Friday, 3 June 2011

Jangan Amal Dengki-Berdengki

Bergambar ramai Mahasiswa-siswi, Polis Daerah, Kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu,Serdang,Kedah setelah selesai bergotong royong mencuci kawasan  masjid Permatang Pasitr,Bandar Baharu pada 1 Jun 2011 Amalan seperti ini amatlah dituntut Allah s.w.t. Mereka ini dapat pahala bersedekah dalam bentuk sumbangan tenaga mereka.  Terima kasih kepada semua merekayang terelibat...

JANGAN DENGKI BERDENGKI.

Ketahuilah bahawasanya Dengki -mendengki itu merupakan  dari sifat dendam yang tercela. Sifat dengki dan hasad itu ada dua perkara:
a.     Rasa kurang senang terhadap nikmat yang di terima oleh orang lalin, lalu mengharap-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya.

b.    Kadang-kadang dia tidak mengharapkan nikmat itu lenyap tetapi dia menginginkan nikmat yang serupa itu dapat bagi dirinya juga.
Sesungguhnya sifat dengki dan hasad ini adalah haram dari segi agama Islam, kecuali jika mengharapkan sifat jahat orang lain itu terhapus  daraipadanya.   Mengenai pengharaman sifat  dengki dan hasad ini adalah disebabkan dianya membenci atau memurkai qada’ pemberian Allah s.w.t. kepada seseorang itu. Ketahuilah al-Quran membidas orang yang bersifat seperti itu.
FirmanNya:-
إِن ْ تـَمْسَسْكُمْ حَسَنَة ٌ تـَسُؤْهُمْ وَإِنْ تـُصِبْكُمْ
سَيِّــءـَة ٌيـَفـْرَحُوْا بِها.
(ال عمران اية  120)
Ertinya: Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat keburukan,maka mereka pun merasa gembira ria kerananya. (Ali-Imran ayat 120)

Sabda Rasulullah s.a.w.”

لَا تـَحَا سَد ُوْا وَلَا تـَقـَا طَعُوْا وَلَا تـَبـَا غَضُوْا وَلَا
تـَدَابَرُوْا وَكُوْنـُوْا عِبَادَ للهِ إِخْوَانـًا كَمَا أ َمَرَكُمُ اللهُ.
Ertinya :
Dari Abi Hurairah r.a., katanya. ”Telah bersabda Rasulullah s.a.w:  ”Janganlah kamu berdengki-dengkian, jangan putus memutuskan solatirrahim, jangan benci membenci, jangabn musuh memusuhi, tetrapi jadilah kamu sekaklian sebagaihamba-hamba Allah yang bersaudara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. ke atas kamu.”                            (H.R Bukhari dan Muslim)

”Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkan (dalam kehinaan), dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakanya.”

”Taqwa itu di sini – kata Nabi s.a.w. sambil menunjuk ke dadanya tiga kali,  Sudah cukup banyak kejahatan seorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam.  Sekalian  orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya,”

Penawar untuk melenyapkan penyakit dengki.

Ketahuilah bahawasanya hasad dan dengki itu adalah di antara penyakit-penyakit yang kronik di dalam hati.  Hati yang diserang oleh penyakit dengki itu tiadalah boleh disembuhkan kecuali dengan ilmu pengetahuan dan amalan. Pengetahuan yang dimaksudkan itu ialah anda hendaklah  mengetahui ialah dengki itu merbahaya bagi diri anda, sama ada dalam urusan keduniaan mahupun urusan keagamaan.  

Ketahuilah pula bahawa dengki itu sebenarnya tidak akan membahayakan orang yang di dengki dalam urusan keduniaannya mahupoun dalam urusan keagamaannya,  malah ia akan mendapat faedah daripadanya.  Jika anda telah maklum perkara itu dengan mata hati anda maka hendaklah membuat diri anda menjadi tidak ingin menjadi seteru pada orang itu, anda buatkan ia pula sebagai rakan baik anda, dan anda hendaklah ingat bahawa jika diri anda orang buatkan dengki seperti itu apa pula rasanya.Anda hendaklah ingat bahawa perasaan dengki itu dalam diri anda adalah anda telah menentang pemberian Allah yangdiberikan krepada orang itu. Anda telah menyangkal nikmat Allah yang diberikan pada orang itu. Anda harus ingat Rukun Iman bahawa qada dan qadar telah ditentukan Allah s.w.t., mengapa anda tidak meredainya?
Maka jikalau bergitulah kesudahannya, maka yakinlah anda bahawa dengan menaruh dengki terhadap orang  lain, anda telah menjadi musuh kepada diri sendiri dan kawan itu pula kepada musauhmu.  Sebab apa yang anda  lakukan itu adalah membawa kecelakaan bagi diri anda di dunia dan akhirat, manakalah mendatanagkan manfaat pula kepada musuhmu di dunia dan
di akhirat.  Selain itu anada kelihatan sebagai seoranga yang tercela di sisi Allah Yang Maha Pencipta dan di hadapan makhluk ramai, juga sebagai seorang yang celaka di hari kini dan di hari akhirat. Itulah ubat dengki yang mujarab sekali.

Sekian dahulu untuk renungan bersama.
              --------------------oooooooooooooo-----------------
Nota kaki: Rujukan dari ”Kitab Bimbingan Mukminin” muka surat 549) oleh Imam Ghazali, terjemahan dari Pustaka Nadional Pte.Lts. Singapura tahu 2989.



















No comments:

Post a Comment