarkan satu fidyah (satu mud atau cupak) (59) (50)..Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit, kerana safar atau kerana uzur-uzur syar’i lainnya dan dia tidak dapat diqadanya sebelum dia meninggal dunia, tiadalah dikenakan apa-apa atasnya dan tidak pula dibayarkan fidyah. Demikian juga pendapat Abu Hanifah dan Imam Malik serta para jumhur ulama’.(60) 21.. Akhir kalam: Marilah kita amalkan berpuasa bukan sahaja di dalam bulan Ramadzan tetapi juga puasa-puasa sunat seperti pada hari-hari Isnin dan Hari-hari Khamis dan banyak lagi. Fedahnya kita bukan sahaja mendapat pahala tetapi juga menyegarkan badan dan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik. Sekian, Wassala Mualaikum..... Terimakasih. Nota kaki: Catatan nombor Italic di hujung ayat yang bernombor (1) hingga (60) berarti Rujukan kepada kitab ”Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain –Ibadah Puasa” oleh Akmal Hj. Mohd.Zain Terbitan Darul Nu’man. Kuala Lumpur tahun 1994).amadzan 2011

Ehwal Semasa......!


                        Kawasan rumah yang bersih amat menyeronokkan.




             R&R di Lebun Raya - kami brehat semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumur pada 7 Jun 2011




                       Rumah ku syurga ku....!




                            Bergambar semasa hari raya puasa tahun 2010


AMALAN  IBADAT  PUASA
Blog Siaran Jun 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.



1.     Puasa itu satu daripada rukun Islam. Maknanya menahan diri daripada sekalian yang membatalkan akan dia- bermula daripada terbit fajar hingga masuk mata hari waktu Maghrib.

2.     Bermula Tahun ke 2 Hijrah bulan Ramadan diwajibkan Islam, Mukallaf, yang kuasa, tidak uzur, dalam mukim wajib berpuasa.

3.     Allah s.w.t. mewajibkan ke atas kita semua umat Muhammad  berpuasa di bulan Ramadzan.  Ibadat puasa ini juga tidaklah tertentu  kepada umat Muhammad sahaja bahkan umat perbakala pun ada diwajibkan berpuasa.  Moga-moga dengan berpuasa itu kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t., dapat kamu menahan syahawat daripada berbuat maksiat.

4.     Orang-orang yang tidak daya berpuasa dengan  sebab sakit atau dalam perjalanan yang jauh maka bolehlah ditangguhkan puasa dan diqadza puasanya itu pada hari-hari yang lain.

5.     Bagi orang yang tidak boleh mengqadzanya dengan sebab tuanya atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya maka hendaklah digantikan dengan fediah, iaitu memberi secupak makanan bagi tiap-tiap sehari kepada orang-oang fakir dan miskin jika ia ada kuasa memberinya.

6.  Firman Allah s.w.t.dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 & 184 bermaksud:
يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْ اكُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ
 الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـِّكُمْ تـَتـَّـقُوْنَ.(183)
اَيَّا مًا مَعْدُ وْدَتٍ ج فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًـا اَوْعَلىَ سَفَرٍ فَعِدَة ٌ
مِنْ أ َيَّامٍ أ ُخَرَ ج  وَعَلـَى الـَّذِيْنَ يُطِيْقـُوْنَهُ فـِدْيَتٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ج
فَمَنْ تَطَوَّع َ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌلَهُ ج وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌلـَكُمْ اِنْ كـُنـْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ. (184) 
Ertinya:
         Wahai mereka yang beriman, difardukan, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu takutkan Allah. 
         Beberapa  hari yang berbilang-bilang, )29 atau 30) maka barang siapa ada daripada kamu itu sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka wajib baginya berpuasa qada pada hari-hari yang lain.
         Dan atas orang-orang yang tidah sanggup mengerjakannya (jika mereka tida berpuasa) memberi fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa dengan  kerelaan hatinya menegerjakan kebaikan (memberi makan lebih aripada seorang miskin) maka itu yang lebih baik baginya, dan bahawa puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika  kamu  mengetahui.”

