Monday, 6 June 2011

Di Alam Kubur......!






PEMBALASAN  DAN  SIKSA  KUBUR


Penulis ingin membawa para pembaca sekalian mengenai siksa kubur dan nikmat kubur.  Tidak seorang pun dapat mengetahui keadaan di kubur, kecuali Allah s.w.t. yang mengetahuinya, oleh kerana siksa atau nikmat kubur sudah diatur oleh Allah,  sebagaimana halnya orang yang mendapat mimpi bukanlah kehendak orang tidur itu sendiri.

Diterangkan dalam hadis – ”Jikalau orang yang dikubur orang yang soleh, maka Dia akan menerima balasan yang baik.”  Itulah yang dinamakan nikmat kubur.  Setelah Dia dapat menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir, Dia tidak mendapat siksaan, kerana jawapannya benar,  Lalu malaikat itu pergi. Setelah malaikat itu pergi, kedengaran pula orang datang mengucap salam. Dilihatnya orang itu serupa benar dengan rupa dirinya, tetapi Dia lebih bagus dan memakai pakaian yang bagus. Dia lalu segera  bertanya:-
”Siapa engkau.” Jawabnya: ”Aku ini amalan kamu. Dan aku datang kemari untuk menemani kamu.”Dia pun merasa girang sekali kedatangan amalnya menjadi sebagai teman.  Dia merasa beruntung, di situ baru diketahui bahawa Dia telah beramal soleh selalu dan Dia mendapat kurnia Allah s.a.w. Kemudian orang itu menyuruh Dia tidur seperti tidurnya pengantin baru. Dia merasa
kuburnya  lapang terbuka.  Dia berada di suatu alam, yang sangat asing baginya.  Dia merasa tidak mati dan Dia tetap hidup di situ, menanti sampai kebangkitan ahli-ahli kubur nanti.

Akan tetapi bagi mereka orang-orang yang durhaka, yang selalu mengerjakan segala larangan Tuhan, tidak pernah mengerjakan amal ibadat suruhan Tuhan, maka setelah orang-orang yang  menghantarnya beredar beberapa langkah, si mati merasa hidup kembali.  Dia merasa di suatu alam yang sangat asing, sunyi dan sepi, seperti terasa dalam mimpi, tetapi bukan mimpi. Kini telah menjadi kenytaan baginya. Sedarlah Dia sekarang bahawa Dia telah berada di alam lain seorang diri. Kini dia sudah terpisah dari dunia, terpisah dari sanak saudara dan kerluarganya, berpisah dari semua yang dimilikinya, dari segala kemewahan yang dia milikinya.
Kini betul-betul baru Dia percaya, apa yang dikatakan orang kepadanya.  Inilah yang dinamakan mati, meskipun Dia merasa hidup, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Meskipun Dia berteriak sekuat-kuat tenaga, tetapi tidak akan dapat didengar orang.  Dia dapat mendengar suara orang yang masih hidup tetapi yang masih hidup tidak dapat mendengar suaranya.  Dia dapat melihat orang yang masih hidup, tetapi yang hidup tidak dapat melihat Dia dan Dia seperti terkurung di dalam sangkar kaca.  Dia dapat melihat barang di sekelilingnya tetapi Dia tidapt bergerak ke man-mana.
Sekarang Dia sedar bahawa Dia telah berada di alam yang ia belum kenal yaitu alam ”barzakh”.  Entah berapa lama Dia berada
di situ Dia sendiri tidak tahu.
(Bersambung – Pertanyaan Munkar dan Nakir dalam kubur)

Sekian dahulu. Wassalamu alaikum….

   ---------------------ooooooo----------------------












No comments:

Post a Comment