سْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
KELEBIHAN BULAN REJAB
(Petikan dari Kitab ”Fadhilat Rejab, Syaaban dan Ramadzan.
1. Sabda Rasulullah s.a.w. ”Hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat nanti. Kemuliaan Rejab dengan Israk dan Maerajnya, Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban dan Ramadzan dengan Lailatul Qadarnya. Justeru itu Malam Awal Rejab adalah malam yang mustajab doanya.
2. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi iaitu Syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan segala pahala. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan partit yang panjang yang menghalang dia ke neraka. (Al-Hadis)
3. Puasa empat hari pada bulan Rejab dijauhkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah di jalan di hari kiakmat. Puasa lima hari, aman daripada azab kubur, puasa enam hari keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)
4. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu sayurga. Puasa sembilan hari keluar dari kuburnya. menyeru Allah dengan tidak ditolak dari masuk syurga. Puasa sepuluh hari Allah jadikan baginya hamparan perhentian Titi Sirad al-Mustaqim pada tiap-tiap satu batu (Al-Hadis)
5. Berkata Syidina ’Ali: ”Puasa Rejab tiga belas hari seperti puasa tiga ribu tahun. Puasa empatbelas hari seperti puasa sepuluh ribu tahun dan Puasa Rejab limabelas hari seperti puasa seratus ribu tahun”
6. Puasa Enambelas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan yang terawal menziarahi Allah di dalam syurga. Puasa Sembilanbelas hari dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
7. Nabi Ibrahim dan Nabi Adam. Puasa duapuluh hari diampunkan segala dosanya yang telah lalu.(Al-Hadis)
8. Mereka yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya, maka berserulah dari langit:”Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar, dan diminum dia ketika hendak mati.Lepas dari siksa kubur. (Al-Hadis)
9. Mereka yang berpuasa yang banyak di bulan Rejab, diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal, terlepas dari dahaga di hari kiamat.
10. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab bolehlah bersedekah tiap-tiap hari walaupun sebiji roti, dan sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab, dituliskan kepadanya seribu kebajikan, diangkat darjat dan dihapus kejahatan.(Al-Hadis)
11.Sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan wajib dan ditambah dengan berpuasa pada siangnya dalam bulan Rejab ini dan mengerjakan solat-solat sunat, banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, memohon keampunan taubat dosanya yang lalu, berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat Tahajjud, sembahyang sunat Tasbih, sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat witir, bersedekah, membuat wakaf, menolong orang yang susah, maka dia dilipatganda pahalanya, mudah mendapt keampunan, diangkat darjat yang tinggi baginya dalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali mereka yang menggunakan kesempatan bulan Rejab ini membuat amal ibadat dan kebajikan
12...Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ الـَّذِيْنَ آمَنُوْا وَعَمِلـُوا الصَّا لِحَاتِ أ ُولـَـءِـكَ هُمْ خَيْرِ الـْبَرِيـَّةُ. جَزَاؤُهُمْ عِنْدَرَبِّهِمْ جَنـَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِىْ مِنْ تَحْتِهَا الْأ َنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا اَبِدًا, رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ, ذ َلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهْ. (البينة: 7-8)
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk Allah, balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adnin yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah redza akan mereka dan mereka pun redza (serta bersyukur) atas nikmat pemberianNya. Itulah balasan bagi orang-orang yang takutkan Tuhannya.” (Al-Bayinat ayat 7 dan 8)
AMALAN-AMALAN DALAM BULAN REJAB.
1. Berpuasalah sunat Rejablah setiap hari dengan tekun dan sabar, (kalau tidak dapat sekurang-kurangnya pada hari Isnin dan Khamis dalam bulan Rejab ini) sebagai menabur benih, bagi menyucikan jiwa yang kotor, sebagai bertaubat memohon keampunan dan mencari pahala yang berganda-ganda yang dikurniakan Allah s.w.t. terhadap hambaNya di dalam bulan Rejab ini.
2..Sembahyang-sembahyang sunatlah mengiringi sembahyang fardhu iaitu sebelum Subuh, Sebelum dan selepas Zuhur, sebelum Asar, sebelum dan selepas Maghrib serta sebelum dan sesudah Isyak.
3. .. Selepas solat tersebut Membaca istighfar sebanyak 100 kali atau setakat mana yang mampu:
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الـْعَظِيْمَ اَلـَّذِىْ لا َ اِلـَهَ اِلا َّ هُوَ الـْحَيُّ
الـْقـَيـُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلِيْه ِ.
“Aku minta ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.”
4.. Juga selepas solat tersebut, Berbanyak-banyaklah bertasbih sebanyak 100 kali atau lebih banyak lagi baik.