7.      Kedatangan Ramadzan bererti suatu peluang besar bagi orang-orang yang beriman untuk memperkayakan dirinya dengan ibadah, kerana pada bulan Ramadzan itu ditingkatkan nilai segala pahala, amalan sunat dinaikan pahalanya sama dengan amalan wajib pada bulan lain, amalan wajib yang dikerjakan pada bulan Ramadzan dilipatgandakan menjadi tujuh puluh kali ganda. Selaian dari itu pada bulan Ramadzan juga ada satu malam yang nilai pahala padanya sama dengan 1,000 bulan.

8.   Syarat –syarat Puasa.

         Beragama Islam yang aqal baligh.
         Suci daripada haid dan Nifas
         Bersempurna ‘akal sepanjang harinya.
         Tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang  diharamkan berpuasa iaitu (1) Hari Raya Puasa (2)Hari Raya Haji (3) Tiga hari tasyriq (4)Hari Syak, iaitu  hari yang  ke 30  bulan Syaaban.



9.   Hikmat berpuasa
         Melatihkan nafsu dan membiasakan dia pada menunaikan amanah bagi dirinya pada zahir dan bnatin.
         Melemahkan shahawat dan keinginan nafsu yang menjadi punca bagi maksiat.
         Merehatkan jentera tubuh badan.
         Mendatangkan perasaan insaf, kesihan belas kepada orang yang miskin.
         Memaksa sifat-sifat terpuji seperti sabar dan tekun dan lain-lain lagi.

10.  Sunat bagi orang yang berpuasa:

         Segerakan berbuka apakala telah yakin masuk matahari (waktu maghrib)
         Bebuka dengan buah-buahan yang manis seperti korma yang masak atau air sejuk.
         Melewatkan makan sahur hingga lepas daripada tengah malam dengan niat menguatkan puasa  pada siangnya (hampir masa terbit fajar)


11.    Niat berpuasa:

Niat puasa Ramadhan bagi tiap-tiap malam:-
نَوَيْتُ صَوْمَ غَـدٍ عَـنْ أ َدَا ءِ فَرْضِ الرَّمَضَانِ
هـَذِهِ ا لـسَّـنـَـةِ للهِ تـَعَالىَ.
”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah  Taala.”

         Sayugia ia pada malam yang pertama daripada bulan Ramadan hendaklah ia berniat akan sekalian hari bagi bulan Ramadan mengikut pendapat Mazhab Maliki, kerana jika ia terlupa berniat pada satu malam daripada bulan Ramadan itu maka sah puasa puasanya itu juga.

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كـُلـِّهِ هَذّهِ للهِ تَعَالىَ
          Sahaja ku puasa bulan Ramdhan sekaliannya kerana Allah Taala.”

12.    Niat bacaan bagiberbuka puasa:-
اَللـَّهُمَّ لـَـكَ صَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقـِكَ أ َفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ
 يـَا أ َرْحـَمَ الـرَّحـَمَ الـرَّحِمِيْنَ.
Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengaasih”



13..Rukun berpuasa :

         Niat – hendaklah niat di dalam hati antara  Maghrib dan naik Fajar. Tidak sah berniat pada siang hari sekalipun ia terlupa berniat pada malamnya. Wajib ia qadha. Wajiblah juga dia menahan diri sebagai orang yang berpuasa.
         Memeliharakan daripada sekalian perkara yang membatalkan puasa.

14.    Yang membtalkan  puasa:

         Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga daripada yang  terbuka.
         Muntah dengan  sengaja
         Mengeluarkan mani dengan sengaja atau berkhayalan dalam perkara seks hingga terkeluar mani atau mazi
         Jimak dengan sengaja pada siang hari.
         Apabila terbatalnya puasa Ramadan itu dengan sengaja wajiblah ia qadhakannya.

15..Batal puasa kerana berjimak:

         Wajib ke atasnya qaddha dan mambayar kifarah.(denda)
         Kifarah itu ialah memerdekan seorang hamba Muslim, dan jika tiada upaya wajib  berpuasa 60 hari berturut-turut dan jika tiada upaya juga wajib beresedekah 60 cupak (56 ½ kati) beras disedekahkan kepada 60 orang fakir  miskin.

