Friday, 3 June 2011

Bersegeralah kamu membuat kebajikan

Gambar Masjid Besar Negeri Trengganu.



BAB 13 - BERSEGERALAH KAMU MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN

Surah Al-Imran, Ayat 33.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ            
وَسَارِعـُوْا إِلىَ مَغـْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنـَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ

وَالْأَارْضُ أ ُعـِدَّتْ لـِلْمُتـَّقـِينَ. (133)

Bersegeralah kamu berbuat amal yang dapat  menyampaikan kamu ke arah memperoleh keampunan Tuhan dan ke arah memasauki syurga-Nya – iaitu syurga yang teramat sangat luasnya, yang disediakan oleh Allah bagi orang-orang yang taqwa kepada-Nya iaitu yang tunduk dan patuh kepada perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya. Bertaubatlah kamu dari dosa disebabkan makan riba atau lainnya, dan bersedekahlah pula kepada orang-orang yang susah, miskin dan terlantar.” (133).

Adalah diriwayatkan bahawa seorang utusan Haraqet (Raja Rum) telah datang kepada Nabi s.a.w. membawa surat Rajanya yang di antara kandungan surat itu sebagai berikut:

“Tuan telah menulis menyeru saya ke syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi, jadi,di mana pula nerakanya”
Dijawab oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya: “Maha Suci Allah, (kalau begitu) di mana pula malam kalau sudah datang siang.?

Dimaksudkan – jawapan tersebut – jika beredar bumi ini, kawasan yang menghala ke matahari sianglah ia, dan kawasan yang di sebaliknya pula malamlah ia. Begitulah pula syurga berada di bahagian atas dan neraka berada di bahagian bawah.

Maka ayat ini membuktikan bahawasanya syurga itu adalah makhluk yang telah sedia dijadikan sekarang ini, dan ianya berada di luar alam kita ini kerana dikatakan lebarnya saja lebih luas daripada alam apalagi panjangnya tentulah lebih luas lagi.

Ulasan.

Dalam ayat ini Allah s.w.t telah menyeru manusia supaya segeralah mengerjakan amal kebajikan yang mana segala amal kebajikan itu akan akan dapat keampunan Allah s.w.t. dan dengan demikian membawa manusia dapat memasuki syurga yang dikatakan  yang amat luasnya itu, yang disediakan bagi orang-orang taqwa. Seterusnya Allah s.w.t menyeru supay manusia hendaklah bertaubat dan memohn ampun di atas segala keslahan yang dilakukannya.

Firman Allah:
Faedah Bertaubat dari Dosa-dosa.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ
Firman Allah s.w.t.

. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ   ج   إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ .    ( الانعام (120)

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi.  Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak  akan diberi  pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
                                                       (Al-An’am
Meninggalkan Dosa Mendapat Pahala.


Firman Allah s.w.t


      إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ

      عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ

       خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا.

                        (النساء : 31)
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan  kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil  dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
                        (An-Nisa’ 31).        
Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


--------------ooooooooooooooo--------------





No comments:

Post a Comment