TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA.
---------------------------------------------------------
BAB 8 -Beramal Dengan Kebaikian dan Meninggalkan Kejahatan.
Allah s.w.t. sentiasa mengajak manusia supaya hidup dalam kehidupan yang aman tenteram, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Kehidupan yang aman tenteram itu dinamakan Darussalam, iaitau salah satu daripada lapan nama-nama syurga (Darussalam di sebut dalam al-Quran Surah Al-’Am ayat 127).
لـَهُمْ دَارَالسَّلـَمِ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَهـُوَ وَلـُّيُهُمْ بِمَا كـَانُوْ يَعْمَلـُوْنَ.
(سوره الأنعم اية 127)
“Untuk mereka itu kampung keselamatan (syurga) di sisi Tuhan dan Dia wali mereka, kerana amalan yang mereka perbuat.”
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran Surah Yunus ayat 26 dan 27:
لـِّلـَّذِينَ أ َحْسَنُوا الـْحُسْنىَ وَزِيَادَةٌ ج وَلَا يَرْ هَقُ وُجُوهَهُمْ قـَتَرٌ
وَلَاذِلـَّة ُ ج أ ُوْلـَءِـكَ أ َصْحَبُ الـْجَنَّةِ ج هُمْ فِيهَا خَلِدُونَ (26)
وَلـَّذِينَ كـَسَبُوا السِّيـءَـاتِ جَزَآءُ سَيـِّءَـةِ بِمِثـْلِهَا وَتَرْهَقُهُمْ ذِلـَّة ٌ ج
مَّا لـَهُمْ مِّنَ اللهِ مِنْ عَا صِمٍ ج كـَأ َنـَّمَآ أ ُغـْشِيَتْ وُجُوهُهُمْ قِطَعًا مِّنَ الـَّيْـلِ مُظـْلِمًا ج أ ُولـَ~ءِـكَ أ َصْحَبَ النـَّارِ ج هـُمْ فـِيهَـا خـَلِدُونَ. (27).
Ayat 26. Untuk orang-orang yang memperbuat kebajikan, ada kebajikan, serta tambahannya. Muka mereka tiada tertutup oleh debu yang hitam dan tiada pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
Ayat 27. Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, balasan kejahatan itu dengan yang seumpamanya, sedang mereka ditutup oleh kehinaan. Tidak ada bagi mereka yang memeliharakan dari seksa Allah. Seolah-olah muka mereka ditutup oleh sebahagian malam yang gelap gelita. Mereka itu penghuni neraka, serta kekal di dalamnya.
Menurut fahaman ayat-ayat di atas,manusia yang hidup di dunia ini terbahagi kepada dua golongan. Ada manusia yang mengerjakan kebaikan dan ada pula manusia yang melakukan kejahatan. Manusia itu sendirilah yang menentukan keadaannya, apakah ia akan menjadi orang yang baik atau orang yang jahat. Kepada manusia telah dikurniakan Allah akal yang sempurna supaya manusia dapat membezakan antara baik dengan yang buruk. Pada dasarnya Allah sendiri menyeru manusia supaya berbuat baik.
Dalam Surah Al-’Am ayat 127 diterangkan taman kebaikan itu disebutkan dengan istilah Darussalam (syurga) iaitu tempat perdamaian. Satu tempat yang penuh dengan kebahagian, kenikmatan,ketenteraman, keselamatan dan lain-lain.
Sekian dahulu Siaran ini dan penulis akan menyambung lagi dalam masa terdekat. Sehingga itu :
Wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh...!
---------------------ooooooooooooooo------------------------------
No comments:
Post a Comment