16..    Harus meninggalkan puasa:

         Kuat sangka dengan puasanya itu akan memberi mudharat kepada dirinya seperti  perempuan yang  hamil dan sebagai lagi. 
         Kuat sangka  akan memberi mudarat kepada orang lain seperti ibu-ibu yang mengandung.
         Orang yang lemah kerana sangat tua
         Orang yang musafir jauh hingga boleh  sembahyang qasar –maka  dia kenalah kadha puasanya itu.

17.    Sunat bagi orang yang berpuasa :

         Berbuka dengan  buah-buahan.
         Melewatkan makan sahur.
         Membaca doa ketika berbuka puasa.
         Membanyakkan beribadat pada siang dan malamnya.


18.   Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa:

         Memamah sesuatu barang yang tiada keluar daripadanya sesuatu,seperti getah.
         Mandi berlebih-lebihanan.
         Bersugi gigi kemudian daripada telah gelincir matahari
         Mendakap atau memeluk isterinya berlebih-lebihan.


19.  Melewat Qada Puasa:

         Orang yang lalai qada puasa Ramadan hingga masuk Ramadan yang lain, wajib menqada puasanya itu dan wajib membayar fediah secupak beras bagi tiap-tiap setahun; seumpama ia meninggalkan puasanya satu hari dan diqadanya kemudian daripada tiga tahun, maka wajib qada puasanya sehari  dan fediah tiga cupak beras.

20...   Kesimpulan beberapa hukum sekitar Puasa Ramadhan menurut Mazhab Al-Shafe’i: (1)

(1) – Rujukan “Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu ‘Ain’ oleh Akmal Hj.Mohd Zain terbitan Darul Nu’man dicetak oleh Erfan Hj.M.A.Ghani ,Wisma Yakin Kuala Lumpur m.s 245 - tahun 1994).


                 (1).  Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan
                 Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa
                 sunat.(1)

           (2).    Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum terbit
            fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk puasa
           Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu
            mestilah dengan ta’yin,  yakni menyatakan puasa yang akan
           dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah diniatkan
            sebelum tergelincir matahari.(2)


           (3).     Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia
             bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib
             kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3)
            (Kaffarah maknanya  lihat para 15.diatas)

          (4).   Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa
             Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun
             puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad
            Hambal.(5)

         (5).   Waktu mulai puasa dari waktu imsak iaitu apabila telah terbit
            fajar sadiq.   (Lihat taqwim Islam bagi masa yang tepat). (6)

             (6).   Apabila seseorang perempuan yang sedang haid berniat
              puasa   keesokan harinya sebelum haidnya berhenti, atau orang
              yang  berhaid menurut kebiasaan dengan sebanyak-banyak
              waktu haid dan haidnya berhenti  pada malam itu, maka sahlah
              puasanya, walaupun ia belum mandi haid.(7)

Friday, 24 June 2011

Petua mendapatkan sayang suami.



PETUA MENDAPAT KESAYANGAN SUAMI. TIP THE BELOVED HUSBAND. Siri 24. Series 24.

Penulis telah membincangkan dalam dua rencana yang lalu mengenai isteri solehah dan petua-petua untuk menambahkan kesayangan suami,maka di sini disambung lagi dengan huraian yang terperinci.
The author has discussed in two previous articles about her righteous and tips to add her husband's favorite, so here again is connected with the detailed description.

1. 1. Berhias dan mewmakai harum-haruman. Decorated and sweet-scented mewmakai.

Perkara yang membuat hati suami senang dan merasa terpikat melihat isterinya iaitu ketika melihat isterinya dalam keadaan bersih dan rapi.
 Things that make hearts happy husband and wife was impressed to see that when he saw his wife in a clean and tidy.
 Pakaiannya bersih, wajahnya bersri-seri, rambutnya disikat dengan cara yang menawan hatinya, kemudian ia mmakai harum-haruman yang menyenangkan.
 Clean clothes, his face bersri-tie, his hair combed in a way that captivated him, and he mmakai sweet-scented fun.
 Zaman sekarang kebanyakan wanita Islam memakai tudung kepala di luar rumah, tetapi cara bertudung itu dibuat menampakkan lebih manis lagi.
Nowadays many Muslim women wear a head covering out of the house, but the hood is made showing how much more sweet.