سُبْحَانَ اللهِ وَلـْحُمْدُ للهِ وَلَا إِلَهَ لَا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ,
وَلَا حَوْلَا وَلَا قـُوَّة َ إِلَّا بِاللهِ الـْعَلِىِّ الـْعَظِيْمِ
Ertinya - “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”
5.. Dan berzikir selepas solat Subuh dan Asar sebnyak 100 kali ………!لاَ اِلـَهَ اِلا َ الله. ,لاَ اِلـَهَ اِلا َ الله. atau lebih
6.. Bacalah al-Quran, pilihlah seperti Surah Yasin (36), Surah Al-Kahfi (18), Surah Al-Waqiaah (56), surah Al-‘Am (6), surah Mariam (19), surah Yusuf (12), surah Al-Mulk (67) surah Lukman (31), surah Al-Sajdah (32) dan banyak lagi.
7. Sembahyang sunat Isyraq dan sembahyang sunat Duha waktu pagi selepas jam kira-kira 8.30 pagi, pada setiap hari atau jika tidak mampu sekurangnya seminggu sekali dalam bulan Rejab ini.
8..Selepas tiap-tiap solat tersebut, berdoa memohon keampunan dan , minta diterima taubat dan amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta masuk syurga, minta dicurahi nikmat, minta murah rezeki, minta sihat walafiat, minta tertapkan iman , minta mati dalam keimanan dan sebagai lagi.
9...Jangan Lupa malam 27 Rejab,( iaitu Israk dan Maeraj) Pada tengah malamnya (di antara jam 3.00 ke 5.30 pagi) Menunaikan solat- solat sunat. Dan juga Pada setiap malam atau tiga malam sekali iaitu malam Jumaat, malam Isnin dan malam Rabu kerjakan solat-solat sunat berikut:-
a. Solat Sunat Tahajjud
b. Solat Sunat Tasbih
c. Solat Sunat Taubat
d. Solat Sunat Hajat
e. Solat Sunat Witir
f. Solat Sunat Duha
g. Solat sunat Al-Isyraq
10....Bersedekah, seberapa banyak yang mampu.
11..Bacalah Istighfar Rejab ini setiap hari, atau kalau tidak boleh sebelum atau selepas solat subuh setiap hari, atau jika tida boleh juga pada tiap-tiap mlalam Jumaat dalam bulan Rejab ini.
Lihat Doa diLampifran ’A’ yang disediakan.
12..Beramallah menurut keimanan dan kemampuan masing-masing – Kalau tidak dapat dibuat semua janganlah ditinggalkan semua. Kerana sia-sia umur kitra yang masih tinggal sedikit lagi, sudah hampir ke hujungnya, rebutlah amal banyak-banyak yang boleh di buat. Bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, sesungguhnya setiap insane itu misti terdapat dosanya. Dengan segala kesungguhannya untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang, sermoga kita berada dalam keredaan Allah s.w.t. Amin….!
Sekian, Wassala mualaikum.......!
Dari: Hj. Che Dan Ahmad.
Lampiran ‘A”
دُعـَـا اتواِسْتـِغْفـَارْ رَجَبُ.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
· اَسْتـَغْفِرُ اللهَ الـْعَظِيْمَ (3 كالي) – اَلـَّذِىْ لآ اِلـَه َاِلاَّهُوَالْحَىُّ الـْقـَيُّوْمُ وَاَتُوْ بُ اِلـَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الـْمَعَاصِىْ وَالذ ُّنـُوْبِ. وَاَتـُوْبُ اِلـَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ مَاكـَرِه َاللهُ قـَوْلاً وَفِعْلاً وَسَمْعًا وَبَصَرًا وَخـَاطِرًا.
· اَللـَّهُمَّ اِنِّىْ اَسَتـَغْفِرُكَ لِمَا قـَد َّمْتُ وَمَا اَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَفـْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَااَعْلـَنْتُ, وَمَا اَنْتَ اَعْلـَمُ بِهِ مِنِّى اَنْتَ الـْمَقـَد ِّمُ وَاَنْتَ الـْمُؤَخِّرُ, وَاَنْتَ عَلىَ كـُلِّ شَىْءٍ قـَدِيْرٌ.
· اَللـَّهُمَّ اِنىِّ اَسْتـَغْفـِرُكَ مِنْ كـُلِّ ذ َنْبٍ تـُبْتُ اِلـَيْكَ مِنْه ُ ثـُمَّ عـُدْتُ فِيْهِ. وَاَسْتـَغْفِرُكَ بِمَااَرَدْتُ بِهِ وَجْهَكَ الـْكـَرِيْم َ, فـَخـَالـَطْتـُهُ بِمَالـَيْسَ لـَكَ بِهِ رِضًى. وَاسْتـَغْفِرُكَ بِمَاوَعـَدْ تـُكَ بِهِ نـَفْسِىْ ثـُمَّ اَخْلـَفـْتـُكَ.
· وَاَسْتـَغْفِرُكَ بِمَا دَعَالِىْ اِلـَيْهِ الـْهَوَى مِنْ قـَبْلِ الرُّخـَصِ مِمَّااشْـتـَبَه َ عَلـَىَّ وَهُوَ عِنـْدَكَ مَحْظُوْرٌ.
· وَاَسْتـَغْفِرُكَ مِن َالنـِّعَمِ الـَّتِىْ اَنـْعَمْتَ بِهَا عَلـَىَّ فـَصَرَفـْتُهَا وَتـَقـَوَّيْتُ بِهَا عَلىَ الـْمَعَاصِىْ.
