Tuesday, 7 June 2011

Dibenarkan tidak Berpuasa...



9..Wanita Haid Tidak sah Puasa,Tetapi wajib Menggantinya.

Wanita yang mengalami haid dan nifas pada bulan Ramadhan tidak boleh berpuasa. Akan tetapi ia diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengganti (qada’) puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain dalam tahun itu juga.
Ada pun solat wajib yang ditinggalkan selama masa haid tidak diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menggantinya pada hari-hari yang lain.
                                               (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 41)


10...Wanita hamil dan Menyusu anak boleh tidak berpuasa.

Wanita yang hamil dan menyusu anak bila mereka takut dirinya dan bayinya akan mengalami bahaya maka  dibenarkan mereka agar tidak berpuasa Ramadhan dan sebagai gantinya hendaklah qadha’ puasanya itu dan kalau ia terus masih sedemikan ia boleh megeluarkan fidyah, iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanyak ¾  liter beras (lebih kurang secupak).
(Rujuk Kitab Asas-asas Fardhu ’Ain Ustaz Sulaiman Endut m.s. 208)

11... Orang Yang Lanjut Umur Boleh Tidak Berpuasa.

Orang tua yang lanjut umurnya tidak lagi sanggup melakukan puasa Ramadhan boleh tidak berpuasa tetapi wajib keluarkan fidyah.  Iaitu fidyah itu ialah memberi makan seorang miskin bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkannya sebanya 1/4 liter (secupak) beras; atau sesuai dengan jumlah yang ia makan sehari-harinya.    (Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s.45)

12..Melakukan Berbekam tidak membatalkan puasa.

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang orang berbekam ketika berpuasa, tetapai kemudiannya Baginda membenaranya dan dibolehkan berbekam semsa berpuasa. Terdapat Hadis Rasululah yang berikut:

عَنْ ابْنِ عَبَاسِ: أَنَّ النَّبِىُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّـمَ اِحْتَجَمَ
وَهُوَ مُحْرِمٌ وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَاءِـمٌ. (البخارى)
Dari   Ibn ‘Abbas, sesungguhnya Nabi s.a.w. berbekam ketika baginda melakukan ihram dan ketika sedang berpuasa.  (H.R.Al-Bukhari)
(Rujuk Kitab 60 Amalan  Bulan Ramadhan,m.s. 53
.
13.  Dalam Bulan Ramadhan banyakkanlah Sedekah.

Bulan Ramadhan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah s.a.w. menafaatkan bulan Ramadhan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebaih banyak dibanding pada bulan yang lain. Kerana it setiap Muslim yang mampu hendaknya memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan ini.
Memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan boleh dilakukan  dengan apa saja.  Jika tidak dapat memberaikan sedekah berupa makanan yang baik-baik, maka ia dapat memberikan  seteguk air minum kepada saudaranya untuk berbuka puasa sudah memadai. Begitu juga sedekah yang merupakan perbuatan seperti membersihkan kawasan masjid, kawasan kubur orang Islam, menolong dengan tenaga kepada orang Islam yang dalam kesusahan, dan sebagai lagi amatlah dihargai.
(Rujukan Kitab 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 58)
14.. Memperbanyakkan Tadarus Al-Quran.

Pada setiap malam bulan Ramadhan setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan membaca Al-Quran untuk menimba pahala membaca ayat-ayat suci Al-Quran, kerana pada setiap malam bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. memenuhi malam-malam tersebut dengan membaca Al-Quran. Jadi adalah sunnah bagi kita melakukan amalan seperti itu.
Rujukan Kitab 60 AmalanBikan ramadhan, m.s. 60)


15. Seambahyang Tarawih.

Solat tarawih adalah solat malam yang dilakukan pada malam Ramadhan. Sabda Rasulullah s.w. yang bermaksud:-

”Bulan Ramadhan adalah bulan Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu, dan aku sunatkan kepada kamu solat tarawih pada malam harinya.  Barangsiapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharakan keredaan Allah, maka ia kelak bersih dari segala dosa-dosanya seperti seorang bayi yag dilahirkan oleh ibunya.”  (H.R. Ibnu Khuzaimah)  (Rujuk Kitab 60 Amalan Bilan Ramadhan,m.s. 66)

16..Solat Berjemaah dianjurkan.