Agar kebahagian suami isteri tetap terjamin dan harmoni, agama Islam menganjurkan kepada isteri muslimah berhias dengan bersih dan menawan untuk suaminya.
 For the happiness of husband and wife remain secure and harmonious, organized religion of Islam to Muslim wife decorated with clean and attractive to her husband.

2.. 2 .. Penuh kehangatan dan kerinduan. Full of warmth and longing.

Suatu perkara yang dapat menjadi penawar keletihan suami ketika pulang dari tempat kerja atau dari tempat yang jauh iaitu ungkapan penuh kerinduan terhadapnya.
One thing that can be healing when tired husband home from work or from a remote place of the full expression of longing to it.
 Isteri yang bijak dan cerdas pasti akan menyambut kedatangan suaminuya itu dengan penuh kesayangan dan kehangatan.
Wife of a wise and intelligent would be welcome suaminuya it with compassion and warmth.
 Orang-orang Barat mereka sudah menjadi kebiasaan menanti kepulangan suaminya dengan menghiasi diri dengan sehabis-habis seksi sekali.
The people of West they have a habit of waiting for husband to return to adorn themselves with after-depleted sexy at all.
Isteri memeluk suami dan suami mencium sayang pada isterinya semasa menyambut kepulangan suaminya itu.
 Husband and wife hugging her husband and kissed the baby on his wife during her husband's return was welcomed.
Alangkah bahagianya keadaan suasana suami isteri setiap masa.
What will be the atmosphere of a husband and wife each time.

3.. 3 .. Wajah yang berseri-seri -  Radiant face

Ketika menyambut kepulangan suami, baik dari tempat kerja, maupun lebih-lebih lagi ketika pulang dari tempat yang jauh, berusahalah untuk menyambut dengan wajah yang cerah dan biarlah nampak berseri-seri.
While welcoming the return of her husband, both in the workplace, and even more so when returning from a distant place, try to celebrate with a bright face and let the radiant looks.
Jangan ada terpalit dengan bedak sejuk yang bertumpuk-tumpuk yang meluat suami memandangnya.
Do not have terpalit with powder, cold-stacked pile of her husband looked disgusted.
Kenalah senyum, kerana senyuman dan wajah yang manis itu merupakan motivasi bagi suami untuk terus hidup dengan aman, sekaligus merupakan sumber ilham untuk menciptakan kebahagian hidup rumahtangga.
 Informed that a smile, because that sweet smile and face that is the motivation for the husband to continue to live in peace, as well as a source of inspiration to create happiness home.

4.. 4 .. Menyampaikan Berita. - Delivering news.

Isteri yang cerdas dan yang berfikirann waras tidak akan menyampaikan apa-apa perkhabaran, berita, apa-apa kesah yang berlaku semasa ketiadaan suaminya di rumah semasa kepulangan suaminya.
Wife who is smart and sensible berfikirann will not convey any message, news, any complaining that occurred during her absence at home during her husband's return.
Ia akan menanti satu masa yang sesuai, yang hening masanya, yang fikiran sauaminya dalam tenteram barulah ia menceritakjan atau menyampaikan perkara tersebut.
It will wait for a suitable time, the silent era, the peace of mind then it sauaminya in menceritakan or deliver the item.

5..Melembutkan suara. 5 .. Softens the sound.

Di antara kelebihan wanita adalah suaranya yang indah dan lembut.
Among the advantages of women are beautiful and soft voice.
Maka gunakanlah kelebihan ini untuk menghiburkan hati suami dan menggodanya agar ia sentisa tertarik dengan isteri yang menjadi idamannya.
So use this advantage to the heart of her husband and teasing him for it sentisa wife became interested in dreams.

6.. 6 .. Menyiapkan hidangan.  - Preparing meals.

Jika suami pulang ke rumah misti ada satu hidangan untuknya, lebih-lebih lagi pada waktu makan.
 If the husband returns home Misti is a dish for him, especially at mealtimes.
Carikan hidangan yang sentiasa digemarinya, sebagai isteri sudahalh tentu tahu apa yang diminatnya.
Find favorite dishes ever, as a wife would know what sudahalh diminatnya. Maka itulah yang diutamakan. And that is preferred.