· وَاَسْتـَغْفِرُكَ مِن َ الذ ُّنـُوْبِ الـَّتِىْ لآ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ وَلا َ يَطـَّلِـعُ عَلـَيْهَا اَحَد ٌ سِوَاكَ, وَلا َ يَسَعُهَا اِلا َّ رَحْمَتـُكَ وَحِلـْمُكَ, وَلا َ يُنْجِىْ مِنْهَا اِلا َّ عـَفـْوُكَ.
· وَاَسْتـَغْفِرُك َمِن ْ كـُلِّ يَمِيـْنٍ حَلـَفـْتُ بِهَا فـَحَنـَثـْتُ فِيْهَا, وَاَنـا عِنْد َكَ مَأ ْخُوْذ ٌ بِهَا.
· وَا َسْتـَغْفرُكَ يَالا َ اِلـَهَ اِلا َّاَنـْتَ سُبْحَانـَكَ اِنـِّىْ
كـُنـْتُ مِن َ الظَّالـِمِيْن َ.
· وَاسْتـَغْفِرُكَ يَالا َ اِلـَه َ اِلا َّ اَنـْتَ عَالِمُ الـْغـَيْبِ وَالشَّهَادَةِ مِنْ كـُلِّ سَيـِّءَـةٍ عَمِلـْتـُهَا فِىْ بِيَاضِ النـَّهَارِ وَسَوَادِ اللـَّيـْلِ, فِىْ مَلا َءِوَخـَلا َءٍ وَسِرٍّوَعَلا َنِيَةٍ وَاَنـْتَ اِلىَّ نـَاظِرٌ اِذ َا اَرْتـَكـَبْـتـُهَا تـَرَى مَاآتـَيْتـُهُ
مِن َ الـْعِصْيَانِ بِهِ, عَمْدًا اَوْ خـَطـَاءًاَوْنِسْيَا نـًا,
يِاحَلـِيْمُ, يـَا كـَرِيْمُ.!
· وَاَسْتـَغْفِرُكَ يَالا َ اِلـَهَ اِلا َّ اَنـْتَ سُبْحَانـَكَ اِنىّْ كـُنْتُ مِن َ الظـَّالـِمِيْن َ.
· رَبِّ اغـْفِرْلِىْ وَارْحَمْنِىْ وَتـُبْ عَلـَىَّ وَاَنـْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْن َ.
· وَاَسْتـَغْفِرُكَ مِنْ كـُلِّ فـَرِيْضَةٍ وَجَبَتْ عَلـَىَّ فِىْ اَنـَاءِ اللـّيْلِ وَاَطْرَافِ النـَّهَارِ, فـَتـَرَكـْتُهَا عَمْدًا اَوْخـَطـَاءً اَوْنِسْيَانـًا اَوْتـَهَاوُنًا, وَاَنـَا مَسْـءُـوْلٌ بِهَا, وَمَنْ كـُلِّ سُنَّةٍ مِنْ سُنـَنِ سَيِّدِالـْمُرْسَلِيْن َ, وَخـَاتـَمِ النـَّبِيـِّيْن َ مُحَمَّدٍ صَل َّللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّم َ, فـَتـَرَكـْتـُهَاغـُفـْلـَة َ اَوْسَهْوًا اَوْجَهْلاً اَوْتـَهَاوُنًا. قـَلـَّتْ اَوْكـَثـُرَتْ, وَاَنَا عَاءِـد ٌبِهَا.
· وَا َسْتـَغْفِرْكَ يَا لا َ اِلـَهَ اِلا َّ اَنْتَ وَحْد َكَ لا َ شَرِيْكَ لـَكَ.
سُبْحَانـَكَ رَبَّ الـْعَالـَمِيْن َ. لـَكَ الـْمُلـْكُ وَلـَك الـْحَمْدُ وَلـَكَ
الشـُّكـْرُ, وَاَنْتَ حَسْبُنـَا وَنِعْم َ الـْوَكِيْلُ, نِعْمَ الـْمَوْلىَ وَنِعْمَ
النَّصِيْرُ, وَلا َ حَوْلَ وَلا َقـُوَّة َ اِلا َّ بـِاللهِ الـْعَلىِّ الـْعَظِيْمِ
وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ سِيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـَّمَ تـَسْلِيْمًا
كـَثِيرًاوَالـْحَمْدُ ِلله رَبِّ الـْعَالـَمِيْن َ.
----------000-----------
وَسَارِعُوْا إِلىَ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ
وَالْأ رَضُ أُعِدَّتْ لِلـْمُتَّـقِـيْنَ. الـَّذِيْنَ يُنْفِـقُـوْنَ فَيْ السَّرَّاءِوَالضَّرَّاءِ وَالـْكَاظِمِيْنَ الـْغَيْظَ وَالـْعَافِـيْنَ عَنِ النَّاسِ
وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِيْنَ. ( ال عمران 133-134)
Artinya:
Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa: iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali Imran ayat 133-134)
--------------oooooooooo----------------
No comments:
Post a Comment