Solat tarawih adalah di suruh oleh Rasulullah s.a.w supaya solat berjemaah. Orang yang melakukan solat tarawih berjemaah hendaklah mengikuti imam sampai selesainya solat tarawih dan solat witir. Kerana pahala yang diperolehinya  sama dengan pahala orang yang melakukan solat malam sepanjang malam itu.  Solat tarawih terdiri dari dua bahagian iaitu solat tarawih malam bulan Ramadhan yang dilakukan dua puluh rakaat dan solat witir yang dilakukan tiga rakaat dalam dua salam. Terdapat masa kini ada orang melakukan solat tarawih hanya lapan rekaat sahaja dan tidak mengikuti imam melakukan solat witir, maka mereka itu tadalah mendapat pahala sebagai pahala solat malam  seluruh malam itu.  Mereka juga tidak dapat pahala berjemaah yang sebanyak dua puluh tujuh pahala itu kerana tidak berjemaah sesama imam hingga selesai.   
(Rujuk 60 Amalan Bulan Ramadhan, m.s. 70)  

17.. Memperbanyakkan Ibadah Pada 10 Hari Akhir Ramadhan.   

Bila kita memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita memperbanyakkan ibadah sunnah  seperti betiktikaf  dalam masjid, melakukan Qiamullail  iaitu mengerjakan Solat Tahajjud, Solat Tasbih, Solat Hajat, Solat Taubat dan Solat Witir, serta memberi sedekah makanan kepada kaum Muslimin Muslimat. Oleh kerana pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w.   menjuhi isteri-isterinya kerana baginda beriktikaf dalam masjid dan baginda mengajak keluarganya untuk memperbanyakkan ibadah. 
(Rujuk Kitab 60 Amalan Bulan Rmadhan,m.s. 83)    
                                                       

18.. Memperbanyakkan Amalan Malam ”Lailatul Qadar”

Malam ”Lailatul Qadar” lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah s.w.t. untuk mengatur segala urusan. Amal kebajikan seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat malam, (Qiamullaial), berdoa, mengucap wirid, berzikir, mempelajari ehwal agama Islam dan bersedekah yang kita lakukan  bertetapan dengan malam ”Lailatul Qadar”,Allah s.w.t.  akan memberi pahala sama dengan pahala orang yang nmwelakajukaj amal seribu balan terus-menerus. Firman Allah s.w.t.:



لَيْلـَة ُ الـْقَدْرِ خَيْر مِنْ أ َلـْفِ شَهْـرٍ (3) تـَنَـزَلُ الـْمَلـَـءِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهـَا
بـِاءِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أ َمْرٍ (4) سَــلـَمٌ هِىَ حَتَّى مَطْلَعِ الـْفَجْرِ (5)
(سوره القدر اية 3-5).
Ertinya: “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.  Malam iatu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.  (Al-Qadar ayat 3-5)
Malam  “Lailatul  Qadar” itu kita tidak ketahui tetapi baginda Rasulullah :-
اِبْتـَغُوْهـَا فِى الـْعَشـْرِ الْأ َوَاخـِرِ.
“:Carilah malam tersebut padasepuluh hari terakhir (Ramadhan)”

19.. Mengeluarkan Zakat Fitrah

Zakat Fitrah diwajibkan kepada setiap orang muslim, kecil  mahupun besar. Lelalki mahupun perempuan, majikan mahupun buruh, asalkan mampu. Zakat fitrah anak-anak, para isteri, pembantu rumahtangga, menjadi tanggungan ketua keluarga. Bayi yang lahir pada awal Syawal setelah  Maghrib wajib dibayar zakat fitrah, kerana dia tergolong anak kecil yang telah wajib untuk  dikeluarkan zakat.






------------------------------oooooooooooo---------------------------

No comments:

Post a Comment