Friday 3 June 2011

BaB 2 - Mengasihi Rasulullah saw. ( * 02) Kasih dan cinta Rasulullah saw adalah suatu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat sedemikian kerana Baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam memimbing dan memberi tunjuk ajar kepada manusia sejagatnya.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah saw sudah tentu manusia berada dalam kegelapan dan kesesatan. Perjuangan Rasulullah saw menyelamatan umat daripada kesesatan ternyata amat berkesan. Kedaan perjuangan Baginda dapat dinikmati oloeh umat dahulu, sekarang dan akan datang. Sewaktu memperjuangkan dakwah dan kebenaran, Baginda bertubi-tubi menerima cabaran dan dugaan. Cabaran itu dilalui oleh Baginda dengan begitu gigih untuk mengharap keredaan Allah swt disamping sayang kepada ummah. Cinta dan kasih kepada Baginda mesti direalisasikan melalui perlaku kehidudan harian . Di antara cara hidup Rasulullah saw yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim adalah seperti berikut: a. Sentiasa bersifat benar, amanah, menyampaikan perintah Allah swt, dan bijaksana. Inilah sifat yang dimiliki olerh Rasulullah saw. Sifat ini jugalah yang membawa kecermerlangan umat Islam generasi pertama dahulu. b. Sentiasa menunjukkan rasa hormat kerpada teman. c. Rajin melawat orang sakit. d. Mengutamakan hal-hal kematian. e. Sentyasa terlibat mengurus jenazah f. Sentiasa terlibat dengan usaha murni seperti menghantar mayat hingga ke kubu. g. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai anak-anak yatim, Fakitr miskin dan orang miskin yang memerlukankna bantuan. h. Sentiasa berbuat baik kepada kaum kreluarga. i. Berkasih sayang kepada isterti dan anak-anak. j. Sentiasa menghubungkan silaturrahim, berbuat baik terhadap jiran tetangga. k. Sentiasa berbuat baik kepada teman sejati. l. Sentiasa mengamalkan sifat pemurah, pemaaf, penyayang, penyantun dan peramah. m. Sentiasa mengamalkan sifat terpuji seperti tolong-menolong dan melakukan kebaikan. n. Sentiasa mengucapkan tahniah kepada teman yang berjaya. o. Sentiasa mengucap takziah krepada teman yang mendapat musibah. p. Sentiasa bersedia untuk bertaubat terhadap kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan. q. Sentiasa akur kepada larangan-larangan Rasulullah saw seperti menjauhkan diri dari pada bercakap bohong, khianat, dengki, buruk sangka, mencaci maki, malas, lemah, bakhil, penegcut dan sebagainya. r. Sentiasa menyebut dan mengingati Baginda pada setiap tempat dan masa. s. Sentiasa mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan Baginda sekadar yang termampu. t. Sentiasa berusaha menyebar risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw sepanjang hayat. Justeru itu maka insan akan menjadi lebih teratur apabila mereka mengamalkan perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Kesimpulannya kita hendaklah sedar dewasa ini sesunghyunya aruas pembangunan yang kian laju dan amat mencabar perjalanan kerhidupan umat manusia terutama golongan rermaja, dalam mengerj kemajuan dan kecermerlangan hidup, akhlak yang mulia merupakan perkara utama yang akan menjadi benteng pertahanan yang kukuh kepada manusia untuk menghadapi ancaman keruntuhan akhlak, kersan daripada pembangunan urbanisasi, industrialisasi dan medenasasi semasa. Sekian dahulu, semoga anda dapat menafaat dengan penulisan dalam Blog ini dan akan menjadi manusia yang berbahagia, yang beroleh kecermerlangan dalam kehidupan seharian. Amin..... Wssala mualai kum....... ----------oooooo---------- Nota kaki: (*02) 100 Akhla Mulia oleh Dr. Hasan Hj.Mohd Ali m.s. 03 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkara Cheras, Kuala Lumpur. KE ARAH KITA MENUJU KE SYURGA TAZKIRAH BAB AMALAN AKHLAK MULIA. BAB 3 - MENGHORMATI IBU BAPA MELALUI PERKATAAN.(*11- A) Setiap orang orang harus berhati-hatri apabila mengucapkan sesuatu perkataan agar tidak menyakiti hati seseorang, terutamanya ibu bapa. Mengucapkan perkataan yang baik merupakan salah satu cara menghormati ibu b

Amat Beruntung berbaik-baik dan bersalam-salam sesama rakan kita, kerana boleh mengiratkan lagi tali persaudaraan kita., tidak kira apa idiologi party yang kita ikuti. Bersalam-salamlah selalu wahai saudara ku...!

No comments:

Post a Comment