7..Membersihkan tempat tidur. 7 .. Clean bed.

Biasanya sauami ketika pulang ke rumah ia akan menuju ke bilik tidur atau ke dalam kamar untuk menukar pakaian.
Sauami usually go home when it goes to the bedroom or into the room to change clothes.
Justeru itu tempat tidur hendaklah dihiaskan dengan ceria, yang menyenangkan hati melihatnya.
Hence, the bed should be adorned with a cheerful, gentle look.
Ada kala suami akan brehat sebentar untuk melepaskan penat lelanya.
There was a moment when her husband will brehat lelanya to recover.
 Ada kalanya ia juga mungkin akan melepaskan geramnya pada isteri yang telah bersolek dan berhias dengan segak itu.
Sometimes it is also likely to release her fury on the make-up and decorated it with fresh.
Oleh itu bilik tidur mistilah yng terbaik baginya.
Thus bedroom mistilah yng her best.

Sekian dahulu , Wassala mualaikum......
Long ago, Wassala mualaikum ......

------------------oooooooooooo------------------------


Tuesday, 21 June 2011









                         Jalan yang utama di Parit Buntar. Sekarang sedang sibuk
                         kerana membina jambatan melintasi lintasan  keretapi


                          Banyak rakyat mengeluh kerana minyak petrol naik harga....Satu Malaysia.....!




Jauhkan Amalan  Takbur dan Bangga Diri    

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang  lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.

Jauhkan Amalan Takbur


1. Apakah Itu Takbur dan Bangga Diri ?

Takbur Batin iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati
Takbur Lahir iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.

2.. Ketahuilah ada 7 Sifat Takbur

a.     Kerana K eturunan
b.     Kerana  kecantikan
c.      Kerana Kekuatan
d.     Kerana Kekayaan
e.      Kerana banyak wang
f.       Kerana Ilmu.
g.     Kerana ‘Alim

3..Ciri-Ciri Takbur dan Sombong
         Memandang rendah dan menghina orang lain darinya.
         Meanggap diri sudah berilmu dan merasa megah terhadap diri.
         Meanggap dia dari keturunan yang mulia dan orang lain rendah taraf darinya.
         Dia Bercakap sentiasa meninggikan diri dan dia tahu semua.

4.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

Firman Allah s.w.t. 

إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

  Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan     
                                    (Al-Mukmin ayat 60)

كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً
مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ.

“ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat ankara.       (Al-IMukmin ayat 35)   631

Sabda Rasulullah s.a.w
لاَ يـَدْ خـُلُ الـْجـَنـَّة َمـَن َ كـَا ن َ فـِيْ
قـَلـْبـِهِ مـِثـْقـَا لُ حـَبـَّةٍ مـِنْ
خــَرْ دَ لٍ فِيْ مـِنْ كـِبـْرٍ .

         Tidak akan masuk syurga  orang  yang di dalam hatinya memendam  sebesar biji sawi dari sifat sombong.
             (H.R Bukhari dan Muslim).632

Sabda Rasulullah s.a.w

ثـَلآث ُمـُهـْلـِكـَاتُ :شـُح ٌمـُطَاع ٌ وَهـُوَ
مـُتــَّبـَع ٌ, وَإ ِعـْجـَابُ الـْمـَرءِ بـِنـَفـْسِه ِ.
Tiga perkara akan membinasakan diri manusia iaitu (1) bakhil yang diikutkan,, (2) hawa nafsu yang diturutkan dan (3) seseorang yang suka membangga-banggakan diri  sendiri.
                 (H.R. Abu Hurairah r.a.) 664

5..   Hakikat Takbur dan Bahayanya.

a.Sifat takbur  kelak di akhirat akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga, sebab ia merupakan penghalang antara seorang hamba dengan berbagai-bagai akhlak dan budipekerti kaum mukminin.

  b. Akhlak yang baik dan budi pekerti yang terpuji menjadikinci penentu dirinya ke syurga sedang sifat takbur dan membesarkan diri menyebabkan tertutupnya semua pintu-pintu syurga.


6.. Perasaan Orang Takbur dan Sombong (16)

                a. Ia tidak mencintai kaum muslimin.
b.     Ia tidak akan merendah dirinya
c.      Ia tidak menjauhi perasaan hasad dengki dendam.
d.     Ia tidak akan bercakap benar
e.      Ia tidak akan menjauhi sifat marahnya
f.       Ia amat gemar mengumpat dan mengejek.orang.

7.. SEORANG  ITU MENJADI TAKBUR  DAN SOMBONG (17)

               a. Takbur  keraan keturunan
               b. Takbur  kerana kecantikan
               c. Takbur kerana  kekuatan
              d. Takbur kerana kekayaan
              e. Takbur kerana banyak wang
              f. Takbur kerana  banyak ilmu    
              g.Takbur kerana wara’ dan ‘alim

8.. Takbur Kerana Keturunan  (19)

a.     Orang yang takbur kerana keturunanya hendaklah mengubati hatinya dengan mengingati bahawa anggapan itu suatu kebodohan dan hendaklah  mengetahui bahawa kejadiannya adalah dari benda yang hina dan kotor. Bagaimana boleh ia katakan yang ia dari keturunan yang mulia.

b.     Ayah dan dato’ neneknya itu ibarat setitis air mani yang kotor dan dato’nya itu juga adalah ibarat tanah yang  telah hancur dalam perut bumi.  Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran surah Al-sajadah ayat 8 - 9 :-


ثــُمَّ جـَعـَلَ نـَسـْلـَه ُمـِنْ سُلـَلـة ٍ مـِنْ مـَّاءٍ  مـَّهـِيـْن ٍ (8)
ثـُـمَّ سـَـوَّــه ُوَنـَفـَخَ فـِيهِ مـِن رُّو حـِه ِج وَجـَعـَلَ
 لـَكـُم ُالسـَّمـْعَ وَاْلأ َبـْصَرَوَ اْلأ َفـْـءـِدَة ُقـَلـِيلاً
مـَّا تـَشـْكـُرُون َ(9)
Ayat 8.  Dia (Allah) jadikan anak-anak cucunya (keturunannya) dari sari air hina (mani).Ayat 9. Kemudian Dia (Allah) sempurnakan (kejadiannya) dan Dia  tiupkan ruh kedalamnya, dan Dia adakan untuk mu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih (kepadaNya). (As-Sajaddah 8 & 9)


9. Takbut Kerana Kecantikan

a.     Ada orang suka bermegah dirinya kerana rupanya cantik, lalu ia megan dan takbur. Ia sentiasa ingat kecantikan  dirinya itu lebih dari orang lain dan merasa begitu sombong sekali. Ia ingat kecantikannya akan kekal selama-lamanya.

b.     Hendaklah meneliti batinnya dan apa yang dikandung oleh badannya 
          nescaya ia akan dapati  badannya mengandungi berbagai kekototoran,
          kerana manusia itu dijadikan dari kekotoran bila ia mati menjadi
          bangkai. Sedangkan segala kecantikannya itu tidak kekal. akan
          musnah bila-bila masa.

c.      Seseorang hendaklah ingat  semuanya itu kurniaan Allah dan Allah
     amat murka orang yang sombong dan takbur.   Aabila seseorang itu
     telah ingat semua perkara-perkara itu nescaya ia akan hilang segala
    takbur dan sombong dirinya.

10..  Takbur Kerna Kekuatan

a.     Allah memberikan badannya besar dan ia merasa megah dan takbur
     kerana ia mempunyai kekuatan.
b.     Ia menyombongkan diri dengan orang lain dan takbur kerana ia merasa dirinya gagah.
c.      Ia bercakap takbur dan bersikap angkuh dan nmemandang rendah terhadap orang lain.

d.     Akibat dan padahnya. Seseorang itu hendaklah ingat apabila ia takbur dan merasa gagah maka Allah mudah mengenakan dirinya diserang penyakit. Ia sudah terjatuh dalam golongan syirik kerana ia merasa megah dari Allah pada hal Allah Maha Gagah dan Kuat
     Amalannya akan dihapus selagi ia tidak bertaubat.

e.      Hendaklah insaf diri kerana tiada siapa yang megah dari yang megah. Tiada siapa yang gagah dari yang gagah.
     Sentiasa ingat Allah yang memberi dan Dialah yang akan
      mengambil balik.

11..Takbur Karana Kekayaan

a.     Seseorang itu merasa megah dan ia pun bersifat  takbur kerana kekayaan mempunyai rumah besar,kerata mewah, dan harta banyak.
     Ia berlagak bercakap besar dan menghina orang yang miskin .
     Ia merasa hina bergaul dengan orang bawahnya kerana megah ia kaya.

b.     Bahaya dan padahnya. Seseorang itu lupa bahawa segala kekayaan,
     kemewahan  dan kemegahan itu dengan sekelip mata sahaja Allah 
     boleh mengubahnya jika ia berterusan sombong dan bongkak serta
     takbur diri. Orang yang sombong bongkak dan takbur di dunia jauh  
     dari syurga.

c. Sabda Rasulullah s.a.w.
          pabila  anak Adam itu meninggal dunia hanya tiga perkara sahaja yang
          dibawanya ke akhirat:-
             (1). Ilmu yang bermanafaat.
             (2).  Sedekah jariah yang dibuat.
             (3).  Anak-anak yang sentiasa mendoakan baginya.

c.      Cara menjauhkan dari takbur ini.  Seseorang itu hendaklah ingat ia akan kembali papa kedana bila Allah s.w.t. membakar gedongnya, merugikan sahamnya, harta kekayaannya musnah pada suatu hari nanti jika ia masih bersifat demikian. Hendaklah mengambil iktibar dengan beberapa kejadian yang berlaku sehari-hari di dunia ini.

12.  Takbur Kerana Banyak Ilmu (34)

a.       Seseorang itu sudah anggap banyak ilmu yang ia ada lalu ia
      sentiasa megah, sombong dan takbur.
b.      Ia sentiasa meninggi-ninggikan diri dan anggap orang lain rendah darinya.
c.       Ia sentiasa menunjuk-nunjuk yang ia berperasaan sudah banyak ilmu.
d.      Bahaya dan padahnya.

Hendaklah ia menyedari bahawa balasan orang yang megah dan takbur kerana ilmu itu amat berat sekali. Allah tidak dapat memaafkan walau satu per sepuluh sekalipun, melainkan ia bertaubat nasuha.
Ini kerana ia menderhaka pada Allah sedangkan ia mengetahui



e.       Cara mengatasinya:

        Hendak ia sedar perkara seperti yang tetsebut di atas tadi.
        Hendaklah ia insaf  bahawa sifat takbur dan membesar diri
        kerana berilmu tidak layak bagi sesia pun.  Selalu ia ingat
        bahawa sifat takbur dan membesar diri itu di murkai Allah s.w.t.


13.. Takbur Kerana Wara’ dan ‘Alim

Alangkah cepatnya perasaan takbur menyerap dalam diri para ulama’ sekejap sahaja mereka merasa diri serba cukup dan dada penuh ilmu. Pandangan mereka semua orang itu bodoh dan meanggap diri mereka tinggi dan utama di sisi Allah s.w.t

Munkin ilmu yang ada itu bukan haqiqi kerana jika haqiqi ia akan tahu haram dan dosa.Munkin orang alim itu ada ilmu yang haqiqi tetapi batinnya masih kotor lagi, jiwanya busuk dan akhlaknya masih keji. Sebenarnya ia belum lagi berusaha untuk membersihkan dirinya maka tinggallah sebagai jiwa yang kotor.


Dalam amal ibadat juga ada sifat sombong dan hina. Seperti orang banyak beribadat timbul dalam hatinya takbur. Ia harap orang ramai selalu menyebut tentang waraknya. Ia memandang semua manusia akan binasa hanya dirinya kerana ibadatnya yang banyak, dan anggapan in membinasakan dirinya.

Bahaya dan padahnya

Firman Allah s.w.t.
كـَذ َلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عـَلىَ كـُلِّ قـَلـْبً مـُتـَكـَبـِّرً جـَبـَّار ٍ

Ertinya. “ Begitulah Allah menutup setiap hati orang yang sombong yang bersifat angkara”
                              (Al-Mukmin ayat 35)

14.. Adakah Takbur dan Sombong itu dilarang ?

         Firman Allah s.w.t.  
إ ِنَّ الـَّذ ِيـْن َ يـَسـْتـَكـْبـِرُون عن عـِبـَاد َتـِيْ
سـَيـَد ْخـُلـُوْن َجَهـَنـَّم َ د َاخـِر ِيـْن َ. (المؤمن 60)

         Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahanam dengan menderita penuh kehinaan     
                                    (Al-Mukmin ayat 60)

              Sabda Rasulullah s.a.w. :-
     
كـَفىَّ بـِالـْمـَرْ ء ِ شـَرَّا أ َ ن ْ يـَحـْقـِرَ
أ َخـَاه ُالـْمـُسْلـِم َ.

         Ertinya: “ Cukuplah bagi seseorang itu dikira jahat dengan memandang hina terhadap saudaranya yang muslim.”
                (.H.R. Bukhari dan Muslim)

    Sabda Rasulullah s.a.w. :33 6

طـُوْبُى لـِمـَنْ تـَوَاضـَّعَ فـِي غـَيـْرِ مَسْكـَنـَةٍ,
وَانـْفـَق َ مـَا لاَ جـَمـْعـَهُ فِي غـَيـْر ِ مـَعـْصِيـَة ٍ
وَرَحـِمَ أَهـْلَ الـذ ُّلَ وَالـْمَسـْكـَنـَة ٍ, وَخـَا لـَط َ
أ َهـَلَ أ لـْفـِقـْهِ وَالـْحـِكـْمـَة ِ .

  Maksudnya: “Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang  membelanjakan  harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat, begitu juga  orang yang suka menaruh belas kasihan tehadap si hina dan si miskin, atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmah.               
                              (H.R. At-Termizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.





مـَن ْتوَاضَعَ لِلهِ رَفـَعـَهُ اللهُ, وَمـَن ْتـَكـَبـَّرَ
وَضَعـَهُ الله, ُ وَمـَن ِاقـْتـَصَدَ أ غـْنـَانـَه ُ اللهُ,
وَمـَن ْبـَذ َرَأ َفـْقـَرَهُ اللهُ,  وَمـَن ْ أ  َ كـْثــَرَ
ذ ِكـْرِ الله ِ أ َحـَبــَّه الله ُ.
(رواه مسليم)

  Bermaksud”
Barang siapa merendah diri kerana Allah, nescaya ia kan ditinggikan oleh Allah darjatnya. Barang siapa menyombong diri  pula, nescaya akan dijatuhkan  oleh Allah kedudukannya. Barang siapa berekonomi, nescaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya. Barang siapa boros nescaya nescaya ia akan dimiskinkan Allah keadaannya, dan barangsiapa yang sentiasa ingatan kepada Allah, nescaya ia akan dicintai oleh Allah s.w.t. 
                                                                (HR. Bukhari dan Muslim)

15.. KESIMPULAN

         Sifat takbur dan sombong sesama manusia apatahlagi kaum Muslimin itulah kelak  di akhirat nanti akan jadi penghalang  seorang hamba ke syurga.
         Sebab  ia di dunia penghalang dengan akhlak buruk, sombong dan takbur dengan kaum mukminin.
         Akhlak yang baik  dan budi pekerti yang terpuji kunci bagi ianya ke syurga.
         Mukmin hendklah ikuti segala budi pekerti yang terpuji dan sifat merendah diri yang menjadi akhlak dan budi pekerti Rasulullah s.a.w.
         Baginda berjabat salam dengan si kaya dan si miskin.Baginda dahulu memberi salam pada tetamu sahabat dan rakan. Baginda murah hati tanpa boros. Prinsip Baginda hidup merendah diri dan cara miskin lebih utama dari hidup mewah dan kaya raya.

16..  Penutup - Harapan Kita

Kita bermohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungi daripada segala rupa  takbur dan bangga diri untuk kita beroleh selamat dari azab Allah di akhirat kelak.

Wassala mualaikum

Selamat Bertemu Lagi Dalam Program Blog Santapan Rohani
Ehwal Islam


Sekian…..
  والسلام عليكم ورحمة الله.
Jumpa lagi masa akan  
         datang.

          ----------------------oooooooooooooo------------------